Friday, December 7, 2007

REVOLUSI GAYA HIDUP

Salam kasih sayang,

Relek sekejap ye, sambil pekena secawan "kopi lingzhi", agar tenang dan santai.

Sekadar berkongsi renungan,
Khabarnya datuk saya asal seberang(Indonesia), merantau akhirnya berkahwin dan menetap di Teluk Intan Perak. Zaman itu nak apa saja cari dan buat sendiri, nak tanah teroka sahaja. Siapa yang bijak upah orang untuk teroka tanah untuk menjadi kebun milik sendiri. Datuk saya sekadar ambil upah, dan beli sedikit tanah kebun siap.

Ibu bapa saya lahir zaman penjajah, masa Jepun datang, tak dapat nak sekolah. Pendek cerita hanya pandai membaca menulis di kelas dewasa. Hasil pendapatan, dari titik peluh sendiri bertani dan menoreh getah. Mereka berusaha gigih memberi peluang anak-anak(empat orang) bersekolah setinggi mana pun akan diusahakan pembiayaan. Dengan nasihat dan harapan supaya anak-anak "hidup senang"(makan gaji). Alhamdulillah saya akhirnya jadi 'cikgu'(memang cita-cita dari kecil)(Al-Fatihah utk arwah bapa).

Dengan pendedahan dan pembacaan tentang kewangan, akhirnya saya melibatkan diri dalam MLM dan bersara awal untuk membantu minat isteri dalam perniagaan 'restoran'(kumpul modal melalui MLM).

Sekarang saya sedang mendidik anak saya untuk mengembangkan perniagaan restoran di masa depan, dalam masa sama saya tekankan konsep "duit buat duit" melalui saham-saham amanah. Tak lupa juga untuk menceburi bidang 'network marketing', untuk memberi pendidikan dan pendedahan konsep "people touching people", agar mereka bijak berkomunikasi sambil membina 'pasif income'.

Cuba kita renungkan, disebalik kisah sejarah ringkas keluarga saya. Seperti tiada apa yang istimewa(orang biasa). Fikirkan konsep 'sumber pendapatan' perubahan dari datuk, bapa, saya sendiri dan seterusnya jenerasi saya(Insyaallah. Amin);
bermula dengan:-
- mencari sumber wang
- tenaga buat wang
- sijil + masa buat wang
- idea + masa buat wang
- sistem buat wang, dan seterusnya
- wang buat wang
Sasaran selepas ini 'projek buat wang'.

Kita patut berubah menjadi lebih baik, setidak-tidaknya mengikut 'arus perdana', tapi pastikan yang bermanfaat dan membawa kesejahteraan sejagat.
Bagaimana dengan anda?
"Kita minum dulu, bijak, bijak...he he", sabung lagi ye..
Semoga diberkati. Amin...

No comments: