Wednesday, November 28, 2007

FIKIR UNTUK MULA

Salam kasih sayang,

Berapa jauh pun perjalanan ia bermula dengan langkah pertama. Berapa canggih pun idea yang dirancang ia tidak memberi apa-apa manfaat selagi tidak dimulakan. Ramai antara kita mempunyai berbagai idea yang bernas, yang disimpan(rahsiakan) kerana tidak mahu orang lain gunakan, sementara diri sendiri masih tertangguh-tangguh dengan berbagai sebab atau sekadar alasan.

Walau apa pun sebabnya kita sebenarnya patut berfikir untuk mulakan apa jua idea yang baik sama ada kita sendiri yang mulakan atau kongsikan kepada orang lain sekiranya kita tidak mampu untuk memulakannya. Jangan ada rasa rugi atau kedekut idea takut orang lain 'berjaya' dengan idea kita. Percayalah apabila kita memberikan banyak idea yang tak mampu kita laksanakan kepada orang lain, dan menjadikan orang lain berjaya dengan idea kita, kita pasti akan dikurniakan idea yang lebih baik lagi dan yang mampu kita mulakan idea tersebut asalkan kita terus "FIKIRKAN UNTUK MULA SEKARANG".

Jangan ada keraguan dengan 'hukum Allah', ia benar dan sememangnya benar. Apa saja yang sentiasa kita fikirkan, itulah yang tuhan kurniakan kepada kita. Kalau anda rasa apa yang berlaku pada diri anda bukan apa yang anda harapkan, kajilah 'cara berfikir' anda kerana 'minda bawah sedar' sama seperti makhluk ciptaan Allah yang lain 'tidak pernah ingkar' melaksanakan 'ketetapan Tuhannya'.

Oleh itu sekiranya sekarang kita masih belum ada idea atau belum memulakan apa-apa 'projek' untuk menjadi seperti 'lebah'(lihat post yg lepas) kita mulakanlah dengan "FIKIR UNTUK MULA SEKARANG". Biarkan 'alam' bekerja untuk kita. Tenang, berlapang dada, bersangka baik selalu. Namun awas banyak idea dan berbagai 'peluang' akan datang, pastikan kita mampu menilai buruk baiknya dan yang lebih penting kita mesti mampu menilai 'benar atau palsu' juga 'halal atau haram' sesuatu itu

Semoga diberkati. Amin...