Sunday, July 20, 2008

Mengkaji, Mengamal dan Menyampaikan

Salam kasih sayang,

Agak lama juga saya tidak 'update' blog. Rutin harian saya sekarang sudah semakin bertambah, jadi jarang dapat mengadap komputer lama-lama. Jika ada masa mengadap komputer saya gunakan untuk 'cas' bateri(motivasi) dengan membaca blog-blog motivasi seperti linncomel, shueqry, irfankhairi dan ramai lagi(takde le baca semua selalu).
Untuk kita dapat manfaat sesuatu itu kita mesti "mengkaji" apa-apa juga sumber ilmu, kepentingan dan kesuaian dengan apa agenda kita sendiri. Jangan buang masa membaca bahan-bahan yang tidak kita perlukan, ia akan mencuri masa juga momentum perlaksanaan kerja kita.
Segala ilmu yang berkaitan dengan bidang kita yang kita yakin mampu memajukan kejayaan kita, bersegeralah dan beristiqamah mengamalkannya sehingga berhasil(berjaya). Selalu tambah atau sesuaikan dengan idea-idea baru yang berkesan.
Untuk lebih 'berkesan', sering-seringlah kita berkongsi atau menyampaikan segala ilmu yang bermanfaat mengikut 'kesesuaian' masing-masing(orang yang menerima). Inilah formula kejayaan kepada semua orang yang cemerlang sama ada mereka sedar atau tidak.
Formula mudah untuk berjaya "TANYA", "JAWAB", "TERIMA". Fikirkanlah(mengkaji) kemudian "bertindak"(mengamal) serta bersedia dengan gembira untuk "menerima" (hasilnya).
Semoga diberkati. Amin...

Saturday, May 3, 2008

SENANG UNTUK SENANG?...(part 3)

Salam kasih sayang,

Alhamdulillah kita sambung lagi...sebelum saya teruskan, saya ingin berpesan. Walau apa pun yang kita buat(yang baik-baik) lazimkanlah(hingga menjadi 'aotomatik') untuk memulakan dengan 'Bismillah.....' disertai 'niat dan hasrat'. Sebenarnya kunci yang menjadi asas untuk "senang" dalam melakukan apa sahaja ialah 'niat dan(visualkan)hasrat'.

Tanpa kita sedar sebenarnya apa yang selama ini menjadi mudah dan suka untuk kita lakukan adalah kerana sama ada kita sengaja atau tidak kita melibatkan 'perasaan dan hayalan(visual)' dalam melakukan perkara tersebut. Ia akhirnya menjadi sangat mudah dan 'pakar' apabila diulang-ulang dengan kaedah sama(pelaziman memang ajaib).

Perasaan 'melampau' tidak semestinya gembira, sama ada sedih, takut dan marah apa juga perasaan yang 'melampau' menghasilkan 'ernergy' yang luar biasa, dan sangat mudah diterima oleh minda bawah sedar. Masalahnya ialah biasanya dalam keadaan perasaan yang 'melampau' kebanyakan kita tidak dapat mengawal tindakan. Akhirnya ia akan jadi tabiat(sifat) dengan mudah dan sukar untuk diubah(sudah diterima oleh minda bawah sedar).

Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah bagaimana kita mahu 'mengambil peluang hebat' di saat setiap kali 'perasaan melampau'(terlalu gembira, marah, sedih dsbnya) terkeluar dari diri kita. Segeralah beristighfar banyak-banyak sambil ucapkan syukur dan 'niatkan'(doa) dengan 'hasrat'(bayangkan seolah-olah anda sedang/telah mencapai) keinginan ulang dengan konsistan. Bertawakallah (berserah dan ikhlas) jangan ada keraguan.

Apa yang kita usahakan akan dipermudahkan dan apa juga masalah akan Allah tunjukkan jalan keluarnya. Kita akan menjadi semakin tenang, sebenarnya 'ketenangan' itulah rahsia yang menjadi asas doa yang lebih makbul, maka banyak-banyakkanlah beristighfar dan berzikir.

sihat kaya bahagia
Semoga diberkati. Amin...

Sunday, April 27, 2008

SENANG UNTUK SENANG?...(PART 2)

Salam kasih sayang,

Susah atau senang adalah pilihan kita sendiri. Walau pun begitu sebenarnya pada awalnya(baru lahir) kita menumpang senang atau susah ibu bapa kita. Maka beruntunglah anak yang lahir dalam keluarga yang serba sempurna dan bahagia.

Apabila kita dewasa kita berhak dan bertanggungjawab menentukan masa depan kita sendiri, kerana bermula saat kita dewasa(baligh) segala apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan di dunia dan akhirat nanti.

Walau bagaimanapun dan apa juga keadaan kita sekarang kita sepatutnya bersyukur dan berterima kasih pada ibu bapa kita kerana kita dapat hidup dan bernafas dengan bebas. Sesusah mana pun ibu bapa, mereka akan sedaya upaya untuk memberi kehidupan yang lebih baik untuk masa depan anaknya.

Apa yang penting sekarang ialah "MASA DEPAN KITA" bermula sekarang. Kita perlu menjawab beberapa soalan:-
- adakah sekarang kita bahagia?
- adakah kita berpuashati dengan kehidupan sekarang?
- adakah kita yakin jalan hidup kita sekarang sedang menuju 'impian'?
- adakah kita pasti apa yang kita lakukan sekarang diredhai Tuhan?

Sambung nanti ye...
saya akan kongsikan "petua" amalan "kerezekian", mudah mudahan dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Semoga diberkati. Amin...
Kita bebas memilih

Friday, April 18, 2008

SENANG UNTUK SENANG?...

Salam kasih sayang,
“Rupa-rupanya "JALAN" untuk hidup "SIHAT, KAYA DAN BAHAGIA" jauh lebih senang dan membahagiakan dari jalan untuk hidup menderita sakit dan miskin"
Andakah anda PERCAYA?....
Jawapannya ada pada anda....
Keputusannya ada pada anda....
Hasilnya anda yang akan menerimanya....
Kesannya anda yang akan dipertanggungjawapkan....

“Sebagai sunnatullah (peraturan Allah yang telah ditetapkan terhadap alam semesta) yang telah berlaku sejak dahulu, sekali-kali kamu tidak akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu”. (QS. Al Faath, 48:23)

Memang benar, untuk hidup 'sihat, kaya, dan bahagia, sebenarnya lebih mudah, lebih menggembirakan'. Cuba kita fikirkan apakah perasaan anda, apabila melihat seseorang yang pekerjaannya 'mengutip sampah dalam keadaan panas terik di tengah kesibukan bandaraya'?...Saya perlukan "pendapat" anda, sebelum saya menjelaskan bahawa FAKTA di atas "SESUNGGUHNYA MEMANG BENAR"....

Seminar MUS (mengenal potensi diri, rahsia kejayaan) untuk bulan Mei akan di adakan seperti berikut:-

Tarikh : 17 hingga 18 Mei 2008
Tempat : D'Muara Marina Park,
: Sg. Besar, Selangor.
Pendaftaran: RM90.OO
Sebarang pertanyaan sila hubungi CD Norafnidi 0197111164

Syukur, semoga diberkati. Amin...
Sihat kaya bahagia

Monday, April 7, 2008

"DIMANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN"

WALAU SIAPA PUN ANDA
Salam kasih sayang,

“Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”, itulah antara kata-kata hikmat yang selalu diucapkan baik oleh ibu bapa, guru-guru juga para motivator. Pepatah itu juga sudah sedia diketahui oleh semua orang khususnya orang melayu.

Terlalu mudah, simple dan meyakinkan. Ianya memang amat benar tiada siapa pun boleh menafikan. Soalnya sekarang apa yang ingin saya perkatakan ialah “rahsia” di sebalik kata-kata hikmat itu (yang sering dianggap remeh seperti tiada ‘nilai’). pepatah tersebut sebenarnya bertepatan dengan ayat(mungkin asalnya diambil dari pengertian Ayat berikut);

“Sebagai sunnatullah (peraturan Allah yang telah ditetapkan terhadap alam semesta) yang telah berlaku sejak dahulu, sekali-kali kamu tidak akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu”.
(QS. Al Faath, 48:23)


Apa pun yang kita mahu mesti ada cara untuk menjadikannya suatu ‘kenyataan’ berasaskan ayat di atas Allah telah menerangkan dengan jelas bahawa sunnatullah itu “kekal dari asal dunia hingga akhirnya(kiamat)”, kalau kita mahu berfikir dan memahami hikmah yang tersirat, maka semestinya kita menjadi makhluk Allah yang paling “bersyukur, bertaqwa dan bertawakal".

Secara ringkas dan mudah antara pengajaran yang boleh(mesti) kita ambil ialah:-
- Kita sebenarnya sedang melalui jalan(sunnatullah) menuju satu destinasi.
- Kita semestinya mengetahui(ambil tahu) destinasi-destinasi kecil yang kita akan capai sebelum ke destinasi akhir.
- Beruntung bagi orang yang sengaja merancang dan mencapai ‘impian’ mereka.
- Amat rugi bagi orang yang tidak merancang dan tidak mencapai apa-apa yang menggembirakan diri sendiri.
- Amat malang bagi orang yang membiarkan diri dikuasai ‘syaitan’ yang pasti menjerumuskan mereka kedestinasi penderitaan dan kehinaan.

- Destinasi-destinasi kecil itu adalah ‘fitrah manusia’ (keperluan naluri).
- Jalan-jalannya ialah “amalan" (aktiviti yang menjadi pelaziman)
- Pilihan jalan ialah “pemikiran" (apa yang sering difikirkan)
- Petunjuk (pedoman) memilih jalan ialah “ilmu"
- Keputusan muktamad ialah “taufik dan hidayah Allah" (samaada diberi petunjuk atau disesatkanNya):-

“……Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk. Dan barang siapa yang disesatkanNya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya...”
(Q.S. Al Kahfi, 18:17)


“Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Qur’an), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menjangka bahwa mereka mendapat petunjuk”.
(QS. Az Zukhruf,43:36-37)


Syukur, keberkatan dan kebahgiaan bagi kita semua. Amin

Wednesday, April 2, 2008

MUS (moving up seminar)

Salam kasih saying,

Alhamdulillah, setelah agak lama saya tidak berkesempatan untuk menulis, sekarang saya panjatkan berbanyak kesyukuran dengan izinnya dapat kembali menulis. Kebelakangan ini saya agak sibuk dengan jadual program “SIHAT, KAYA & BAHAGIA”. Yang menjadi wawasan kumpulan kami.

Baru-baru ini (29,30 Mac) saya amat teruja untuk bercerita di sini tentang program MUS (moving up seminar) di Rumah Rehat Bentong, Pahang. Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang peserta yang hadir. Kebanyakannya wanita dan yang istimewanya mereka adalah warga emas, malah ada di antaranya buta huruf. Mereka dapat menghayati satu ilmu yang pada pandangan saya ia amat berbeza dengan ‘fahaman’ seharian mereka, maksud saya program tersebut adalah sesuatu yang menyedarkan mereka bahawa, betapa ‘hebat' nya diri kita yang menjadi makhluk ciptaan Allah dengan sebaik-baik kejadian, yang semestinya kita bersyukur, berlapang dada dan berbahagia dengan rasa amat ‘tenang’ dan tawakal.

Tergambar di wajah-wajah mereka, suatu perubahan pandangan cara berfikir dan tanggapan serta respon terhadap sesuatu, selepas tamat sesi program tersebut. Sehingga kami terasa berat hati untuk berpisah walau hanya dua hari bertemu. Inilah yang Allah tunjukkan seperti FirmanNya;

“……Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk. Dan barang siapa yang disesatkanNya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya...” (Q.S. Al Kahfi, 18:17)

Keikhlasan dan kepasrahan serta ketulusan hati untuk belajar, itulah yang saya yakin telah menjadi kunci bagi mereka untuk memahami dan menguasai sesuatu ilmu yang sama sekali ‘baru’ bagi mereka.

Sebenarnya siapa pun kita sekarang tidak penting, yang penting bagaimana ‘hati dan perasaan’ kita untuk menerima sesuatu ilmu yang baru, ia sememangnya bergantung kepada ‘niat dan hasrat’ kita, bukan pada kelulusan atau kedudukan kita sekarang.

Maka bersamalah kita untuk sentiasa menanamkan rasa ‘syukur’ dan ‘tawakal’ akan rasa cinta dan kasih kepada Allah yang maha Pengasih dan Penyayang lagi maha Pemurah. Semoga kita sentiasa ‘tenang’, bersabar dan yakin segala ‘IMPIAN’ pasti menjadi kenyataan jika ada ‘niat dan hasrat’ yang jelas dan konsistan.

Program MUS seterus akan diadakan di selatan tanah air:-
Tarikh : 12 dan 13 April
Tempat : Tiram Indah Village, Johor Baharu.
Bayaran : RM 50.00 ( 2 hari 1 malam, penginapan dan makan)
Sebarang pertanyaan sila hubungi 019 7111164
( cikgu Nidi)


Syukur, keberkatan dan kebahgiaan bagi kita semua. Amin

Sunday, March 16, 2008

KEMBALI KEPADA FITRAH

Salam kasih sayang,
Saudaraku, kita dijadikan tidak sia-sia, kita akan dipertanggungjawabkan di atas apa jua yang kita lakukan. Kita berhak memilih untuk mengubah apa yang kita 'mahukan'. Setiap apa yang berlaku pada diri kita adalah berpunca dari diri kita sendiri dan 'orang-orang' di sekeliling kita. Oleh itu kita sebenarnya saling memerlukan, saling bergantung untuk 'membina kehidupan' yang sejahtera. 'Bersama bersatu minda membina GELOMBANG KESEJAHTERAAN SEJAGAT'. Semoga diberkati. Amin...

Tuesday, March 4, 2008

KEBENARAN ATAU IKUTAN?

Salam kasih sayang,

Kita sebagai umat Islam, diwajibkan menuntut ilmu, sebagaimana yang selalu kita dengar "tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahat" (kita sebenarnya sudah diajar sejak dari dalam kandungan lagi).

Kita diajar, kita belajar hingga lulus(pandai) tapi kenapa kebanyakan kita seperti orang yang tidak belajar? Seperti tiada beza antara kita umat Islam dengan yang bukan Islam? Di mana silapnya?...

Dari awal lagi sebenarnya ramai yang sudah silap;
Pertama, niat(tujuan):-
Bagaimana niat yang ditanamkan oleh ibu bapa, guru-guru dan uztaz ustazah kita? Belajar kerana Allah atau kerana sijil?

Kedua, kepercayaan(tanggapan):-
"Belajar biar berguru, jika tidak, akan bergurukan syaitan...". Bukankah sepatutnya kita "berguru hanya kepada Allah", walau apa pun ilmu yang kita pelajari, hanya kepada Allah kita mohon petunjuk dan pemahaman. Guru dan buku atau apa sahaja, sekadar alat, atau cara Allah mengurniakan ilmu kepada kita.

Ketiga, pelaziman(amalan):-
Bermula dengan amalan pemikiran(minda), apa yang disarankan untuk kita fikirkan setiap kali belajar ilmu baru? Bukankah sepatutnya kita beristighfar, bersyukur, mengamal dan menyampaikan.

Untuk berubah kita mesti bermula dengan ubah cara kita berfikir dahulu. Buat pelaziman baru tentang cara berfikir kita. Secara perlahan perubahan akan pasti berlaku, hingga kadang-kadang sesuatu yang langsung tidak terduga. Bersyukurlah walau apa pun yang berlaku dengan keyakinan Allah akan sentiasa memberi yang lebih baik selalu.

Bersabar dengan ujianNya, kerana sesuatu yang baik mesti diuji.
Kejayaan dan kebenaran milik orang yang beriman dan sabar.

Syukur. Taufik dan hidayah bagi kita semua. Amin
Semoga diberkati. Amin...

Monday, February 25, 2008

ILMU YANG BERKESAN

Salam kasih sayang,

Ramai orang yang belajar, ramai juga orang yang berilmu, separuh daripadanya yang beramal dari ilmunya, tetapi sedikit sahaja yang mendapat manfaat dari ilmunya.
Malah lebih malang lagi ada yang mendapat masalah atau musibah dari ilmunya. Kenapa ia berlaku? Banyak rahsia yang tersirat yang tidak mampu dijangkau oleh akal sedar semata-mata. Maka itu kita perlu akur, sabar patuh dan redha dengan hukum-hakam dan tuntunan dari Al-Quran dan Hadis dengan berlapang dada dan pasrah secara total sehingga merasai nikmat 'ketenangan'.

Bagi memperoleh ilmu yang bermanfaat, setiap kali belajar dan mendapat ilmu baru harus bermula dengan perasaan 'hairan', 'faham', 'yakin', 'syukur', 'amal' dan 'sampaikan' serta 'sabar'. Hasilnya amat 'menakjubkan' dan sememangnya patut menambah 'taqwa' kita sebagai hamba Allah.

Semoga diberkati. Amin...

Wednesday, February 20, 2008

BERSYUKUR RAHSIA KEJAYAAN

Salam kasih sayang,

Bersyukurlah sentiasa, setiap masa, setiap selepas memberi atau menerima sesuatu, setiap selepas melakukan atau mencapai sesuatu, setiap selepas belajar atau mengajar sesuatu. Pendek kata bila-bila masa sahaja.

Bersyukur mesti dengan perasaan, penghayatan dan pembuktian melalui tindakan.
Bila mendapat sesuatu yang diinginkan dan menggembirakan, buatlah solat dan sujud syukur, bersedekah dan beramal soleh.

Bila mendapat sesuatu tidak seperti yang diinginkan atau musibah, carilah walau sedikit pun kebaikan bersyukurlah dengan niat Allah kurniakan atau gantikan dengan yang lebih baik lagi.
Bila melihat orang lain berjaya, bersyukurlah dan pujilah ia sememangnya lebih baik dari kita, sekarang kita telah dapat petunjuk untuk kita juga boleh berjaya.
Bila melihat keburukan atau musibah orang lain, bersyukurlah kita dikurniakan kelebihan doakan dan bantu mereka sebagaimana sepatutnya, kerana ada hak orang lain di atas kelebihan kita.

Bila kita sentiasa bersyukur, segala sifat-sifat buruk dengan sendirinya akan hilang. Tiada lagi marah, dendam, sedih, kecewa dan putus asa, digantikan dengan rasa tenang, gembira, bersemangat dan bahagia.

Semoga diberkati. Amin...

Tuesday, February 12, 2008

SEGALANYA MUDAH

Salam kasih sayang,

Segalanya memang mudah, segalanya sudah disediakan panduan, peraturan, hukum hakam dan ilmu yang amat luas tiada batasan bagi mencari cara dan petunjuk jalannya. Jadi apa masalahnya?... Masalahnya kita yang degil sehingga terhasut oleh syaitan yang sememangnya telah bersumpah untuk menggoda anak Adam.

Sebab itu kita perlu mematuhi segala suruhan Tuhan dan ajaran Rasullullah agar kita terselamat dari bisikan dan tipu daya syaitan yang akhirnya membawa kepada keingkaran, kedegilan, kemungkaran, pelanggaran hukum dan kemusnahan.

Jalan selamat, jalan mudah, jalan bahagia dan membahagiakan sudah disediakan. Tenangkan minda, gunakan akal yang waras mulakan seberapa terdaya, bina pelaziman baru berpandukan Surah Al-'Asr. Biar kecil amalan baik tapi dilazimkan ditambah sedikit-sedikit ilmu dan amal, akhirnya tiada yang sukar, tiada 'masalah' yang menjadi masalah lagi.

Sertailah kumpulan(Jemaah) yang jelas kebenaran dan wawasannya. Kita akan lebih selamat, kuat, mudah apabila berkumpulan. Kita sememangnya patut menjadi ahli kumpulan dan dalam masa sama sentiasa mengajak orang lain menyertai kumpulan agar kita semakin selamat dan kuat.

Semoga diberkati. Amin...

Friday, February 8, 2008

KITA SEMUA ADA TUGAS

Salam kasih sayang,

"Tidak Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"... Kita semua ada tanggungjawab yang sama. Namun Allah Maha adil, bijaksana dan Maha segala-galanya. Kita diberi kebebasan memilih, diberi perasaan, kesukaan yang berbeza-beza. Disediakan terlalu banyak 'pilihan' sehingga apa sahaja yang kita fikirkan ia boleh menjadi kenyataan, asalkan kita benar-benar berusaha belajar dan mencari caranya yang Allah telah sediakan. Terpulang kepada kita memilih cara yang kita mahu.

Kita patut bersyukur kerana Allah juga telah memberi garis panduan cara yang betul, selamat dan menyenangkan. Segala masalah, kesusahan, kesengsaraan dan kemusnahan adalah disebabkan kedegilan, kesombongan dan kerakusan manusia yang ingkar perintahnya.

Kita sebenarnya boleh mencapai apa juga impian dengan lebih gembira dan bahagia, jika kita patuh redha dan bersenang hati serta berlapang dada melalukan sesuatu berasaskan ilmu kebenaran semata-mata kerana Allah. "Jika kita kejar dunia, dunia akan lari dari kita, jika kita kejar akhirat, kita pasti akan dapat kedua-duanya..."
Jadi apa masalahnya?....
Masalahnya satu sahaja, kita hanya belajar "ILMU YANG MATI", ilmu yang tiada 'roh'(tiada hidayah)hati was-was, hasilnya tidak menambahkan iman, tiada keberkatan kesannya tidak akan membawa kesejahteraan malah banyak mendatangkan kesan negatif dan kerosakan.

Mari kita kembali ke jalan yang benar, bermula dengan perkemaskan 'niat', yakinlah kita sememangnya mampu mencapai segala 'impian' melalui jalan yang Allah redhai.

Semoga diberkati. Amin...

Friday, January 25, 2008

TIADA YANG MUSTAHIL

Salam kasih sayang,

Setiap apa yang berlaku pada diri kita adalah berpunca dari diri kita sendiri dan 'orang-orang' di sekeliling kita. Oleh itu kita sebenarnya saling memerlukan, saling bergantung untuk 'membina kehidupan' yang sejahtera. 'Bersama bersatu minda membina GELOMBANG KESEJAHTERAAN SEJAGAT'. Segala yang ada di bumi dan di langit serta segala isinya bergerak mengikut ketetapan Allah kecuali MANUSIA , Allah kurniakan AKAL dan kebebasan memilih, sebab itu kita dipertanggungjawabkan atas jalan yang kita pilih. Sebenarnya 'ketetapan' dan patuhnya segala isi alam pada 'ketetapan' Allah, memudahkan(anugerah agung) manusia yang mahu berfikir(menguasai dan mentadbir alam, bukan dikuasai dan memusnahkan alam).

Kita sebagai manusia patut(mesti) bersatu, bermuafakat ke arah kesejahteraan hidup sihat, kaya dan bahagia…(dunia dan akhirat).
Saudaraku, kita dijadikan tidak sia-sia, kita akan dipertanggungjawabkan di atas apa jua yang kita lakukan. Kita berhak memilih untuk mengubah ke arah apa yang kita 'mahukan'.

Semoga diberkati. Amin...

Wednesday, January 16, 2008

FIKIR DAN PERCAYA

Salam kasih sayang,

Semua orang mempunyai "IMPIAN" dalam hidup ini. Bezanya ada orang berjaya mencapai impian dan lebih ramai lagi gagal dalam mengejar impian. Tapi yang lebih malang ialah orang yang "membunuh" impian sendiri. Bagaimana tu?....

Anda sebenarnya telah membunuh impian anda sekiranya anda ragu atau was-was sama ada anda mampu mencapai impian anda atau tidak.

"Impian" adalah sesuatu yang kita suka dan sangat gembira dan penuh kepuasan bila kita mencapainya. Oleh itu kita semua patut mencapai apa juga impian dalam hidup kita, supaya hidup tidak menjadi sia-sia. Tiada apa yang mustahil. Kalau kita berilmu dalam sesuatu bidang kita akan faham dengan jelas dan menghasilkan kepercayaan yang semakin kukuh untuk kita melakukan sesuatu dengan yakin, hanya dengan keyakinan tinggi sahaja kita pasti boleh mencapai apa sahaja.

Maka di sini jelaslah bahawa langkah awal yang sangat penting ialah kita tidak boleh berhenti 'BERFIKIR DAN SENTIASA MENAMBAH ILMU'

Semoga diberkati. Amin...

Monday, January 7, 2008

BERSYUKUR, IMPIAN MENJADI KENYATAAN

Salam kasih sayang,

"SYUKUR ALHAMDULILLAH IMPIANKU SEKARANG MENJADI KENYATAAN". Ayat mudah yang telah saya ucapkan, fikirkan, mulakan tindakan sejak mula mengetahui kehebatan 'kuasa minda'. Alhamdulillah sekarang sudah nampak kesannya.

Memang sukar untuk mengubah pelaziman, tapi semuanya terpulang pada diri sendiri, tanya selalu pada diri sendiri,'apa akan jadi pada diriku kiranya aku terus begini'. Mulakan serte-merta dengan apa yang kita boleh lakukan ketika ini juga.

Yang boleh dilakukan segera, percuma tak perlu bayar, tak perlu bersusah payah ialah fikirkan sesuatu yang kita inginkan. Fokus pada satu perkara sentiasa fikirkannya, sentiasa cari jalan(idea) untuk menambah cepat apa yang kita inginkan itu tercapai.

Sejauh mana pun perjalanan yang anda ingin pergi ia pasti akan sampai juga sekiranya kita sanggup mulakan langkah pertama dan terus bergerak, fikirkan terus seolah-olah kita sudah mencapai apa yang kita inginkan. Sentiasa bersyukur, jangan ragu, Allah maha kaya lagi maha mengetahui. Ia pasti menunaikan apa juga yang kita inginkan. Lambat atau gagal hanya kerana kita sendiri yang ragu padaNya.

Banyakkan beristighfar dan berzikir agar tenang dan bertambah yakin. Semakin kita yakin, semakin cepat apa yang kita inginkan ternunai.

Semoga diberkati. Amin...

Friday, January 4, 2008

FIKIR SIHAT FIKIR KAYA

Salam kasih sayang,

Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru. Kita semua mempunyai atau membuat azam setiap tahun baru, sama ada tercapai atau tidak, kita tetap membuat azam baru setiap tahun.

Anda ingin benar-benar berjaya merealisasikan azam tahun 2008? Satu soalan yang patut kita semua jawab dengan jujur pada diri sendiri, jawapan anda menentukan sama ada azam anda tahun ini akan tercapai atau sebaliknya:-

- Kenapa anda yakin anda boleh merealisasikan azam tahun 2008?

Soalan mudah, tetapi jawapannya sangat mempengaruhi pencapaian anda. Ini kerana jawapan anda akan mempengaruhi kekuatan keyakinan minda yang akan menghantar arahan jelas kepada minda bawah sedar anda yang sebenarnya bertanggungjawab mengerahkan fikiran, tenaga dan persekitaran untuk menjadikan azam anda suatu kenyataan.

Sekiranya anda tidak mempunyai sebab kukuh untuk anda percaya dengan penuh keyakinan yang anda akan berjaya, sebenar anda patut tahu bahawa anda belom boleh berjaya lagi.

Apa patut anda buat? Mudah saja...
1 - anda mesti tetapkan(nekad) untuk berjaya sekarang juga.
2 - sentiasa fikirkan ilmu, jalan dan tindakan segera yang akan menambah keyakinan anda untuk berjaya.
3 - sentiasa bersyukur dengan kejayaan-kejayaan awal walaupun kecil.
4 - sentiasa bersyukur juga bila gagal atau menghadapi masalah dengan keyakinan ia adalah pengajaran berguna untuk anda meniti kejayaan.
5 - jangan ada langsung keraguan dan apa jua perasaan negatif yang bertentangan dengan perasaan yang sepatutnya apabila anda berjaya.

Lima syarat 'WAJIB DIPATUHI' untuk kita berjaya.
Selamat mencuba sekarang juga, LIHATLAH PERUBAHANNYA.

SATU PELUANG YANG BOLEH KITA FIKIRKAN BERSAMA
Semoga diberkati. Amin...