Saturday, October 6, 2007

KONGSI PENGALAMAN (part 7)

Salam kasih sayang'

Dalam melalui musibah, saya tidak pernah berhenti berdoa memohon petunjuk dan perlindunganNya. Pertolongan Allah masih belum 'ketara', namun pujian dan rasa syukur tidak pernah lekang dari setiap doa. Malah Allah 'uji' lagi dengan banjir besar yang melanda bandar Kota Tinggi. Lihat gambar........














Ia benar-benar memberi kesan besar kepada "sumber kewangan" saya. Tapi Alhamdulillah ianya telah benar-benar memberi kesedaran bahawa "kita mesti ubah cara pemikiran" sebelum Allah tunjukkan jalan "yang benar" sebagaimana yang kita selalu pinta dalam setiap doa.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya".

Mengubah cara berfikir bererti kita mengubah "peta minda bawah sedar" yang akan merangsang 'perubahan tingkahlaku' dan cara berusaha, kemudian barulah kita 'bertawakal' mohon 'perkenan dan keberkatan'. Kerana walau serajin manapun kita berusaha tetapi masih dalam 'jalan yang sama' hasilnya tetap tidak banyak berbeza.

Semoga perkongsian duka kali ini menjadi yang terakhir dalam hidup saya. Harapan saya agar ia menjadi pengajaran kepada kita semua, agar kita sentiasa "bersangka baik sesama manusia" dan sentiasa saling mendoakan kerana jika Allah turunkan musibah, semua orang akan menerima akibatnya. Wallahu'alam...

Kalau anda bertandang ke 'Bandar Bersejarah' Kota Tinggi jangan lupa singgah di Restoran saya. Kami menyediakan 'menu istimewa tengahari' seperti 'belangkas, siput gonggong' dan lain-lain yang mungkin anda tak pernah 'jumpa'.

Sila singgah klick di sini Semoga anda menemui apa yang sebenarnya anda inginkan.

Semoga diberkati. Amin...

Wednesday, October 3, 2007

KONGSI PENGALAMAN (part 6)

Salam kasih sayang,

Maafkan saya, ambil masa empat hari untuk update post(kongsi pengalaman). Syukurlah dalam kesibukan masih diberi kesempatan untuk saya menyambung kisah saya(terasa macam bagus je, he he...).
"Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...". Dalam keghairahan dan keseronokan menikmati 'kejayaan', tanpa sedar(atau buat-buat tak sedar?..) saya melakukan kesilapan dalam perniagaan, iaitu program skim cepat kaya(yang masih berleluasa bertopengkan MLM). Orang kita memang mudah terpengaruh dengan 'program mudah, cepat kaya, tak payah kerja sekali masuk hari-hari untung?..'
Bukan senang nak kaya, tetapi memang 'benar' orang menjadi kaya kerana mereka buat kerja senang. Mana ada orang buat kerja teruk, pagi petang siang malam guna tulang empat kerat boleh kaya?...
Apa yang berlaku pada saya(Alhamdulillah kini saya sedar) adalah kerana saya mula 'lupa diri'(meninggalkan yg disuruh melakukan yg dilarang). Secara ringkas saya kongsikan di sini 'musibah' berlaku bertimpa-timpa, kemuncaknya saya terlibat dalam kemalangan, kereta 'merc' saya tersadai di workshop lebih enam bulan, tambah malang selang tiga bulan 'kenari' pula 'accident', ia sangat menjejaskan aktiviti saya. Kedua-dua kemalangan berpunca kesalahan saya(dah malang kena saman lagi...ciannya..)
(Ingatlah bila kita buat tak betul ia mengundang perkara-pekara tak betul juga dalam hidup kita)Lebih memilukan apabila 'istana bahagia' dengan lapan orang cahaya mata setelah lima belas tahun dibina hampir 'roboh'(maafkan abg sayang...hu,hu..).
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah penguasa sekalian alam,(ketika hambanya menzalimi dirinya sendiri, Tuhan masih sayang hambanya) berkat doa yang tak putus-putus, sekali lagi saya 'terselamat' dari terus hanyut dalam 'masalah'.
Banyak membaca dan 'berguru' dengan orang berilmu amat 'membantu' membawa saya kembali kelandasan 'kejayaan'. Terima kasih juga kepada Dr HM Tuah, Azizi Ali, shueqry, Irfan Khairi tidak ketinggalan juga linncomel melalui e-booknya banyak memberi panduan kepada saya.
Sambung lagi nanti ye, dah panjang ni...
Alhamdulillah, dalam kesibukan saya dapat juga meluangkan masa untuk membimbing sesiapa saja yang berminat untuk HIDUP SIHAT, KAYA DAN BAHAGIA, klick di sini, semoga usaha kecil saya menjadi permulaan besar masa depan anda.
Tiada yang mustahil dengan izin Allah The Art Of Mind Magic.

Semoga diberkati. Amin...

Sunday, September 30, 2007

KONGSI PENGALAMAN (part 5)

Salam kasih sayang,

Hasil 'tekanan' menyebabkan rasa terpaksa untuk terus 'mencuba' dan berusaha tanpa henti, walau pun telah berkali-kali gagal. Keperluan untuk 'mencari' pendapatan lebih disebabkan kos hidup yang semakin meningkat dan atas 'kesedaran' oleh kata-kata 'azimat' sejak di bangku sekolah iaitu; Tanyalah selalu pada diri sendiri, "apa akan jadi pada diriku esok hari kiranya aku terus begini?" benar-benar memaksa saya untuk terus meningkatkan 'ilmu berkaitan' bidang MLM, dengan menghadiri seminar-seminar 'percuma' dan 'berbayar' di samping bimbingan 'penaja'(Al Fatihah, buat Arwah Sdr Ramlan Hashim) tidak akan saya lupakan, di samping doa anak isteri juga ibu bapa dan kawan-kawan, memberi kesan dalam mencapai kejayaan demi kejayaan.
Bermula bulan September 1994 saya menyertai syarikat DXN Marketing Sdn Bhd, dalam masa empat bulan pendapatan sudah mencecah empat angka, saya memberanikan diri untuk membeli kereta 'proton saga' second hand, untuk kemudahan saya bergerak lebih aktif. Pada masa itu juga saya rajin 'bangun malam' untuk solat hajat memohon agar Allah limpahkan rezeki yang melimpah ruah. Alhamdulillah saya mampu mencapai pendapatan 'lima angka' dan mampu memandu 'kereta mewah' dan membeli 'rumah impian'.
Paling istimewa saya mampu menghadiahkan sebuah 'RESTORAN' yang menjadi impian isteri kesayangan sejak dari kecil lagi.
Eh eh...macam dah panjang sangat ni....(kita minum dulu, bijak, bijak...). Jangan lupa ikuti sambungannya, kisah bagaimana saya mengalami saat kejatuhan sebelum mula bangun semula, mudah-mudah banyak pengajaran yang boleh memberi manfaat dalam 'perjalanan kejayaan' anda.

Tip untuk kali ini;
Kenapa kebanyakan kita perlu melalui pengalaman gagal berkali-kali, atau mengambil masa yang agak lama sebelum tiba-tiba kejayaan itu seolah-olah begitu mudah(bagi orang yang langsung tiada latar belakang berniaga). Dan kenapa Dr. Irfan Khairi (jutawan internet) tidak melalui proses kegagalan tersebut? Ini kerana tiada "solftware usahawan jutawan" dalam 'minda bawah sedar' anda.
Anda akan lebih memahaminya setelah anda mambaca e-book magnet rezeki. Akuilah kita sebenarnya perlukan 'mentor' supaya lebih mudah berjaya.

Semoga diberkati. Amin...