Tuesday, December 18, 2007

GEMBIRA UNTUK SENANG, SEDIH UNTUK SUSAH

Salam kasih sayang,

Semakin kita kenal diri dan kelebihan kita sebagai manusia, sepatutnya kita semakin insaf, semakin bersyukur, semakin sedar bahawa banyak perkara kita tidak boleh hanya menggunakan kemampuan akal semata-mata. Sepatutnya juga kita semakin yakin, semakin patuh dan pasrah. Hasilnya kita semakin tenang dan bahagia dan segalanya akan menjadi mudah dan lancar.

Apa pun yang kita inginkan sebenarnya terlalu mudah, senang dan gembira untuk mencapainya. Kita hanya perlu fikir, buat dan patuh dengan pasrah(tawakal), segalanya pasti menjadi kenyataan. Kegagalan sekadar melambatkan kejayaan, disebabkan gangguan-gangguan yang berlaku dalam proses kejayaan mendatangi kita, yang sebenarnya kita sendiri penyebabnya. Sebab itu kita patut sentiasa muhasabah diri, antara sebabnya kita 'sabotaj' diri sendiri dengan oleh 'keraguan'.
Cuba fahami tentang keyakinan dari blog linncomel.

Bagaimana kita menggunakan kuasa kita sebagai "PENGGUNA" untuk menjadi sihat dan kaya, lihat di sini.

Semoga diberkati. Amin...

Monday, December 17, 2007

KENAPA MASIH BELUM BERJAYA

Salam kasih sayang,

- Adakah kita percaya dan yakin bahawa kita akan kekal sihat hingga usia tua?..(bersara 55 tahun ke atas)
- Adakah kita percaya dan yakin bahawa sumber kewangan kita akan sentiasa bertambah sebagaimana bertambahnya kadar inflasi walaupun selepas bersara?..
- Adakah kita percaya dan yakin bahawa kita akan sentiasa hidup bahagia hingga akhir hayat?..

Adakah kita akan mencapai 'SEMUA DI ATAS' sekiranya kita mengekalkan cara berfikir, gaya hidup dan pergaulan kita 'SEKARANG', maksudnya adakah kita berada di landasan yang betul menuju ke arah 'KEHIDUPAN IMPIAN'?..

Kata kunci untuk mencapai semua di atas adalah "JAMINAN KEBEBASAN". Sebagaimana kita sedia maklum tempat paling tepat untuk kita mendapat "JAMINAN" atas apa juga yang kita inginkan hanya kepada ALLAH SWT. Sebenarnya hidup ini terlalu indah, nikmat, mudah dan membahagiakan jika kita faham benar-benar faham bahawasanya kita ada "PENJAMIN KEBEBASAN" yang maha KAYA, PENGASIH, PENYAYANG, PEMURAH lagi PENGAMPUN.

Kita hanya dituntut untuk belajar dan mengamalkannya ke arah apa juga yang kita inginkan dalam hidup ini. Kegagalan atau apa jua yang kita tidak inginkan sebenarnya adalah 'kejayaan yang tidak diingini' ia kita terima disebabkan 'fikiran dan usaha yang tidak sepatutnya kita lakukan'. Ini termaktub sebagaimana janji Allah; "Mintalah kepadaKu nescaya Aku tunaikan", apa juga yang kita niat, fikir, kata-kata hati kecil dan apa jua yang diulang adalah doa yang menanti masa untuk ditunaikan.

Maka itu kita sepatutnya hanya fikirkan dan lakukan apa yang selari dengan apa yang kita kehendaki sahaja. Sebagai contoh; kalau kita ingin kaya, fikir sahaja kita kaya, cara untuk kaya, bayangkan orang kaya dan apa sahaja berkaitan kebaikan jadi 'kaya'. Jangan fikir masalah, susah, alasan dan apa juga yang berlaku pada orang 'miskin'.

Antara cara mudah ialah dengan menyertai kumpulan yang berwawasan sama dengan apa yang kita inginkan. Kerana bagi kebanyakan kita merasa sukar untuk berubah, kita sebenarnya perlukan "MENTOR" yang memandu arah menuju apa juga WAWASAN.
Ingin sihat, kaya dan bahagia? lihat di sini

Semoga diberkati. Amin...

Wednesday, December 12, 2007

KENAPA MASIH BELUM BERJAYA

Salam kasih sayang,

Setiap sesuatu itu Allah telah tetapkan 'hukum/peraturan'nya. Ia adalah anugerah "amat besar" bagi kita manusia yang mahu terus belajar dan berfikir. Hukum yang memudah dan memastikan segala sesuatu itu berjalan dengan sempurna.

Sebab itu kita semua sesama manusia diseru untuk saling "berpesan" atas "kebenaran dan kesabaran". Kerana setiap apa pun pelanggaran "hukum alam" kita semua akan menerima akibatnya tanpa terkecuali walau siapa pun kita. Sebagai contoh; kesilapan atau kecuaian seorang pemandu boleh menyebabkan kemalangan kepada sesiapa saja yang memandu dengan betul. Banyak sangat perkara yang menjadi musibah kepada umum disebabkan pelanggaran hukum alam oleh segelintir orang.

Adakah kita patut membiarkan sahaja segala 'pelanggaran hukum' yang berlaku depan mata kita? Tiba masa kita menyeru kembali kepada "fitrah", dan setidak-tidaknya pun kita pastikan diri sendiri bertindak "benar" pada diri sendiri, keluarga dan orang-orang di sekeliling. Dengan selemah-lemahnya sentiasa mendoakan, berfikir dan bersangka baik sesama manusia.

Sekadar berkongsi ilmu dari kebun hikmah
di rumpunharmoni

Semoga diberkati. Amin...

Tuesday, December 11, 2007

PERKONGSIAN KISAH BENAR

Salam kasih sayang,

Kali ini saya ingin kongsikan satu "kisah benar" dari (Misiah) pembaca blog linn comel;
"Sewaktu saya remaja dulu, saya amat meminati seorang pemuda yang begitu
baik akhlaknya baik tingkah laku maupun kata bicaranya.Apatah lagi dia
amat menghormati orang2 tua.Pemuda idaman saya, yang sedihnya
takkanlah saya yang kena terhegeh-hegeh tackle dia. Dengan menggunakan minda
separa sedar saya, saya katakan tengoklah saya setiap kali melintas saya,
senyumlah pada saya, please.Untuk kesekian waktu akhirnya saya
mendapat perhatian darinya. kini dialah suami saya dengan hanya menggunakan
kuasa minda separa sedar saya, saya berjaya membuat dia tertarik pada
saya, yang baru saya perasan setelah membaca artikal saudari.Itulah saat
terindah dalam hidup saya"
.


Itulah contoh "KEAJAIBAN PELAZIMAN", apa saja yang kita inginkan, fikir selalu, katakan dalam hati kecil sertai dengan 'perasaan'. Cepat atau lambat ia pasti akan BERLAKU.

JANGAN ADA KERAGUAN.
Rahsia Hartawan
Bagaimana untuk sihat dan kaya

Semoga diberkati. Amin...

Saturday, December 8, 2007

PELAZIMAN AMALAN

Salam kasih sayang,

Jangan memperjudikan masa depan hanya kerana "berhenti menuntut ilmu", untuk memahami dan menguasai "HUKUM ALLAH"
Cara kita berfikir dan bertindak begitu juga dengan apa yang selalu ‘datang’ dalam hidup kita adalah ‘hasil kerja’ minda bawah sedar kita. Oleh itu kita semestinya memahami bagaimana minda bawah sedar kita ‘berfungsi’ melalui amalan-amalan berikut:-
1 - Kata-kata hati kecil. Perbetulkan kata-kata hati kecil anda dengan memilih kata-kata positif sahaja untuk digunakan dalam berfikir dan sentiasa ‘batalkan’ kata-kata negatif kita sendiri, juga kata-kata negatif daripada orang lain. Apa saja yang kita inginkan MINTA TERUS KEPADA ALLAH.
2 – BIARKAN HUKUM ALAM BEKERJA UNTUK KITA, banyakkan bersedekah, dan menolong sesama makhluk Allah dengan ikhlas, jangan sekali-kali mengharapkan balasan dari sesama makhluk.
3 - Melakukan “Affirmasi”, pilih ketika suasana paling tenang dan hening (sebaiknya bangun waktu dinihari sambil tunaikan solat tahajud, taubat, istiharah dan hajat) hingga dapat merasakan serta menghayati kata-kata hati tentang permintaan kita. Berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan sebab(cara) untuk kita MENERIMA APA YANG KITA HAJATKAN.
AMALAN SETIAP HARI: -
- Fokus dan istiqamah sentiasa menjadi lebih baik.
- sabar, memaafkan diri sendiri dan semua orang.
- menolong sesama makhluk Allah(sesiapa sahaja)dengan ikhlas semampunya.
- bersedekah apa sahaja ‘seadanya’ dan bersangka baik, berkongsi ilmu, memuji dan mendoakan .
- sentiasa bersyukur, walau apa pun yang berlaku, tanamkan keyakinan bahawa Allah akan sentiasa mengurniakan yang lebih baik lagi.
“SANGAT PENTING”!!
“JADIKAN AMALAN SETIAP HARI" (topik ini) dengan niat memahami dan berusaha mengamalkannya hingga menjadi PELAZIMAN.
KEAJAIBAN PELAZIMAN
Hasilnya amat menakjubkan dan TIDAK DISANGKA-SANGKA. Inilah kunci “RAHSIA MENARIK KEJAYAAN”.
JANGAN ADA SEDIKIT PUN KERAGUAN!!


MULAKAN SEKARANG

Bermula dengan Info sihat:-
GANOTHERAPY

Semoga diberkati. Amin...

Friday, December 7, 2007

REVOLUSI GAYA HIDUP

Salam kasih sayang,

Relek sekejap ye, sambil pekena secawan "kopi lingzhi", agar tenang dan santai.

Sekadar berkongsi renungan,
Khabarnya datuk saya asal seberang(Indonesia), merantau akhirnya berkahwin dan menetap di Teluk Intan Perak. Zaman itu nak apa saja cari dan buat sendiri, nak tanah teroka sahaja. Siapa yang bijak upah orang untuk teroka tanah untuk menjadi kebun milik sendiri. Datuk saya sekadar ambil upah, dan beli sedikit tanah kebun siap.

Ibu bapa saya lahir zaman penjajah, masa Jepun datang, tak dapat nak sekolah. Pendek cerita hanya pandai membaca menulis di kelas dewasa. Hasil pendapatan, dari titik peluh sendiri bertani dan menoreh getah. Mereka berusaha gigih memberi peluang anak-anak(empat orang) bersekolah setinggi mana pun akan diusahakan pembiayaan. Dengan nasihat dan harapan supaya anak-anak "hidup senang"(makan gaji). Alhamdulillah saya akhirnya jadi 'cikgu'(memang cita-cita dari kecil)(Al-Fatihah utk arwah bapa).

Dengan pendedahan dan pembacaan tentang kewangan, akhirnya saya melibatkan diri dalam MLM dan bersara awal untuk membantu minat isteri dalam perniagaan 'restoran'(kumpul modal melalui MLM).

Sekarang saya sedang mendidik anak saya untuk mengembangkan perniagaan restoran di masa depan, dalam masa sama saya tekankan konsep "duit buat duit" melalui saham-saham amanah. Tak lupa juga untuk menceburi bidang 'network marketing', untuk memberi pendidikan dan pendedahan konsep "people touching people", agar mereka bijak berkomunikasi sambil membina 'pasif income'.

Cuba kita renungkan, disebalik kisah sejarah ringkas keluarga saya. Seperti tiada apa yang istimewa(orang biasa). Fikirkan konsep 'sumber pendapatan' perubahan dari datuk, bapa, saya sendiri dan seterusnya jenerasi saya(Insyaallah. Amin);
bermula dengan:-
- mencari sumber wang
- tenaga buat wang
- sijil + masa buat wang
- idea + masa buat wang
- sistem buat wang, dan seterusnya
- wang buat wang
Sasaran selepas ini 'projek buat wang'.

Kita patut berubah menjadi lebih baik, setidak-tidaknya mengikut 'arus perdana', tapi pastikan yang bermanfaat dan membawa kesejahteraan sejagat.
Bagaimana dengan anda?
"Kita minum dulu, bijak, bijak...he he", sabung lagi ye..
Semoga diberkati. Amin...

Thursday, December 6, 2007

FOKUS DAN ULANG BERTERUSAN

Salam kasih sayang,

Apa sahaja yang kita inginkan pasti boleh dicapai, asalkan kita 'percaya' kita boleh mencapainya. Jangan ada keraguan kerana Allah telah berfirman; "MINTALAH KEPADAKU NESCAYA AKU TUNAIKAN". Sebab itu Nabi ada bersabda "barang siapa yang tidak berdoa kepada Allah selepas setiap solat adalah orang yang sombong".

Cuba lihat air yang menitik berterusan pun mampu melekukkan batu yang keras, kenapa?, itulah hukum alam yang patut menjadi pengajaran buat kita yang mahu berfikir.

Untuk memahami lebih lanjut tentang hukum alam cuba lihat video the secret . Semoga kita semua mendapat manfaat yang berguna. Saya syorkan ulang tonton selalu. Setiap kali anda tonton pasti dapat sesuatu yang baru. Wallahhu'alam.

Semoga diberkati. Amin...

Monday, December 3, 2007

FOKUS

Salam kasih sayang,

Sekarang, ye sekarang juga, apa sebenarnya yang kita inginkan dalam tempoh terdekat seminggu?, sebulan?, setahun? Hanya tiga langkah untuk kita mendapatkannya.

Langkah 1: Tanya, apa kita mahu, berapa, bila...
- contohnya:- Wang RM1000.00

Langkah 2: Jawab, berikan jawapan berupa idea atau cara dan bila anda boleh dapat 'wang' tersebut. Jawapan tersebut mesti dipersetujui oleh minda kita supaya terasa yakin memang kita mampu mencapainya.

Langkah 3: Menerima, kita mesti sentiasa bersedia untuk menerimanya. Maksudnya kita mesti sentiasa fokus dengan fikiran dan perasaan. Contohnya kita tentu 'GEMBIRA' bila kita dapat wang RM1000.00 yang kita hajatkan. Maka kita ikut saja hukum alam(HUKUM GANJARAN) kita memberi kita menerima, fokus pada dua perkara tersebut; 'beri wang', 'beri kegembiraan', mesti beri pada diri sendiri, kerana kita yang mahu. Kalau kita mahu ia 'berganda' kita mesti berikan juga kepada orang dan alam sekeliling.

Ini 'hukum Tuhan' yang benar dan pasti berlaku. Kalau anda selalu beri wang pada diri sendiri dan orang lain anda pasti dapat wang juga. Kalau anda selalu beri kesusahan pada diri anda dan orang lain, diri anda akan memberi kesusahan pada anda begitu juga orang lain. Contohnya anda selalu memberi 'makanan bertoksin' pada diri anda yang tentunya menyusahkan sistem tubuh anda untuk membuangnya, maka lama kelamaan tubuh anda akan sakit dan tentunya menyusahkan anda. Begitu juga dengan apa saja yang anda beri dan kepada siapa pun anda beri, 'hukum ganjaran' pasti berlaku.

Bermakna apa saja yang selalu kita fikirkan tentang diri kita, pasti ia akan berlaku kecuali anda 'tidak percaya'. Apa lagi mulakan sekarang, fikirkan, bayangkan, rasakan, berikan dan bersedia untuk menerima.
rahsia jutawan internet
Semoga diberkati. Amin...

Wednesday, November 28, 2007

FIKIR UNTUK MULA

Salam kasih sayang,

Berapa jauh pun perjalanan ia bermula dengan langkah pertama. Berapa canggih pun idea yang dirancang ia tidak memberi apa-apa manfaat selagi tidak dimulakan. Ramai antara kita mempunyai berbagai idea yang bernas, yang disimpan(rahsiakan) kerana tidak mahu orang lain gunakan, sementara diri sendiri masih tertangguh-tangguh dengan berbagai sebab atau sekadar alasan.

Walau apa pun sebabnya kita sebenarnya patut berfikir untuk mulakan apa jua idea yang baik sama ada kita sendiri yang mulakan atau kongsikan kepada orang lain sekiranya kita tidak mampu untuk memulakannya. Jangan ada rasa rugi atau kedekut idea takut orang lain 'berjaya' dengan idea kita. Percayalah apabila kita memberikan banyak idea yang tak mampu kita laksanakan kepada orang lain, dan menjadikan orang lain berjaya dengan idea kita, kita pasti akan dikurniakan idea yang lebih baik lagi dan yang mampu kita mulakan idea tersebut asalkan kita terus "FIKIRKAN UNTUK MULA SEKARANG".

Jangan ada keraguan dengan 'hukum Allah', ia benar dan sememangnya benar. Apa saja yang sentiasa kita fikirkan, itulah yang tuhan kurniakan kepada kita. Kalau anda rasa apa yang berlaku pada diri anda bukan apa yang anda harapkan, kajilah 'cara berfikir' anda kerana 'minda bawah sedar' sama seperti makhluk ciptaan Allah yang lain 'tidak pernah ingkar' melaksanakan 'ketetapan Tuhannya'.

Oleh itu sekiranya sekarang kita masih belum ada idea atau belum memulakan apa-apa 'projek' untuk menjadi seperti 'lebah'(lihat post yg lepas) kita mulakanlah dengan "FIKIR UNTUK MULA SEKARANG". Biarkan 'alam' bekerja untuk kita. Tenang, berlapang dada, bersangka baik selalu. Namun awas banyak idea dan berbagai 'peluang' akan datang, pastikan kita mampu menilai buruk baiknya dan yang lebih penting kita mesti mampu menilai 'benar atau palsu' juga 'halal atau haram' sesuatu itu

Semoga diberkati. Amin...

Saturday, November 24, 2007

REZEKI DI MANA-MANA

Salam kasih sayang,

Ya,
Rezeki ada di mana-mana, Allah sudah sediakan untuk kita dan semua makhluknya. Segalanya sudah diaturkan mengikut 'ketetapanNya'. Kita hanya perlu pelajari, kaji dan ikuti panduan dan aturan yang telah ditetapkan(jangan lupa disediakan juga ganjaran setimpal mengikut 'pilihan' kita sendiri).

Tidak dijadikan sesuatu itu sia-sia, bagi orang yang mahu berfikir. Lihat contoh lebah Allah perintahkan ia 'membuat madu' untuk keperluannya dan makhluk lain termasuk manusia. Walaupun lebah 'diburu' oleh manusia untuk mendapatkan madu, tapi ia tidak akan pupus malah manusia pula membiak dan menjaga lebah tanpa membunuhnya. Kerana lebah membuat makanan antara yang terbaik dan dengan jumlah melebihi keperluan lebah-lebah itu sendiri.

Berusahalah seperti lebah, membina sumber rezeki untuk diri sendiri, keluarga dan seberapa banyak untuk orang lain, pasti rezeki kita akan bertambah berlipat kali ganda lagi.

Jangan sekadar berjasa seperti ayam daging, diternak, dibiak dan diberi makan sekadar untuk disembelih(apa pun bersyukurlah dahulu walau siapa pun kita).Siapa kita sekarang sudah tidak penting lagi, yang penting siapa kita pada hari-hari mendatang. Adakah kita sudah berusaha ke arah membantu orang lain membina sumber rezeki(dengan cara yang benar dan halal)...

Magnet rezeki

Semoga diberkati. Amin...

Thursday, November 22, 2007

KITA PERLU "MENTOR" (part 3)

Salam kasih sayang,

Terlalu banyak ilmu atau matlumat yang boleh kita pelajari sama ada berbayar atau percuma. Kualiti atau bermanfaatnya ilmu itu tidak bergantung kepada 'mahal' atau 'murah', tetapi kepada kemampuan seseorang itu 'MEMENTORKAN' diri untuk memilih, menguasai dan mengamalkan ilmu tersebut menjadi satu 'PAKEJ' yang akan menjadikan 'IMPIAN HIDUP' suatu kenyataan. Tiada apa yang mustahil di dunia ini selagi ia 'terkandung' dalam 'ilmu Allah'.

Jika tiada 'MENTOR' yang memimpin kita, adalah sukar untuk kita berubah, kerana sudah menjadi lumrah kebanyakan orang 'hanya nampak apa yang mereka mahu nampak' sahaja. Selagi sikap ini bersarang dalam diri, sampai bila pun mereka takkan berubah. Begitu juga dalam "MENJEMPUT REZEKI", suka saya gunakan 2 kaedah sahaja:-

1 - Mencari rezeki;

- Selagi kita terpaksa 'bekerja' untuk mendapat rezeki, selagi itulah kita tidak akan 'bebas' dari 'masalah kewangan'. Ramai antara kita sudah maklum perkara ini, ibu bapa selalu berpesan supaya beringat sementara muda, berbagai kempen oleh kerajaan dan swasta.
Pakar motivasi tidak putus-putus mencambah idea mendorong perubahan supaya kita seberapa segera ke arah kaedah ke 2 untuk 'menjemput rezeki'.

2 - Membina Sumber Pendapatan;

- Sedangkan labah-labah juga bijak 'menjemput rezeki', tidak perlu bersusah payah 'mencari rezeki', hanya duduk menunggu 'selepas bekerja keras menyiapkan perangkap'. Kita juga patut mengambil ikhtibar, sementara hidup masih belum berakhir, agar menjadi persediaan di saat memerlukan dan mudah-mudahan menjadi bekal akhirat.

Semoga mendapat idea dan panduan dalam perancangan KEWANGAN kita semua.

Semoga diberkati. Amin

Monday, November 19, 2007

KITA PERLU "MENTOR" (part 2)

Salam kasih sayang,

Kita sangat dituntut untuk menuntut ilmu, "walau habis air di laut dijadikan dakwat, ilmu Allah tidak akan habis ditulis". Ilmu terus berkembang, penemuan ilmuan baru terus bercambah dari semasa ke semasa. Walaupun guru terbaik adalah pengalaman, tapi pengalaman juga adalah guru paling 'kejam', kerana ia menghukum dahulu sebelum mengajar. Sebab itu orang yang bijak menjadikan ilmu sebagai 'penyuluh hidup' dan pengalaman orang lain sebagai panduan.

Supaya kita lebih selamat, kita hendaklah menyertai sesuatu kumpulan yang jelas bermatlamat dan berwawasan yang mampu menjadi "MENTOR" ke arah kehidupan yang kita ingini, agar kita tidak dipimpin oleh mentor tidak rasmi yang menjurus kehidupan 'bermasalah' dan tidak dikendaki. Sekiranya kita tidak fokus pada kumpulan tertentu dalam membina matlamat hidup, kita mungkin mudah 'sesat' atau 'terkapai' tanpa hala tuju yang akhirnya kecundang dengan mengakhiri hidup tanpa mencapai "IMPIAN".

Bermulalah dengan ilmu Tauhid, mengenal Allah, mengenal diri sebelum yang lainnya akan menjadi lebih mudah dan lebih 'sempurna'. Wallahua'lam.

Semoga diberkati. Amin...

Sunday, November 18, 2007

KITA PERLU "MENTOR"(part 1)

Salam kasih sayang,

Apa pun yang kita lakukan, akan menjadi lebih mudah, lebih cepat dan lancar sekiranya dimulakan dengan "NIAT". Lebih tenang dan lebih 'ikhlas' niat kita kerana Allah akan lebih berkesan(berkat) apa pun yang kita hajatkan.

Hukum ganjaran pasti berlaku, ia memang 'ajaib'(kerana selalunya tidak terfikir oleh akal)contohnya; seorang pekerja 'makan gaji'(pendapatan sudah 'tetap') kalau kita perhatikan dua orang yang bergaji sama, tetapi mempunyai perwatakan 'berbeza' pasti akan 'menarik hukum ganjaran' yang berbeza dalam kehidupan mereka.

Inilah 'Qadak dan Qadar'(ketetapan dan perlaksanaan) kita berusaha dan Allah 'menentukan perlaksanaan' mengikut 'hukum ganjaran'. Allah telah 'mengatur' sesuatu itu mengikut 'hukum' yang 'sempurna'. Beruntunglah 'orang berilmu yang mahu berfikir'.

Semoga diberkati. Amin...

Saturday, November 17, 2007

KITA PERLU "MENTOR"

Salam kasih sayang,

Tanpa kita sedar, samaada kita suka atau tidak sebenarnya apa yang kita perolehi sekarang atau apa jua yang berlaku kepada kita sekarang adalah apa yang sebenar-benarnya kita 'minta' secara berulang kali sehingga 'minda bawah sedar' kita menariknya kepada kita tanpa kita sedar atau kita sudah melupakannya.
Maka itu kita perlu tahu dan menguasai bagaimana 'minda bawah sedar' kita berfungsi, kerana ia amat mempengaruhi keseluruhan hidup kita(88% yang berlaku pada diri kita adalah hasil kerja minda bawah sedar).

Sebab itu kita perlu sentiasa berwaspada dengan apa yang selalu kita 'fikirkan', apa yang hati kecil kita selalu berkata(secara purata hati kecil kita menggunakan 7,000 perkataan sehari). Oleh itu marilah kita mulakan dengan bersungguh-sungguh untuk menjadikan akhlak atau diri RASULLULLAH SAW sebagai 'idola' ikutan 'TERBAIK' yang sememangnya diakui oleh seluruh umat manusia di dunia samada pengikut mahupun musuh beliau(termasuk Abu Lahab). Akhlak beliau adalah 'MAGNET REZEKI' paling sempurna.
Untuk memahami lebih mendalam tentang 'minda bawah sedar' kita boleh berkongsi ilmu dengan Muhammad Rozani Pawan Chek , atau linn comel dan banyak lagi, asal kita mahu terus belajar.

Semoga diberkati. Amin...

Wednesday, November 14, 2007

PESANAN IKHLAS

Salam kasih sayang,

Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian. Kecuali 0rang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran.

Mari kita berhenti sejenak, lapangkan minda, tenang dan fokuskan minda untuk memahami maksud tersurat dan tersirat yang terkandung dalam Ayat tersebut (Surah Al-A’shri)

Dalam kesibukan kita terkejar-kejar masa atas urusan 'dunia’ tanpa ada perancangan entah bila akan berakhir, kita lupa bahawa Allah telah sediakan satu system cara hidup atau pengurusan hidup, satu panduan yang maha lengkap lagi menyeluruh iaitu Al Quran. Satu ayat pendek (Surah Al-A’shri) ini pun sebenarnya sudah memadai untuk di jadikan pedoman hidup bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Manusia sentiasa dalam kerugian? Benar sememangnya benar kecuali orang-orang yang ‘beriman’(percaya dengan yakin). Bagaimana mahu percaya dengan penuh keyakinan? Sebelum kita mahu belajar atau mendapat ilmu kita mesti sediakan diri fizikal dan mental dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Niatkan sesungguhnya aku menuntut ilmu hanya yang benar dengan izinmu ya Allah, berilah kelapangan minda dan penguasaan, pengamalan dan keberkatan.

Selagi kita tidak mahu membuka hati untuk belajar dengan ikhlas, kita sukar untuk percaya dan yakin kita pasti tidak akan mampu mengamalkannya maka terus dalam ‘kerugian’ tanpa manfaat dan perubahan dalam hidup. Kerana sudah menjadi tabiat manusia ‘kita hanya nampak apa yang kita mahu nampak’ walau pun perkara itu salah dan merugikan, selagi kita tidak berlapang dada, ikhlas untuk belajar dan menerima ilmu dan kebenaran, selagi itulah kita tidak akan ‘berubah’.

Kita akan tergolong dalam golongan yang lebih beruntung apabiala kita menyampaikan(berpesan-pesan) apa juga ilmu yang bermanfaat kepada orang lain dengan ikhlas dengan istiqamah dan penuh kesabaran. Hidup kita akan sentiasa lebih tenang dan lebih berjaya hari demi hari akan lebih baik, lebih cemerlang dan bahagia. Oleh itu teruslah belajar meningkatkan ilmu, pastikan ia seimbang ilmu dunia dan akhirat. Pasti kita tidak akan sesat lagi menyesatkan.

Ilmu tanpa amal 'ibarat pohon tidak berbuah’ oleh itu istiqamah dalam menuntut ilmu, terus amalkan(praktik) bermula dari awal. Kita pasti akan mendapat ganjaran dunia dan akhirat. Amin…
GAYA HIDUP SIHAT, KAYA DAN BAHAGIA

Semoga diberkati. Amin...

Monday, November 12, 2007

MULAKAN DENGAN HUKUM GANJARAN

Salam kasih sayang,

Ramai pakar motivasi menggunakan HUKUM GANJARAN sebagai satu cara merangsang pemikiran 'positif'. Ia sememangnya menepati HUKUM ALAM, mari kita perincikan 'tertib' TINDAKAN PERLAKSANAAN, agar kita segera memperoleh segala GANJARAN BAIK yang kita kehendaki.

Sebelum itu senaraikan dulu apakah ganjaran yang kita inginkan contohnya:-
- Ilmu
- Kesihatan
- Wang
- Kasih sayang
- Kegembiraan

Mulakan mengikut TERTIB:-
- Doakan - minta terus pada Allah apa jua yang kita inginkan
- Berikan - berikan pada 'diri sendiri' dahulu biar pun 'sedikit'
- Penerimaan - usahakan cara(sebab) supaya kita mudah 'menerima' permintaan

Kalau kita mahu pencapaian keinginan kita BERGANDA, gandakan juga 'tertib' di atas. Mulakan dengan:-
- Diri sendiri
- Ibu bapa
- Keluarga
- Jiran/sahabat
- Orang awam
- Alam

Perbanyakkan DOA, PEMBERIAN dan CARA(sebab)PENERIMAAN. Sebagai contoh kalau anda ingin Wang berganda;
- doa(minta) dari Allah, tulis(berapa logik), doakan juga semua orang(ikut tertib) supaya mereka juga dapat wang yang banyak.
- berikan wang pada diri sendiri dahulu setiap kali dapat wang(simpan jgn gunakan), seterusnya, hutang keluarga sendiri, keperluan diri, ibu bapa, keluarga, jiran/sahabat dan alam(derma utk alam atau beli baja utk pokok sekitar rumah kita)
- usahakan cara untuk diri sendiri menerima wang contohnya, mula berniaga walaupun kecil(pastikan tidak menjejas sumber wang asas)contohnya, IT biz, MLM(tulen), perkhidmatan dsbnya. Mesti juga ajarkan orang lain(ikut urutan) untuk dapat wang seperti kita juga.

Jangan ada keraguan, BUAT SAHAJA DENGAN IKHLAS. Sebaiknya buat juga amalan 'murah rezeki' antaranya:-
- solat sunat Duha, baca “La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin” pada sujud akhir 40 kali.
("Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri")
- Surah al-Waqiah, sebaiknya setiap sebelum tidur(baca lbh dari sekali utk sedekah pahala kepada Rasullah SAW, para ambia', para pendidik dan orang yg memberi ilmu amalan)
- Surah al-Fatihah dan Qursy setiap pagi(mohon perlindungan dari segala kejahatan dan yg haram)
- Selawat nabi setiap selepas solat lima waktu 100 kali.
- Puasa Isnin dan Khamis.

Perbanyakkan amalan baik, bersedekah dan sebagainya. Apa yang sangat penting ialah NIAT KITA (kata-kata hati kecil sewaktu beramal) biarlah IKHLAS.
Saya suka kongsikan Tip dari linn comel petua menarik WANG. TQ linn.

Tip kesihatan dari sumber alam . Semoga bermanfaat.

Semoga diberkati. Amin...

Sunday, November 11, 2007

PAKEJ DIRI PENENTU KEJAYAAN

Salam kasih sayang,

Sebelum saya teruskan suka saya kongsikan Tip hebat "sikap penentu segalanya" , semua orang ingin berjaya, ada yang telah berusaha bersungguh-sungguh, pagi petang, siang malam tak berhenti bekerja, sanggup berhabisan modal tambah dengan pinjaman lagi. Tak jemu-jemu berkursus sana sini, tetapi masih GAGAL atau kejayaannya tidak berkekalan.

KENAPA INI BERLAKU?...
Ketahuilah sehebat, serajin dan sepandai mana pun kita, perlu kita sedar bahawa penentu segalanya adalah ALLAH. Kita tiada PILIHAN, kita mesti mematuhi hukum alam(hukum Allah).
Segalanya "amat mudah" sekiranya kita mengikut HUKUM ALAM. Sebagai contoh; Untuk menjadi JUTAWAN, kita mesti menjadikan diri kita satu PAKEJ yang mampu menarik rezeki yang berganda-ganda dalam hidup kita, tak kira apa BANGSA dan AGAMA.

Cubalah anda bertanya atau berbual terus dengan beberapa orang JUTAWAN, pasti anda akan dapati mereka mempunyai beberapa persamaan, persamaan inilah yang menjadi PAKEJ MAGNET REZEKI(mematuhi hukum Alam) bagi semua JUTAWAN.

Maka kalau kita ingin menjadi JUTAWAN kuasai PAKEJ tersebut dan amalkan sahaja. Pasti anda akan menjadi JUTAWAN dengan lebih mudah dan SEMPURNA. Apakah pakej tersebut?.. kita sambung nanti ye...

Semoga diberkati. Amin...

Saturday, November 10, 2007

Masalah Berat badan?

Salam kasih sayang,

Tahukah anda ada cara mudah untuk mengawal berat badan. Sebelum itu kita perlu tahu fungsi SISTEM PENGHADAMAN’ dalam tubuh kita.

Apabila makanan masuk dalam perut kita, dinding perut akan merembeskan ‘asid perut’ yang akan membantu ‘kesempurnaan’ proses penghadaman tersebut.

Masalah gastrik adalah disebabkan ‘rembesan’ asid perut berlaku ketika yang tidak sepatutnya, contohnya ketika perut kosong, atau bukan waktu makan.

Tip bagi membantu mengawal berat badan:-

- Minum lingzhi coffee sugar free sebelum setiap ‘menu berat’

DXN Coffee :-

- mengandungi caffein organic yang tinggi berfungsi untuk;

- merangsang kecerdasan minda jangka pendek.

- merangsang keaktifan pengeluaran asid perut membantu kesempurnaan proses penghadaman.

DXN Lingzhi:-

- Meningkatkan metabolisma tubuh;

- membantu sistem pembuangan ‘toksin’.

- merangsang pembinaan sel baru, meningkatkan fungsi organ-organ tubuh.

- membantu mempercepat proses baik pulih kesihatan.

Gabungan nikmat aroma coffee dan khasiat lingzhi, dengan cara dan waktu pengambilan yang betul dan bijak, tentu saja anda akan memperoleh hasil yang anda IMPIKAN dengan maksima.

Mulakan sekarang menikmati “keistimewaan” coffee lingzhi sugar free DXN agar menjadi lebih sihat dan langsing.

Atau anda menikmati lingzhi coffee 3 in 1 sambil menyiapkan kerja-kerja anda depan komputer.
- "Sekali anda mencuba pasti TERASA PERBEZAANNYA".

Semoga diberkati. Amin...

Thursday, November 8, 2007

MULAKAN PEMBERIAN

Salam kasih sayang,

Kita mulakan sekarang juga, "ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah". Apa gunanya ada benih yang baik, apa gunanya menanam pokok dengan banyak tetapi tidak mendatangkan hasil. Biarlah bermula dengan sedikit tapi 'berhasil', perlahan-lahan kita 'gandakan'. Ikut sahaja hukum atau peraturan alam(Allah) kerana ia benar dan sememangnya benar.

"Sebenarnya jika setiap pendapatan yang anda perolehi, anda simpan atau bayar kepada diri anda sendiri, ini akan dapat meyakinkan minda separa sedar anda bahawa, anda adalah orang yang paling layak untuk menerima wang, Dengan keyakinan itulah minda separa sedar akan sentiasa bekerja untuk menarik wang dan rezeki ke dalam kehidupan anda".

"Jadi walau berapa pun pendapatan yang anda perolehi, sila peruntukkan wang tersebut untuk diri anda sendiri dahulu, sebelum anda membayar segala hutang atau bil yang ada". "Jadikan keutamaan tersebut setiap kali anda memperolehi pendapatan anda, walaupun hanya dengan jumlah yang sedikit"
. (dari linn comel)

Selain dari pemberian wang tunai kepada diri sendiri untuk disimpan, hadiahkan juga untuk kesihatan, kecantikan dan kegembiraan. Pemberian mesti seimbang mengikut yang disarankan oleh 'agama', untuk keluarga sendiri, ibu bapa, masyarakat dan semestinya juga untuk alam. Kita gembira, semua orang lain gembira dan 'alam' gembira, Allah akan 'membalas' kembali kegembiraan yang kita 'hadiahkan' melalui diri kita sendiri dan 'semua'.

Fikirkanlah dengan konsep 'gandaan' agar ganjaran juga dalam bentuk gandaan. Apa pun belajar menjadi 'ikhlas'(tiada sombong, riak dan ujub).
Sila lawati rumpun harmoni

Semoga diberkati. Amin...

Tuesday, November 6, 2007

MARI KITA MULAKAN

Salam kasih sayang,

Tiga langkah asas untuk 'KEJAYAAN' dalam THE SECRET telah kita kongsikan. "Sampan sudah di air, dayung sudah di tangan", hanya menunggu anda membuat keputusan untuk memilih arah tujuan dan mula berdayung. Jangan suka ubah haluan, terus berdayung walau apa pun rintangan, cepat atau lambat, anda pasti akan sampai ke destinasi.

Saya cadangkan, sebelum anda membuat keputusan untuk memulakan sesuatu 'projek' terutama yang melibatkan 'modal' kewangan yang besar, siapkan diri menjadi "MAGNET REZEKI" dahulu. Ikut langkah 1 dan 2 dahulu, sehingga 'minda' anda sudah bersedia baru mula melabur, lihat sekali lagi Tip dari Irfan Khairi.

Sebagaimana mengikut kajian bahawa hanya 3% orang yang dapat mengamalkan teknik penguasaan minda dan mencapai impian masing-masing. Kebanyakan orang tidak berjaya menjadikan Langkah-langkah THE SECRET sebagai pelaziman. Saya rasa mereka ini perlukan "MENTOR" atau pembimbing.

Saya ingin menawarkan bimbingan kepada 6 orang yang memberi jawapan paling memuaskan hati saya. Anda hanya perlu membuat kenyataan APAKAH IMPIAN ANDA, KENAPA ANDA INGIN MENCAPAINYA DAN KENAPA ANDA PERLUKAN BIMBINGAN. e-mailkan kepada saya di;
rumpunharmoni@yahoo.com . Siapa cepat dia dahulu....

Semoga diberkati. Amin...

Monday, November 5, 2007

THE SECRETS (part 3)

Salam kasih sayang,

Akhir sekali,

LANGKAH 3:-
- Persediaan untuk menerima.
Setelah kita menyenaraikan apa yang kita inginkan dengan tepat dan jelas, kita perlu meminta atau 'menjemput keinginan' datang kepada kita mengikut 'hukum alam'. Akhir sekali kita perlu 'menyediakan saluran' bagaimana 'keinginan' akan datang kepada kita.
Sebagai contoh kita inginkan wang yang banyak, tuliskan jumlah yang tepat, berapa, 1 juta?...
Tulis dan letakkan(bawa) agar kita boleh melihatnya setiap hari, seberapa kerap. Wujudkan rasa syukur dan gembira setiapkali 'berdoa', kuatkan lagi dengan membayangkan kita telah memiliki dan menggunakan wang tersebut. Kawal mental agar sentiasa tenang, gembira dan positif, jangan berfikir cara 'negatif', jika berlaku masalah yang merunsingkan yang mesti diselesaikan, lupakan sebentar, fikir apa sahaja yang boleh menggembirakan kemudian dengan perasaan gembira kita fikirkan cara menyelesaikan masalah tadi. Ulang proses serupa untuk apa juga masalah. Ringkasnya kita mesti sentiasa tenang, positif dan gembira jadikan ia 'PELAZIMAN'.

Langkah akhir iaitu yang ke 3, buat seberapa banyak sebab atau cara bagaimana 'WANG' boleh datang kepada kita hingga nilai '1 juta'(perlu diingat, wang datang dari Allah bukan dari 'makhluk'). Pastikan juga hanya 'wang halal' yang akan datang kepada kita.

Inilah proses yang berlaku kepada semua orang yang telah menjadi jutawan, samaada ia sedar(sengaja) atau tidak. Sebagaimana fakta kajian yang menunjukkan bahawa hanya 3% sahaja orang yang dapat mengikut formula tersebut. Kenapa? Sebenarnya itulah bukti kebenaran 'hukum alam' yang kita bincang(bagaimana pelaziman tanggapan pemikiran anda terhadap sesuatu, itulah yang akan berlaku pada diri anda di masa depan.

Mungkin Tip Irfan Khairi dapat membantu, begitu juga dengan magnet rezeki .

Mungkin saya dapat membantu bagaimana meningkatkan PERATUS tersebut. Tunggu topik akan datang bagaimana kita dapat bersatu mengamalkan PELAZIMAN yang pasti merubah hidup kita.

Semoga diberkati. Amin....

Sunday, November 4, 2007

THE SECRETS (part 2)

Salam kasih sayang,

Setelah melaksanakan Langkah 1, kita teruskan ke;

Langkah 2:-

- MENJAWAB 'permintaan',
Ikut 'hukum alam', kita hanya perlu sentiasa memikirkan apa yang kita ingin ia berlaku, jangan memikirkan apa yang kita tidak inginkan 'santai' sahaja, biar 'hukum alam bekerja' untuk anda. Kita mesti mengetahui bagaimana hukum alam bekerja dan 'mematuhinya' antaranya:-
- hukum mental
- hukum sebab dan akibat
- hukum ketertarikan
Secara ringkasnya apa yang sentiasa kita 'beri' itulah yang kita akan 'terima'. Anda mesti menguasai 'RAHSIA' ini sebagai syarat kejayaan anda. Untuk mendalami lagi, cari buku-buku yang berkaitan atau apa saja bahan rujukan yang banyak sama ada 'percuma' atau berbayar di internet seperti The secrets .
Saya juga banyak mendapat maklumat dari Shueqry berkata dan juga linncomel.
Tetapi ramai masih gagal untuk benar-benar berubah atau berjaya dengan cemerlang kerana PAKEJ proses perlaksanaannya tidak lengkap. Saya menulis atas 'pengetahuan dan pengalaman' saya sendiri, yang benar-benar berlaku. Saya teruja untuk berkongsi pengalaman kepada anda semua kerana saya yakin ramai lagi orang yang masih ragu tentang 'kebenaran' atau gagal melaksanakannya. Ikutilah langkah seterusnya Langkah 3, langkah yang menentukan anda mencapai apa yang anda INGINKAN.

Semoga diberkati. Amin...

Saturday, November 3, 2007

THE SECRETS (part 1)

Salam kasih sayang,

Tahukah anda, bahawa sebenarnya mudah, dan sangat membahagiakan untuk rasa bahagia dan menjadi JUTAWAN.
Tidak percaya??, ragu-ragu??.. Maafkan saya, awal-awal lagi anda telah GAGAL sebelum bermula.
Percaya??, yakin??.. Tahniah!!!. anda telah menempah 'kejayaan' anda hanya perlu 'bergerak' melalui jalan 'kejayaan' dengan BETUL.
Tidak tahu, was-was??.. Tak mengapa, asalkan jangan berhenti 'belajar' dan ikut jalan 'benar'.

Sememangnya mudah untuk hidup sihat, kaya dan bahagia.
Hanya perlu ikut 3 langkah berikut:-

Langkah 1,
- Senaraikan SEMUA apa yang anda inginkan.
- bahagikan kepada 3 peringkat, segera, sederhana dan jangka panjang.
- ulang membaca, ingat, lihat, bayangkan dengan rasa syukur dan gembira, seolah-olah anda telah mencapainya. Ulang setiap hari (pilih waktu paling tenang).

Buat dulu langkah 1, jangan bimbang atau ragu, apa pun mulanya tak biasa, praktikkan berterusan (hingga rasa seronok berimaginasi).

Sedar atau tidak inilah proses awal semua orang yang 'cemerlang' dan dianggap luar biasa. Mereka telah mengamalkannya sejak dari kecil(mungkin mereka sendiri tidak sedar). Kalau anda juga suka berangan sejak sekian lama tapi masih belum berjaya, tunggu langkah 2 dan 3 ada jawapannya.

Kadangkala kita lupa dan tidak sedar bahawa peluang yang datang sekali sahaja untuk seumur hidup kita. Dan bila kita menyedari bahawa kita telah mensia-siakan peluang itu, kita akan berasa amat menyesal. Jadi jangan biarkan satu-satunya peluang anda untuk mengubah hidup anda hilang begitu sahaja!! Jangan memperjudikan nasib kita hanya kerana 'melayan rangsangan negatif' dan 'keselesaan' untuk berhenti menuntut ilmu.

Semoga diberkati. Amin...

Friday, November 2, 2007

THE SECRET

Salam kasih sayang,

Sudah ramai orang yang tahu tentang 'THE SECRET', ilmu 'LOA' dan sebagainya(yang sewaktu dengannya). Mengikut kajian daripada 100 orang yang mempelajari ilmu 'THE SECRET' hanya 3% sahaja yang mengamalkan dan mencapai 'IMPIAN' masing-masing. Kenapa ia begitu? Bukankah semua orang inginkan 'kejayaan' dalam hidup, kenapa walaupun sudah ditunjukkan jalan dan cara yang amat mudah ada yang masih tidak dapat melakukannya?
Sebagaimana yang ditulis oleh linncomel dalam blognya. Apakah pendapat anda?
Saya juga ingin menghuraikan lebih lanjut berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya sendiri dalam liku-liku proses kejayaan saya di tulisan akan datang. Sebelum itu bersamalah kita kongsikan pendapat.

Semoga diberkati. Amin...

Sunday, October 28, 2007

BALI OH BALI

Salam kasih sayang,

Saya baru balik melancong 'percuma' dengan DXN. Empat hari di Bali Indonesia banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dijadikan kenangan dan ikhtibar yang mudah-mudahan menjadi 'pengajaran' berguna untuk diri saya dan sesiapa sahaja yang ingin berkongsi(yang mahu berfikir).

Ketinggian dan kehalusan nilai seni 'ukiran' sememangnya mengkagumkan siapa sahaja yang BERKUNJUNG ke Bali. Saya difahamkan 'kerjaya' pengukir tersebut diwarisi turun temurun, dipelajari dan diamalkan sejak dari kecil, ia sudah menjadi budaya tradisi masyarakat dan 'kepercayaan'(Hindu). Bagi yang mengamalkan 'kepercayaan' dan tradisi sebagai 'PELAZIMAN' dalam kehidupan seharian tanpa mencuba untuk menambah budaya asing sebagai 'PELAZIMAN BARU', ia tidak akan berubah walau 'budaya' apa pun yang datang. Tetapi bagi sesiapa yang 'mencuba' dan 'melazimkan' budaya baru yang dibawa pelancong asing, sudah pasti secara perlahan-lahan akan meninggalkan budaya tradisi.

Itulah yang berlaku di Bali, segelintir masyarakatnya terikut-ikut budaya 'asing', mendedahkan 'aurat' ditempat awam. Ia berlaku bukan di Bali sahaja, malah di mana sahaja termasuk di negara kita sendiri, kita semua melihat setiap hari depan mata, budaya asing yang seolah-olah sudah menjadi budaya sendiri.

Kenapa ia berlaku?... Jawapannya mudah sahaja, itulah "KEAJAIBAN PELAZIMAN". Apa sahaja, samaada kita suka atau tidak kalau menjadi pelaziman, ia pasti berlaku pada diri kita sendiri, contohnya:-
Seorang gadis baik berpakaian sopan menutup aurat, tetapi kalau setiap hari berkawan dengan kawan-kawan yang 'mendedah pusat', melihat 'majalah fesyen' yang seumpamanya, suka membelek pakaian yang sama di 'komplek beli-belah', kemudian suka melihat siaran TV, video dan wayang yang memaparkan 'perkara' sama selalu, akhirnya lihatlah sekarang sudah banyak kita lihat anak gadis kita meniru berpakaian serta tingkahlaku budaya 'asing' yang boleh kita lihat seharian di 'pusat beli-belah'.

Sekarang kita faham kesan "KEAJAIBAN PELAZIMAN", maka itu marilah kita bersama berfikir apakah yang sepatutnya kita jadikan "PELAZIMAN BARU" demi kesejahteraan hidup masa depan kita sendiri dan masyarakat seluruhnya. Fikir, baca, lihat, bualkan selalu dan mulakan segera dan ulang setiap hari, agar ia menjadi pelaziman, ianya 'PASTI' akan berlaku dalam hidup kita.

Semoga diberkati. Amin...

Tuesday, October 23, 2007

KEAJAIBAN PELAZIMAN (part 5)

Salam kasih sayang,

Masih topik "KEAJAIBAN PELAZIMAN", tapi kali ini saya sangat berminat untuk memberi pendapat tentang isu oleh Utusan Malaysia baru-baru ini:-
miskin selepas bersara
pencarum jangan ghairah guna skim pengeluaran KWSP
hanya 36% rancang persaraan.

Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah 'pengurusan kewangan' kebanyakan kita. Bayangkan orang yang tiada langsung KWSP?
Kerajaan sudah mengingatkan, para bijak pandai, pakar motivasi dan sudah tentunya Ejen-ejen insuran serta pelaburan sering menerangkan betapa pentingnya 'simpanan' untuk persediaan persaraan.

Saya juga yakin kita semua akan 'sedar' dan 'bersemangat' untuk merancang kewangan sebaik mendengar mengenainya. Malangnya berapa lama ia boleh bertahan? sebulan? setahun? Selepas itu kita kembali ke 'tabi'at' asal, lupa tentang perancangan kewangan tambahan pula dengan berbagai kempen 'jualan murah' dan berbagai masalah yang tidak di duga.

Sebenarnya, selagi apa yang kita uasahakan masih 'dikawal' oleh 'akal sedar' kita, ia belum tentu akan kekal lama, tetapi apabila 'minda bawah sedar' kita sudah mengambil alih InsyaAllah, secara 'automatik' apa saja amat mudah. Contohnya semasa kita baru belajar mengayuh basikal, bukankah sukar untuk 'mengimbang'? Tetapi apabila sudah biasa, terlalu mudah kita mengimbang untuk mengayuh basikal.

Kesimpulannya apabila kita mampu memastikan 'minda bawah sedar' kita mengambil alih tugas 'minda sedar' segalanya akan jadi terlalu mudah, itulah antara "KEAJAIBAN PELAZIMAN" ia mampu menyebabkan kita kaya raya dan bahagia atau menderita, papa kedana. Bersama kita 'bermuhasabah diri' apakah 'pelaziman' kita sekarang ini mampu membawa kita hidup bahagia atau sebaliknya.

Semoga diberkati. Amin...

Friday, October 19, 2007

KEAJAIBAN PELAZIMAN (part 4)

Salam kasih sayang,

Saya yakin kebanyakan kita sudah tahu dan sedar bahawa apa saja perkara samaada kita suka atau tidak ia pasti akan berlaku apabila ia menjadi "PELAZIMAN" dalam hidup kita. Kita juga tahu adalah sukar untuk mengubah apa juga yang sudah menjadi 'pelaziman'. Sebab itu ramai orang 'hangat-hangat tahi ayam' dalam apa juga 'program atau usaha'. Kesimpulannya kita tidak akan 'berjaya' sekiranya kita tidak berjaya menjadikan sesuatu itu 'pelaziman'.

Hanya orang yang di bimbing berterusan dalam jangka masa panjang atau orang yang melakukan sesuatu itu kerana betul-betul minat sahaja yang mampu menjadikan sesuatu itu 'pelaziman' dan akhirnya ia akan mencapai 'ganjaran setimpal' samaada ia baik atau buruk.
contohnya:-
- merokok. Semua tahu ia tidak baik untuk kesihatan malah rasa rokok itu pun tidak 'sedap' pada peringkat awal cubaan merokok, tetapi oleh kerana ia diulang selalu(pelaziman), akhirnya ia dapat 'nikmat rokok' dan akhirnya dapat masalah kesihatan.
- menjadi jutawan. Seorang yang bekerja makan gaji sahaja, tetapi setiap hari membaca, melihat malah selalu bergaul dengan Jutawan atau orang-orang yang berusaha ke arah Jutawan, secara tak sedar minda bawah sedar akan 'merakam''fakta jutawan' dan akhirnya merangsang minda sedar untuk berfikir dan bertindak, malah akan menarik 'sebab-sebab' yang boleh menjadikan anda 'JUTAWAN'.

Bukankah orang alim dan pakar 'motivasi' selalu berkata "kalau kita selalu bergaul dengan orang jahat kita akan jadi jahat, kalau kita selalu bergaul dengan orang baik kita juga akan jadi baik".

Soalnya sekarang kenapa kita harus 'merperjudikan' masa depan dengan membiarkan 'alam sekeliling' mempengaruhi 'minda bawah sedar' kita? Kenapa tidak kita sendiri yang menentukan apa yang harus 'dirakam' oleh minda bawah sedar kita dan kita menjadi seperti siapa yang kita kehendaki? Sila lihat pendapat daripada jufri di blog linncomel.

Jalan sudah ada, pembimbing yang akan memimpin kita pun sudah ada, hanya kita sahaja patut membuat langkah pertama "UBAH CARA ANDA BERFIKIR".

Teruskan bersama saya....

Semoga diberkati. Amin...

Tuesday, October 16, 2007

KEAJAIBAN PELAZIMAN (part 3)

Salam kasih sayang,

Masih dalam topik "KEAJAIBAN PELAZIMAN", sekali pandang ia seperti tiada apa-apa yang luar biasa. Semua orang tahu dan faham makna 'LAZIM', selalu juga orang sebut 'biasa', 'lali' atau 'lumrah'. Tetapi samaada kita sedar atau tidak bahawa "PELAZIMAN" sememangnya AJAIB. Pelaziman yang anda lalui selama ini, memberi kesan besar kepada apa atau siapa anda 'sekarang'. Samaada anda suka atau tidak ia pasti terjadi.

Tanpa kita sedar setiap dari kita telah 'melazimkan' samaada 'kata-kata hati kecil', 'kata-kata yang terucap'(spontan atau sedar), 'tabiat'(tingkah laku)atau 'sikap' yang menjadi "TINDAK BALAS SPONTAN" terhadap setiap situasi yang kita hadapi. Cuba kita amati betul-betul, apakah tindak balas spontan kita dalam menghadapi 'sesuatu' yang sudah menjadi kelaziman? Tindak balas spontan itulah yang sebenarnya 'terakam' dalam 'minda bawah sedar' kita selama ini, yang telah memberi kesan terhadap apa yang 'berlaku sekarang', 'pencapaian', 'kumpulan', 'tingkah laku anak-anak'(yang dah ada anak) dan apa juga yang 'Tuhan kurniakan' kepada kita.

Adakah kita 'berpuas hati'? Atau mahu mengubahnya?.. Tiada yang mustahil dengan "KEAJAIBAN PELAZIMAN"....
Sebelum itu lebih senang sekiranya kita sudah memahami konsep magnet rezeki
dari tip motivasi linncomel

Semoga diberkati. Amin...

Monday, October 15, 2007

KEAJAIBAN PELAZIMAN (part 2)

Salam kasih sayang,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sambil itu saya juga terlebih dahulu telah memaafkan sesiapa sahaja yang masih hidup atau yang telah 'tiada'. Al-Fatihah buat Junjungan Muhammad (SAW), bapa saya Hamzah Johari dan seluruh muslimin dan muslimat yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka. Amin...

Menyambung topik yang lepas, saya yakin kebanyakan kita akan tersenyum kalau pun tidak ketawa. Ini menunjukkan kita semua telah sedia maklum bahawa orang 'berniaga' memang selalunya akan menampakkan 'keelokan' produk mereka tanpa memberitahu kelemahan atau kecacatan yang tersembunyi. Jelasnya, para peniaga tidak akan menjadi 'sahabat' yang baik kepada 'pengguna', mereka menawarkan berbagai 'perkhidmatan' atau 'tawaran istimewa' hanya kerana mereka berfikir untuk meningkatkan jualan dan menmbahkan keuntungan mereka. Itulah sebenarnya yang sentiasa ada dalam pemikiran mereka secara 'full time'.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa belajar untuk menjadi "PENGGUNA BIJAK". Sebagaimana kata Dr. Irfan Khairi , "kekayaan bukan diukur pada berapa pendapatan kita, tetapi pada berapa banyak yang kita boleh simpan(melabur)". Walau semurah manapun tawaran oleh peniaga, JANGAN menggadaikan simpanan(pelaburan) kita.

Kita perlu sedar suatu masa kita tidak akan mampu lagi untuk bekerja bagi menyara diri sendiri dan keluarga. Hanya pelaburan dan sumber 'pasif income' yang akan menyara kita. Fikirkanlah sekarang untuk menjadi "pengguna bijak" sebelum terlambat.

Semoga diberkati. Amin...

Tuesday, October 9, 2007

KEAJAIBAN PELAZIMAN (part 1)

Salam kasih sayang,

Pada suatu hari di sebuah kelas pembelajaran bidang pemasaran seorang pensyarah sedang menceritakan satu contoh untuk menunjukkan perbezaan yang sukar difahami oleh kebanyakan orang antara amalan pemasaran yang baik dan yang tidak baik.
Kisahnya;
Seorang lelaki telah berjumpa doctor haiwan dan berkata “seekor kuda lumba saya sering sakit kaki”.
“Apa masalahnya?” Tanya doctor.
“Ada masanya dia berjalan elok, tapi kadang-kadang ia berjalan tempang dan tak boleh berlari, apa nasihat doctor?”
Selepas berfikir sebentar doctor pun menjawab dengan ringkas, “Waktu kuda awak berjalan elok, jualkan saja…”
Kebanyakan pelajar ketawa dengan spontan, tidak kurang yang hanya ketawa selepas minta penjelasan rakan sebelah.

Bagaimana reaksi anda?
Adakah anda dalam kategori 'pelajar yang ketawa dengan spontan'?
Atau anda hanya tersenyum setelah anda berfikir terlebih dahulu?
Atau tiada reaksi langsung?...

Tinggalkan reaksi anda di ruangan komen.... sebelum saya teruskan 'topik ini..

Semoga diberkati. Amin...

Monday, October 8, 2007

KEAJAIBAN PELAZIMAN

Salam kasih sayang,

Setelah sekiankalinya saya berkongsi episod-episod suka duka pengalaman hidup saya, diharapkan ianya dapat menjadi ikhtibar, yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

Kini saya sedar dan bertambah yakin 'kejayaan' akan lebih mudah dicapai jika kita menggunakan 'cara berfikir yang betul' bukan semestinya 'berkerja dengan betul'.

Sebagaimana kebanyakan kita sedia maklum "alah bisa kerana biasa", "sikit-sikit lama-lama jadi bukit", "sehari selembar benang lama-lama jadi kain" dan banyak lagi perumpaan yang bermaksud serupa. Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah, "kita sebenarnya boleh mencapai apa saja yang orang lain boleh capai menggunakan kaedah "KEAJAIBAN PELAZIMAN".

Semua orang yang cemerlang memang telah sedar dari awal bahawa mereka akan 'berjaya' (sangat yakin akan berjaya)suatu hari nanti, tetapi kebanyakannya tidak tahu 'cara' untuk berjaya. Berbekalkan keyakinan 'berjaya' yang tinggi, maka mereka terus berusaha mencuba berbagai cara tanpa putus asa dan akhirnya berlaku 'KEAJAIBAN PELAZIMAN" tanpa mereka sedari. Cuba kita renungkan kenyataan oleh
Dr Irfan Khairi

Apa yang saya ingin jelaskan disini ialah, melalui konsep "KEAJAIBAN PELAZIMAN" sebenarnya kita boleh merancang 'kejayaan' secara berperingkat tanpa perlu melalui banyak 'kegagalan'(sebab itu bagi yg keyakinan berjaya tak cukup tinggi akan berhenti)sebelum kejayaan bermula(kegagalan bukan syarat untuk berjaya).

Hasil dari tip-tip 1 minit Dr Irfan, dan pemahaman 'kuasa minda bawah sedar' dari magnet rezeki oleh linn comel dan kehebatan kuasa 'CARA BERFIKIR YANG BETUL' dari buku "KUASA PRO-SUMER" oleh Bill Quain, saya amat yakin konsep "KEAJAIBAN PELAZIMAN" adalah 'jalan penyelesaian' kepada mereka yang masih belum berjaya mencipta kejayaan besar selepas tempoh dua tahun.

Ikuti sambungannya nanti ye... dah nak buka puasa ni....

Semoga diberkati. Amin...

Saturday, October 6, 2007

KONGSI PENGALAMAN (part 7)

Salam kasih sayang'

Dalam melalui musibah, saya tidak pernah berhenti berdoa memohon petunjuk dan perlindunganNya. Pertolongan Allah masih belum 'ketara', namun pujian dan rasa syukur tidak pernah lekang dari setiap doa. Malah Allah 'uji' lagi dengan banjir besar yang melanda bandar Kota Tinggi. Lihat gambar........














Ia benar-benar memberi kesan besar kepada "sumber kewangan" saya. Tapi Alhamdulillah ianya telah benar-benar memberi kesedaran bahawa "kita mesti ubah cara pemikiran" sebelum Allah tunjukkan jalan "yang benar" sebagaimana yang kita selalu pinta dalam setiap doa.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya".

Mengubah cara berfikir bererti kita mengubah "peta minda bawah sedar" yang akan merangsang 'perubahan tingkahlaku' dan cara berusaha, kemudian barulah kita 'bertawakal' mohon 'perkenan dan keberkatan'. Kerana walau serajin manapun kita berusaha tetapi masih dalam 'jalan yang sama' hasilnya tetap tidak banyak berbeza.

Semoga perkongsian duka kali ini menjadi yang terakhir dalam hidup saya. Harapan saya agar ia menjadi pengajaran kepada kita semua, agar kita sentiasa "bersangka baik sesama manusia" dan sentiasa saling mendoakan kerana jika Allah turunkan musibah, semua orang akan menerima akibatnya. Wallahu'alam...

Kalau anda bertandang ke 'Bandar Bersejarah' Kota Tinggi jangan lupa singgah di Restoran saya. Kami menyediakan 'menu istimewa tengahari' seperti 'belangkas, siput gonggong' dan lain-lain yang mungkin anda tak pernah 'jumpa'.

Sila singgah klick di sini Semoga anda menemui apa yang sebenarnya anda inginkan.

Semoga diberkati. Amin...

Wednesday, October 3, 2007

KONGSI PENGALAMAN (part 6)

Salam kasih sayang,

Maafkan saya, ambil masa empat hari untuk update post(kongsi pengalaman). Syukurlah dalam kesibukan masih diberi kesempatan untuk saya menyambung kisah saya(terasa macam bagus je, he he...).
"Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...". Dalam keghairahan dan keseronokan menikmati 'kejayaan', tanpa sedar(atau buat-buat tak sedar?..) saya melakukan kesilapan dalam perniagaan, iaitu program skim cepat kaya(yang masih berleluasa bertopengkan MLM). Orang kita memang mudah terpengaruh dengan 'program mudah, cepat kaya, tak payah kerja sekali masuk hari-hari untung?..'
Bukan senang nak kaya, tetapi memang 'benar' orang menjadi kaya kerana mereka buat kerja senang. Mana ada orang buat kerja teruk, pagi petang siang malam guna tulang empat kerat boleh kaya?...
Apa yang berlaku pada saya(Alhamdulillah kini saya sedar) adalah kerana saya mula 'lupa diri'(meninggalkan yg disuruh melakukan yg dilarang). Secara ringkas saya kongsikan di sini 'musibah' berlaku bertimpa-timpa, kemuncaknya saya terlibat dalam kemalangan, kereta 'merc' saya tersadai di workshop lebih enam bulan, tambah malang selang tiga bulan 'kenari' pula 'accident', ia sangat menjejaskan aktiviti saya. Kedua-dua kemalangan berpunca kesalahan saya(dah malang kena saman lagi...ciannya..)
(Ingatlah bila kita buat tak betul ia mengundang perkara-pekara tak betul juga dalam hidup kita)Lebih memilukan apabila 'istana bahagia' dengan lapan orang cahaya mata setelah lima belas tahun dibina hampir 'roboh'(maafkan abg sayang...hu,hu..).
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah penguasa sekalian alam,(ketika hambanya menzalimi dirinya sendiri, Tuhan masih sayang hambanya) berkat doa yang tak putus-putus, sekali lagi saya 'terselamat' dari terus hanyut dalam 'masalah'.
Banyak membaca dan 'berguru' dengan orang berilmu amat 'membantu' membawa saya kembali kelandasan 'kejayaan'. Terima kasih juga kepada Dr HM Tuah, Azizi Ali, shueqry, Irfan Khairi tidak ketinggalan juga linncomel melalui e-booknya banyak memberi panduan kepada saya.
Sambung lagi nanti ye, dah panjang ni...
Alhamdulillah, dalam kesibukan saya dapat juga meluangkan masa untuk membimbing sesiapa saja yang berminat untuk HIDUP SIHAT, KAYA DAN BAHAGIA, klick di sini, semoga usaha kecil saya menjadi permulaan besar masa depan anda.
Tiada yang mustahil dengan izin Allah The Art Of Mind Magic.

Semoga diberkati. Amin...

Sunday, September 30, 2007

KONGSI PENGALAMAN (part 5)

Salam kasih sayang,

Hasil 'tekanan' menyebabkan rasa terpaksa untuk terus 'mencuba' dan berusaha tanpa henti, walau pun telah berkali-kali gagal. Keperluan untuk 'mencari' pendapatan lebih disebabkan kos hidup yang semakin meningkat dan atas 'kesedaran' oleh kata-kata 'azimat' sejak di bangku sekolah iaitu; Tanyalah selalu pada diri sendiri, "apa akan jadi pada diriku esok hari kiranya aku terus begini?" benar-benar memaksa saya untuk terus meningkatkan 'ilmu berkaitan' bidang MLM, dengan menghadiri seminar-seminar 'percuma' dan 'berbayar' di samping bimbingan 'penaja'(Al Fatihah, buat Arwah Sdr Ramlan Hashim) tidak akan saya lupakan, di samping doa anak isteri juga ibu bapa dan kawan-kawan, memberi kesan dalam mencapai kejayaan demi kejayaan.
Bermula bulan September 1994 saya menyertai syarikat DXN Marketing Sdn Bhd, dalam masa empat bulan pendapatan sudah mencecah empat angka, saya memberanikan diri untuk membeli kereta 'proton saga' second hand, untuk kemudahan saya bergerak lebih aktif. Pada masa itu juga saya rajin 'bangun malam' untuk solat hajat memohon agar Allah limpahkan rezeki yang melimpah ruah. Alhamdulillah saya mampu mencapai pendapatan 'lima angka' dan mampu memandu 'kereta mewah' dan membeli 'rumah impian'.
Paling istimewa saya mampu menghadiahkan sebuah 'RESTORAN' yang menjadi impian isteri kesayangan sejak dari kecil lagi.
Eh eh...macam dah panjang sangat ni....(kita minum dulu, bijak, bijak...). Jangan lupa ikuti sambungannya, kisah bagaimana saya mengalami saat kejatuhan sebelum mula bangun semula, mudah-mudah banyak pengajaran yang boleh memberi manfaat dalam 'perjalanan kejayaan' anda.

Tip untuk kali ini;
Kenapa kebanyakan kita perlu melalui pengalaman gagal berkali-kali, atau mengambil masa yang agak lama sebelum tiba-tiba kejayaan itu seolah-olah begitu mudah(bagi orang yang langsung tiada latar belakang berniaga). Dan kenapa Dr. Irfan Khairi (jutawan internet) tidak melalui proses kegagalan tersebut? Ini kerana tiada "solftware usahawan jutawan" dalam 'minda bawah sedar' anda.
Anda akan lebih memahaminya setelah anda mambaca e-book magnet rezeki. Akuilah kita sebenarnya perlukan 'mentor' supaya lebih mudah berjaya.

Semoga diberkati. Amin...

Friday, September 28, 2007

KONGSI PENGALAMAN (part 4)

Salam kasih sayang,

Setelah lima tahun berkhidmat di bandaraya Kuala Lumpur, akhirnya saya berhijrah ke selatan tanahair. Bandar Mas, sebuah pekan kecil di kawasan Felda Kota Tinggi (bandar peranginan bersejarah). Nasib belum menyebelahi saya, waktu itu harga kelapa sawit 'melambung', biasalah kawasan 'lombong duit' harga barang semua mahal, bagi saya ketiku itu kos hidup meningkat berkali ganda berbanding semasa 'hidup di K.L. Di K.L. seminggu sekali saya ke Pasar borong untuk jimat belanja, yang mana saya tak dapat lakukan di Felda.
Satu idea saja yang saya dapat buat pada masa itu 'JIMAT',1-tukar kenderaan (motor TRS 125cc kepada Honda cup 70cc) 'jimat minyak'(ciannya aku). 2- pindah rumah (rumah sebuah sewa RM180 ke 'berek kilang sawit' sewa RM35)yang hampir dengan sekolah tempat mengajar(sedih?..sedih juga le...mcm kena turun pangkat pulak), anak baru tiga orang masih kecil, isteri tak dapat nak tolong 'part time' di warong keluarganya(kalau ikut perancangan awal gitu le...).
Lebih kurang empat tahun, berbagai 'kerja sambilan' saya buat(nak sambung belajar tak mampu lagi) untuk menambah ekonomi keluarga terutamanya dalam bidang 'MLM', dari satu, ke satu syarikat saya cuba hinggalah akhirnya saya menyertai DXN
Di sinilah bermula sejarah baru dalam hidup saya sekeluarga.....
Sambung lagi ye...he he...(macam siri CERPEN pulak)
Tapi tak pe...ada 'TIP' bagus saya nak 'share'...7 perkara
Kalau dulu saya melalui jalan sukar sebelum 'berjaya' tapi kini dah ada 'high way' untuk cepat berjaya, sekali lagi saya sarankan anda miliki magnet rezeki
, saya yakin, selepas anda menguasai 'ilmu minda', anda memilih bidang dan bimbingan yang betul(kita perlu mentor), kejayaan pasti milik anda juga.
Semoga diberkati. Amin...

Tuesday, September 25, 2007

KONGSI PENGALAMAN (part 3)

Salam kasih sayang,

Jeng, jeng, jeng.... sambung lagi ye... Dipendekkan cerita, selepas tamat pengajian saya kembali ke KL, 'posting' pertama saya di SM La Salle, Jln Peel(sekolah tu dah tak wujud lagi). Sementara tu semasa tiga tahun di JB sempat juga saya 'tersangkut' kat 'awek cun' dari Felda Kota Tinggi he he..., masalahnya, nak kena 'pinang' cepat 'ada pesaing' le.... Akhirnya selepas 'bertunang' dan baru mengajar dua tahun dah 'kawin' e, eh..macam main pondok-pondok pulak(psst...dgn 'bantuan CCB')(bank tu pun dah kena 'telan').
Cuba anda bayangkan, masa tu, gaji baru RM600++, isteri tak kerja, duduk di KL,'produktif' pulak tu 'setahun sorang' he he... Mulalah 'perah otak'(nasib baik tak botak) cari idea, macam-macam idea, satu persatu 'part time income' saya buat.
Hinggalah akhirnya saya terpaksa mengalah untuk meninggalkan 'bandaraya'(huu...huu...,sedih ni) untuk balik kampung isteri(dia nak bantu keluarga diwarong).
Kita rehat dulu ye,... sambung lain kali he he...
Tapi tak pe, ari ni saya nak bagi tip bagaimana nak dapat "ISTERI IMPIAN"(atau suami le, kalau anda pompuan) setelah saya baca magnet rezeki baru saya sedar 'tip' ni memang berkesan. Anda perlu 'berangan'(bayangkan rupa paras dengan'terperinci'wanita idaman), setiap kali terserempak atau terpandang'calon'isteri, katakan dalam hati'rasa syukur',rasa gembira'(jgn org perasan dah le),ingat!(jangan fokus pada seseorang, ianya 'umum' kerana kita tak tau siapa jodoh kita). Begitulah sebaliknya, jika terpandang yang 'berkontra'(faham tak?) katakan juga dalam hati 'bukan mcm dia,aku nak lbh cantik lagi(bayangkan)'(tapi ingat, jgn menghina atau buat org kecil hati) anda hanya 'berkomunikasi dgn diri sendiri' kita wajib layan semua org sama saja.
Saya ni taklah 'maco' sgt(kata P.Ramli,'manis'ada), tapi Alhamdulillah "IMPIAN" tercapai he he...Tip ni utk yg 'belum'je tau... Secara tak sedar saya 'terpraktikkan' cara ni dari zaman sekolah lagi.
P/S: Hati-hati dgn kata hati kecil anda, ia antara doa yg mustajab, segala buruk/baik yg berlaku, selepas anda baca 'tip'ni adalah 'tanggungjawab' sendiri, secara jujur saya sarankan anda dapatkan magnet rezeki sebagai rujukan sekiranya anda 'sukar utk mencapai impian'.
Semoga diberkati. Amin...

Monday, September 24, 2007

KONGSI PENGALAMAN (part 2)

Salam kasih sayang,

Sejak dari kecil cita-cita saya ingin menjadi 'cikgu', setiap lepas solat doa untuk jadi 'cikgu' tak pernah tinggal. Bila keputusan SPM 'keluar' saya rasa 'kecewa' saya balik juga ke rumah mengayuh basikal sejauh 5km, walau pun hari tu hujan turun (terbayang sedihnya huu..huu), saya cuma dapat pangkat 3 (4-kepujian 2-lulus dgn 36 agreget).
Saya membawa diri ikut kawan ke KL, kerja 'kilang'(tapi saya semakin berdoa, merayu utk jadi cikgu), kerana hati saya tidak serasi tinggal dengan 'kawan-kawan'(semoga kumpulan remaja tinggal di rumah bujang seperti saya dulu mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah, Amin).
Saya isi borang masuk maktab perguruan, Alhamdulillah berkat doa yang tak putus-putus, satu hari saya terkejut bapa saya(arwah, Al-Fatihah) datang (naik bas dari kg, Perak) susah payah cari saya nak sampaikan surat panggilan 'temuduga' je,(terima kasih 'pak').
Akhirnya saya diterima masuk 'maktab perguruan' di selatan tanahair 'jauh dari kawan-kawan' KL. Bermulalah era baru dalam hidup saya(semangat ni aku akan jadi cikgu). Waah....dah panjang ni,...nanti 'boring' pulak...jeng, jeng, jeng...sambung esoklah ye(perasan bagus) he he..

"Berdoalah, kerana orang yang tidak berdoa adalah orang yang sombong"
"Mintalah kepadaKu nescaya akan Ku tunaikan"

magnetrezeki
sistemrahsia
Semoga diberkati. Amin...

KONGSI PENGALAMAN (part 1)

Salam kasih sayang,

Sekadar berkongsi pengalaman.
sebagaimana kata linncomel dalam e-book pertama beliau magnet rezeki kita memang boleh berjaya cuma sebaiknya pilihlah bidang yang kita minat dan boleh memberi pulangan lumayan untuk jangka panjang sambil kita membantu orang lain untuk berkongsi kejayaan bersama.
Inilah kisah saya semoga dapat memberi 'inspirasi' kepada anda.
succes story
Semoga diberkati. Amin...

Sunday, September 23, 2007

RAHSIA PERUBAHAN

Salam kasih sayang,

"Anda adalah siapa yang anda fikirkan dan cara anda berfikir pada kebanyakan masa tentang diri anda sendiri"

"Tukang telek yang boleh dipercayai adalah minda anda sendiri, bagaimana ia menanggapi kata hati dan perkara di sekeliling anda"

"Kalau anda ingin berubah, ubahlah cara anda berfikir dahulu"

Kata kunci perubahan,....... Jangan kata begini:-
- mesti berwawasan ......... - tak nak sembarangan
- mesti rajin berusaha ..... - tak nak malas lagi
- mesti berbaik sangka ..... - tak nak buruk sangka
- mesti yakin diri ............ - tak nak ragu-ragu
- mesti murah hati ............ - tak nak jadi bakhil
- mesti mula sekarang ...... - tak nak bertangguh lagi

"Hati kecil sentiasa berkata-kata, oleh itu hati-hati dengan kata hati kecil anda kerana ia adalah doa"

"Kalau ingin sihat, amalkan mencegah penyakit, kalau ingin kaya, kaji sebab miskin, kalau ingin hidup bahagia belajar menjauhi derita"
magnet rezeki

Semoga diberkati. Amin...

Saturday, September 22, 2007

DI SINI BERMULA

Salam kasih sayang,

'Perniagaan' menyumbang 9/10 daripada sumber rezeki, ramai sudah tahu malah selalu memperkatakannya sebagai motivasi untuk menggalakkan orang ramai melibatkan diri dalam perniagaan.
Sebaliknya mengikut fakta lebih daripada 90% pendaftaran perniagaan baru gagal meneruskan perniagaan mereka melebihi setahun. Kenapa perkara ini terjadi?...

Bagaimana dengan anda, anda dalam kategori mana?;
i - telah berniaga lebih setahun dan berjaya
ii - telah gagal melepasi tahun pertama
iii- telah mencuba dan gagal beberapa kali, tapi belum putus asa
iv - telah mengalah dan memilih untuk tidak berniaga lagi
v - sedang mengusahakannya, belum 'berjaya'

Harapan saya agar anda dapat kongsikan 'pengalaman' anda 'pro atau kontra' untuk kita 'leraikan' segala 'tanggapan' mudah-mudahan dapat menjadi panduan 'bersama ke arah kesejahteraan kewangan'.
Saya akan kongsikan pendapat saya berdasarkan 'pengalaman sendiri' dalam 'proses kejayaan', semoga menjadi 'bahan renungan' yang bermanfaat.
Semoga diberkati. Amin...

Friday, September 21, 2007

KUNCI KEWANGAN BERWAWASAN

Salam kasih sayang,
Biarlah kalau ada orang kata seperti Mat Jenin, yang penting kita mesti "bermula sekarang juga" bukan "berangan-angan berpanjangan".
- Mulakan dengan langkah 'MESTI';-
- 'A' - MENYIMPAN - mesti dimulakan walau berapa pun semampunya 'untuk dilupakan'. Simpanan adalah asas 'kunci kewangan berwawasan.
- 'B' - MENGGANDA - menggunakan sebahagian simpanan untuk membina dan mengembangkan sumber pendapatan. Sekiranya kita hanya mencari(bekerja) untuk dapat duit selamanya, seperti tiadalah bezanya antara kita dengan 'makhluk yang tidak berakal'.
- 'C' - MELABUR - melaburkan sebahagian 'keuntungan' dalam saham 'amanah' atau 'hartanah', yang akan menjadi 'pasif income' satu cara persediaan persaraan yang juga boleh menjadi 'saham akhirat'.

Kuasailah 'rahsia A,B,C', ilmu yang akan menjadi 'penjana' Kewangan masa depan kita.
- "sebuah bangunan yang tersergam gagah dan indah asalnya hanyalah timbunan pasir yang terpendam"
- "sehebat dan sekaya mana pun seseorang itu, asalnya bermula hanya dengan 'akal' dan 'masa 24 jam' sehari".
Semoga diberkati. Amin...

SYUKUR

Salam kasih sayang,
Bersyukurlah walau bagaimana pun keadaan kita sekarang, tanpa rasa syukur, kita tidak dapat menerima diri seadanya dengan ikhlas. Selagi kita tidak ikhlas menerima diri seadanya sukar untuk kita 'membina tapak' persediaan untuk 'perubahan'.
Siapa diri kita sekarang sudah tidak penting lagi, yang sangat penting bermulalah menetapkan arah baru hidup kita. "siapa aku di masa depan kiranya aku terus begini?". Inilah ayat yang selalu saya gunakan sejak zaman persekolahan, setiap kali rasa lemah semangat, atau gagal dalam 'usaha'.
Untuk mengelakkan atau mengurangkan 'kegagalan' bermulalah dengan mempelajari dengan lebih mendalam ilmu 'minda'. Saya cadangkan dapatkan ebook magnet rezeki.
Semoga diberkati. Amin...

Tuesday, September 18, 2007

D.U.I.T. (part 5)

Salam kasih sayang,
T - tawakal - kebanyakan kita sudah tahu dan faham maksud 'tawakal', tetapi ramai 'gagal menghayati' konsep perlaksanaannya.
Setelah kita berusaha dengan 'bijaksana' dan 'bersungguh-sungguh' hanya kerana Allah, atas rasa tanggungjawab penuh 'keikhlasan', kemudian mohonlah 'keampunanNya' dengan 'berserah 100%'. Disusuli rasa bersyukur apa saja yang Allah 'kurniakan'.
Tanamkan satu 'keyakinan' walau apa pun yang berlaku, 'pasti' ada kebaikan yang lebih baik akan kita terima. Teruskan istiqomah dengan 'perbaiki' cara berusaha. Ingat!..jangan sekali-kali ada rasa 'ujub'(kagum kebolehan diri boleh mencapai sesuatu), inilah antara 'tiga sebab' yang menghalang 'kejayaan'.
Semoga diberkati. Amin...

Saturday, September 15, 2007

D.U.I.T. (part 4)

Salam kasih sayang,

I - 'Iman' - 'percaya' dengan sepenuh keyakinan, bahawa Allah maha pengurnia, sebagaimana FirmanNya - "Katakanlah, jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah mencintai kamu." (surah, Ali Imran; 31)
- 'Istiqomah' - dengan 'iman' dan 'keyakinan mendalam' tentang apa yg kita lakukan adalah 'benar' dan menuju 'ke arah impian' maka teruslah melakukannya berterusan (fokus), walaupun sedikit demi sedikit.
Sebagai contoh; anda makan gaji dengan pendapatan RM1000.00 sebulan, anda berdoa untuk menjadi 'jutawan', pasti Allah 'kirimkan' berbagai peluang dan 'idea' ke arah jutawan, tetapi anda menolak semuanya, 'istiqomah' dengan makan gaji sahaja, ibarat 'tanam kelapa harapkan berbuah durian', sedangkan 'guruh di langit belum tentu hujan akan turun'. Atau anda 'istiqomah' dengan sentiasa bertukar bidang usaha, ibarat 'batu yang berguling' mana mungkin boleh 'berlumut'.
Istiqomah di sini bermaksud 'berterusan' meningkatkan 'ilmu berkaitan' dalam satu-satu bidang yang kita 'tahu dan minati' dan telah 'nampak jalan' ke arah 'jutawan'. Semoga diberkati. Amin...

Wednesday, September 12, 2007

D.U.I.T. (part 3)

Salam kasih sayang,

U - 'USAHA' - 'UNIVERSE' - 'low of universe'
- Pastikan matlamat anda, 'BERUSAHA UNTUK JADI APA?'
- melakukan kerja dengan 'berilmu'yang berkaitan dengan 'matlamat' dan berkaitan dengan 'doa'. Kerja yang dilakukan perlu ikhlas bersungguh-sungguh mematuhi perancangan, sasaran dan jangkamasa tertentu effision dan inovatif. Sekali lagi 'diingatkan' lakukan 'kerja hanya kerana Allah' sebaiknya ada unsur berikut:
i - menolong orang 'memenuhi keperluan'
ii - berkongsi 'ilmu' wujud saling bantu membantu.
iii - memberi peluang orang untuk untung bersama(win-win).
Untuk lebih cepat berjaya, mesti 'FOKUS' minat dan gembira sebaiknya 'mengasyikkan' apabila bekerja. Berusaha juga menolong semua makhluk Allah dengan semampunya, walaupun ia tiada kaitan dengan 'matlamat', jangan diragui ia memang di luar kemampuan 'akal sedar'.
Semoga diberkati. Amin...

Monday, September 10, 2007

Persediaan Sebelum Puasa Ramadan

Salam kasih sayang,
Sama-sama kita hayati, e-mail dari 'mizan'
semoga tuhan mengampuni dan merahmati kita semua,
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.Oleh itu, saya terlebih dahulu memohon maaf jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang disengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarrak.
the art of mind magic
Terima kasih - mizan.
Semoga diberkati. Amin..

Sunday, September 9, 2007

D.U.I.T. (part 2)

Salam kasih sayang,
D - doa;
'DOA' adalah perkara 'asas' yg sepatutnya dilakukan sebelum memulakan apa jua 'agenda'. Sebelum itu 'fahami' dulu dgn sebenar-benarnya apa jua yg berkaitan dgn 'doa yg makbul'.
Sebelum berdoa 'sediakan diri' dgn sebaiknya:-
- 'suasana tenang yg syahdu', sebaiknya selepas tgh malam.
- 'minda yg tenang dan lapang', sebaiknya mulakan dgn solat sunat Taubat, Tahajjud, Isytiharah seterusnya Hajat. Memohon dgn 'perasaan amat yakin' apa saja yg kita hajati semasa 'sujud akhir', kemudian sambung dgn 'zikir' dan bacaan Quran.
- tenang dan kosongkan minda untuk melakukan 'Affirmasi', bayangkan dgn 'perasaan amat bersyukur' kita telah dikurniakan apa saja yg kita hajatkan.
- selalu ingat dan rasakan 'perasaan syukur' setiap kali teringat, terpandang, bercakap atau melakukan sesuatu yg berkaitan dgn 'hajat' kita.
- banyakkan bersedekah dan 'sabar' menolong semua makhluk Allah.
Pesanan yg 'mesti dipatuhi';-
- jangan sekali-kali ada 'keraguan' dlm 'minda'.
. Firman Allah surah As-Sajaddah ayat 23:
"Dan itulah, jahat sangkamu pada Tuhanmu itulah yang membinasakanmu".
-"Aku tergantung prasangka hamba-Ku terhadap-Ku. Jika prasangkanya buruk maka untuk dirinya sendiri dan jika prasangkanya baik maka untuk dirinya pula". (HR. Muslim dan Ahmad)
- jangan merasakan kebolehan atau kerajinan andalah, yg akan menentukan kejayaan anda.
. Firman Allah surah An-Nisa ayat 81:
"Dan bertaqwalah kepada Allah. Cukuplah Aku sebagai pelindung".
Sambung akan datang (part 3). Semoga diberkati. Amin...

Thursday, September 6, 2007

D.U.I.T. (part 1)

Salam kasih sayang,
Sebagaimana kita semua tahu, kita dikurniakan akal yang membezakan kita sebagai manusia yang normal berbanding dengan makhluk lain. Ingin saya berkongsi satu 'FORMULA AJAIB' yang ramai 'tahu' tapi sebenarnya tidak benar-benar memahaminya.
D - 'doa'
U - 'usaha'
I - 'istiqamah'
T - 'tawakkal'
Adakah ia semudah itu?...fahami 'rahsia' di sebalik setiap perkataan tersebut.
. - Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 186:
"Apabila hamba-hamba-Ku bertanya padamu tentang Aku, sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku menjawab permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka menjawab akan suruhan-Ku, agar mereka sentiasa mendapat petunjuk".
- Maksudnya Allah sentiasa prihatin dengan hambanya asalkan hambanya juga sentiasa prihatin dengan Allah. Tetapi bagaimana cara untuk kita sebagai hambanya untuk prihatin kepada Allah?
Mari kita bincangkan, bermula dengan 'D' - doa, apa yg kita faham 'huaraian' tentang 'doa'?
Semoga diberkati. Amin...

Saturday, September 1, 2007

Tawakal (berserah)

Salam kasih sayang,
Memadailah kepadaNya tempat mengadu, meminta, bersyukur dan berserah. Ingatlah Ia selalu, pasti Ia akan ingat kita selalu. "Mintalah kepadaKu nescaca akanKu tunaikan". Kegagalan hanyalah kerana 'keraguan' sendiri yang membatalkan 'kejayaan' kerana tidak memahami 'konsep TAWAKAL' yang sebenar-benarnya.
Semoga diberkati. Amin...

Wednesday, August 22, 2007

Formula Jutawan

Salam kasih sayang,
Ramai org berfikir alangkah bahagianya kalau kita menjadi JUTAWAN. Sebenarnya semua org blh dan berhak utk menjadi jutawan, asal tahu dan kena caranya. Ciri asas yg penting adalah 'MINDA JUTAWAN';
- Seseorang menjadi JUTAWAN kerana sentiasa berfikir 'bagaimana menggunakan wang yg ada utk menambah 'SUMBER' pendapatan.
- Seseorang akan bertambah miskin kerana sentiasa berfikir 'masalah kewangan' dan 'di mana nak dpt wang utk berlanja'.
Siapa kita sekarang sudah tidak penting lagi, yg penting siapa kita di masa depan, sekiranya kita terus 'begini?'
Utk melihat siapa kita di masa depan mudah saja, kenali siapa kumpulan yg selalu kita dampingi dan kita sukai sekarang. Ingatlah, kita tidak akan berubah secara tiba-tiba.
BERTANGGUH PUNCA TIDAK BERUBAH, biar kecil asal 'berhasil'. Bermulalah sekarang. Mulakan dgn mengenali diri menguasai 'minda' lihat linncomel
, shueqry.blogsport atau banyak lagi yg lain.

Monday, August 13, 2007

FOKUS

Salam kasih sayang,
Saya ingin mengajak anda utk berfikir sejenak, tentang diri kita. Pertama, bersyukurlah, siapa pun kita adanya. Kemudian kita fikir adakah kita berpuashati dgn siapa kita sekarang dan apakah yang kita inginkan di masa depan. Jgn ragu-ragu utk berimpian walaupun anda rasa mustahil utk mencapainya.
Pertama kita mesti percaya kita sememangnya blh mencapai apa saja yg kita inginkan. Tetapkan satu matlamat, kemudian anda FOKUSkan 100% minda, fikiran, perasaan dan tindakan langkah demi langkah pada satu haluan saja. Saya telah mempraktikkannya, dan hasilnya amat menakjubkan. Semoga kita semua terus cemerlang, Amin...

Friday, July 27, 2007

Rumpun Harmuni

Salam kasih sayang,
Tiada seorang pun boleh hidup 'bersendirian', siapa pun yang berjaya dalam apa jua bidang ia memerlukan orang lain untuk berjaya, lebih ramai orang menyokongnya lebih berjayalah ia.
Soalnya apakah kejayaan itu dengan menolong orang lain berjaya sama, atau ia menindas orang lain untuk berjaya?
Kita juga patut bersatu membina kumpulan, saling bantu membantu, sokong menyokong antara yang lama dan yang baru, yang berilmu dan yang tidak berilmu. Kita sebenarnya memang saling memerlukan antara satu sama lain. Wawasan yang jelas KE ARAH KEHIDUPAN SIHAT KAYA DAN BAHAGIA dunia akhirat.
Bersatu kita boleh, sendirian kita diperlekeh....
Semoga diberkati.Amin

Thursday, May 17, 2007

redha

mari berhenti sejenak untuk berfikir. kerana ia lebih besar pahalanya drp solat sunat seribu rokaat, bagi mereka yang mengetahui. belajarlah untuk redha dengan apa saja yg berlaku, itulah ibu kunci pintu KETENANGAN.