Wednesday, January 16, 2008

FIKIR DAN PERCAYA

Salam kasih sayang,

Semua orang mempunyai "IMPIAN" dalam hidup ini. Bezanya ada orang berjaya mencapai impian dan lebih ramai lagi gagal dalam mengejar impian. Tapi yang lebih malang ialah orang yang "membunuh" impian sendiri. Bagaimana tu?....

Anda sebenarnya telah membunuh impian anda sekiranya anda ragu atau was-was sama ada anda mampu mencapai impian anda atau tidak.

"Impian" adalah sesuatu yang kita suka dan sangat gembira dan penuh kepuasan bila kita mencapainya. Oleh itu kita semua patut mencapai apa juga impian dalam hidup kita, supaya hidup tidak menjadi sia-sia. Tiada apa yang mustahil. Kalau kita berilmu dalam sesuatu bidang kita akan faham dengan jelas dan menghasilkan kepercayaan yang semakin kukuh untuk kita melakukan sesuatu dengan yakin, hanya dengan keyakinan tinggi sahaja kita pasti boleh mencapai apa sahaja.

Maka di sini jelaslah bahawa langkah awal yang sangat penting ialah kita tidak boleh berhenti 'BERFIKIR DAN SENTIASA MENAMBAH ILMU'

Semoga diberkati. Amin...