Wednesday, May 20, 2009

SUMBER ILMU...

Salam kasih sayang,

Ingin hidup 'cemerlang' di dunia, mesti dengan 'ILMU', ingin hidup 'cemerlang' di akhirat mesti dengan 'ILMU', ingin hidup 'cemerlang' di DUNIA DAN AKHIRAT mesti dengan 'ILMU'.

Dalam Islam bab menuntut ilmu adalah 'agenda utama' dalam hidup. Kita sebenarnya pun telah menerima 'ilmu' sejak dari dalam kandungan dan diwajibkan menuntut ilmu hinggalah ke 'liang lahad'. Ilmu apa yang sering kita terima, adalah penunjuk jalan hidup kita di masa depan.

Segala ilmu ke arah kebaikan tentunya tidak menghampiri orang-orang yang banyak membuat kerusakan di muka bumi, maka itu idea-idea yang datang banyak menjurus jalan singkat tanpa mengmbil peduli(sengaja atau tidak) kesan jangka panjang.

Kita sering 'ternampak' kuman di seberang laut, hingga selalunya gagal melihat gajah di depan mata.

Semoga diberkati. Amin...

Thursday, April 23, 2009

BIAR KAMI BIMBING ANDA

Salam kasih sayang,
Saudaraku, kita dijadikan tidak sia-sia, kita akan dipertanggungjawabkan di atas apa jua yang kita lakukan. Kita berhak memilih untuk mengubah apa yang kita 'mahukan'. Setiap apa yang berlaku pada diri kita adalah berpunca dari diri kita sendiri dan 'orang-orang' di sekeliling kita. Oleh itu kita sebenarnya saling memerlukan, saling bergantung untuk 'membina kehidupan' yang sejahtera.
'Bersama bersatu minda membina GELOMBANG KESEJAHTERAAN SEJAGAT'.
Semoga diberkati. Amin...
Sila hubungi;-
ybredha@gmail.com