Tuesday, October 23, 2007

KEAJAIBAN PELAZIMAN (part 5)

Salam kasih sayang,

Masih topik "KEAJAIBAN PELAZIMAN", tapi kali ini saya sangat berminat untuk memberi pendapat tentang isu oleh Utusan Malaysia baru-baru ini:-
miskin selepas bersara
pencarum jangan ghairah guna skim pengeluaran KWSP
hanya 36% rancang persaraan.

Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah 'pengurusan kewangan' kebanyakan kita. Bayangkan orang yang tiada langsung KWSP?
Kerajaan sudah mengingatkan, para bijak pandai, pakar motivasi dan sudah tentunya Ejen-ejen insuran serta pelaburan sering menerangkan betapa pentingnya 'simpanan' untuk persediaan persaraan.

Saya juga yakin kita semua akan 'sedar' dan 'bersemangat' untuk merancang kewangan sebaik mendengar mengenainya. Malangnya berapa lama ia boleh bertahan? sebulan? setahun? Selepas itu kita kembali ke 'tabi'at' asal, lupa tentang perancangan kewangan tambahan pula dengan berbagai kempen 'jualan murah' dan berbagai masalah yang tidak di duga.

Sebenarnya, selagi apa yang kita uasahakan masih 'dikawal' oleh 'akal sedar' kita, ia belum tentu akan kekal lama, tetapi apabila 'minda bawah sedar' kita sudah mengambil alih InsyaAllah, secara 'automatik' apa saja amat mudah. Contohnya semasa kita baru belajar mengayuh basikal, bukankah sukar untuk 'mengimbang'? Tetapi apabila sudah biasa, terlalu mudah kita mengimbang untuk mengayuh basikal.

Kesimpulannya apabila kita mampu memastikan 'minda bawah sedar' kita mengambil alih tugas 'minda sedar' segalanya akan jadi terlalu mudah, itulah antara "KEAJAIBAN PELAZIMAN" ia mampu menyebabkan kita kaya raya dan bahagia atau menderita, papa kedana. Bersama kita 'bermuhasabah diri' apakah 'pelaziman' kita sekarang ini mampu membawa kita hidup bahagia atau sebaliknya.

Semoga diberkati. Amin...