Saturday, November 24, 2007

REZEKI DI MANA-MANA

Salam kasih sayang,

Ya,
Rezeki ada di mana-mana, Allah sudah sediakan untuk kita dan semua makhluknya. Segalanya sudah diaturkan mengikut 'ketetapanNya'. Kita hanya perlu pelajari, kaji dan ikuti panduan dan aturan yang telah ditetapkan(jangan lupa disediakan juga ganjaran setimpal mengikut 'pilihan' kita sendiri).

Tidak dijadikan sesuatu itu sia-sia, bagi orang yang mahu berfikir. Lihat contoh lebah Allah perintahkan ia 'membuat madu' untuk keperluannya dan makhluk lain termasuk manusia. Walaupun lebah 'diburu' oleh manusia untuk mendapatkan madu, tapi ia tidak akan pupus malah manusia pula membiak dan menjaga lebah tanpa membunuhnya. Kerana lebah membuat makanan antara yang terbaik dan dengan jumlah melebihi keperluan lebah-lebah itu sendiri.

Berusahalah seperti lebah, membina sumber rezeki untuk diri sendiri, keluarga dan seberapa banyak untuk orang lain, pasti rezeki kita akan bertambah berlipat kali ganda lagi.

Jangan sekadar berjasa seperti ayam daging, diternak, dibiak dan diberi makan sekadar untuk disembelih(apa pun bersyukurlah dahulu walau siapa pun kita).Siapa kita sekarang sudah tidak penting lagi, yang penting siapa kita pada hari-hari mendatang. Adakah kita sudah berusaha ke arah membantu orang lain membina sumber rezeki(dengan cara yang benar dan halal)...

Magnet rezeki

Semoga diberkati. Amin...

Thursday, November 22, 2007

KITA PERLU "MENTOR" (part 3)

Salam kasih sayang,

Terlalu banyak ilmu atau matlumat yang boleh kita pelajari sama ada berbayar atau percuma. Kualiti atau bermanfaatnya ilmu itu tidak bergantung kepada 'mahal' atau 'murah', tetapi kepada kemampuan seseorang itu 'MEMENTORKAN' diri untuk memilih, menguasai dan mengamalkan ilmu tersebut menjadi satu 'PAKEJ' yang akan menjadikan 'IMPIAN HIDUP' suatu kenyataan. Tiada apa yang mustahil di dunia ini selagi ia 'terkandung' dalam 'ilmu Allah'.

Jika tiada 'MENTOR' yang memimpin kita, adalah sukar untuk kita berubah, kerana sudah menjadi lumrah kebanyakan orang 'hanya nampak apa yang mereka mahu nampak' sahaja. Selagi sikap ini bersarang dalam diri, sampai bila pun mereka takkan berubah. Begitu juga dalam "MENJEMPUT REZEKI", suka saya gunakan 2 kaedah sahaja:-

1 - Mencari rezeki;

- Selagi kita terpaksa 'bekerja' untuk mendapat rezeki, selagi itulah kita tidak akan 'bebas' dari 'masalah kewangan'. Ramai antara kita sudah maklum perkara ini, ibu bapa selalu berpesan supaya beringat sementara muda, berbagai kempen oleh kerajaan dan swasta.
Pakar motivasi tidak putus-putus mencambah idea mendorong perubahan supaya kita seberapa segera ke arah kaedah ke 2 untuk 'menjemput rezeki'.

2 - Membina Sumber Pendapatan;

- Sedangkan labah-labah juga bijak 'menjemput rezeki', tidak perlu bersusah payah 'mencari rezeki', hanya duduk menunggu 'selepas bekerja keras menyiapkan perangkap'. Kita juga patut mengambil ikhtibar, sementara hidup masih belum berakhir, agar menjadi persediaan di saat memerlukan dan mudah-mudahan menjadi bekal akhirat.

Semoga mendapat idea dan panduan dalam perancangan KEWANGAN kita semua.

Semoga diberkati. Amin

Monday, November 19, 2007

KITA PERLU "MENTOR" (part 2)

Salam kasih sayang,

Kita sangat dituntut untuk menuntut ilmu, "walau habis air di laut dijadikan dakwat, ilmu Allah tidak akan habis ditulis". Ilmu terus berkembang, penemuan ilmuan baru terus bercambah dari semasa ke semasa. Walaupun guru terbaik adalah pengalaman, tapi pengalaman juga adalah guru paling 'kejam', kerana ia menghukum dahulu sebelum mengajar. Sebab itu orang yang bijak menjadikan ilmu sebagai 'penyuluh hidup' dan pengalaman orang lain sebagai panduan.

Supaya kita lebih selamat, kita hendaklah menyertai sesuatu kumpulan yang jelas bermatlamat dan berwawasan yang mampu menjadi "MENTOR" ke arah kehidupan yang kita ingini, agar kita tidak dipimpin oleh mentor tidak rasmi yang menjurus kehidupan 'bermasalah' dan tidak dikendaki. Sekiranya kita tidak fokus pada kumpulan tertentu dalam membina matlamat hidup, kita mungkin mudah 'sesat' atau 'terkapai' tanpa hala tuju yang akhirnya kecundang dengan mengakhiri hidup tanpa mencapai "IMPIAN".

Bermulalah dengan ilmu Tauhid, mengenal Allah, mengenal diri sebelum yang lainnya akan menjadi lebih mudah dan lebih 'sempurna'. Wallahua'lam.

Semoga diberkati. Amin...

Sunday, November 18, 2007

KITA PERLU "MENTOR"(part 1)

Salam kasih sayang,

Apa pun yang kita lakukan, akan menjadi lebih mudah, lebih cepat dan lancar sekiranya dimulakan dengan "NIAT". Lebih tenang dan lebih 'ikhlas' niat kita kerana Allah akan lebih berkesan(berkat) apa pun yang kita hajatkan.

Hukum ganjaran pasti berlaku, ia memang 'ajaib'(kerana selalunya tidak terfikir oleh akal)contohnya; seorang pekerja 'makan gaji'(pendapatan sudah 'tetap') kalau kita perhatikan dua orang yang bergaji sama, tetapi mempunyai perwatakan 'berbeza' pasti akan 'menarik hukum ganjaran' yang berbeza dalam kehidupan mereka.

Inilah 'Qadak dan Qadar'(ketetapan dan perlaksanaan) kita berusaha dan Allah 'menentukan perlaksanaan' mengikut 'hukum ganjaran'. Allah telah 'mengatur' sesuatu itu mengikut 'hukum' yang 'sempurna'. Beruntunglah 'orang berilmu yang mahu berfikir'.

Semoga diberkati. Amin...