Friday, October 19, 2007

KEAJAIBAN PELAZIMAN (part 4)

Salam kasih sayang,

Saya yakin kebanyakan kita sudah tahu dan sedar bahawa apa saja perkara samaada kita suka atau tidak ia pasti akan berlaku apabila ia menjadi "PELAZIMAN" dalam hidup kita. Kita juga tahu adalah sukar untuk mengubah apa juga yang sudah menjadi 'pelaziman'. Sebab itu ramai orang 'hangat-hangat tahi ayam' dalam apa juga 'program atau usaha'. Kesimpulannya kita tidak akan 'berjaya' sekiranya kita tidak berjaya menjadikan sesuatu itu 'pelaziman'.

Hanya orang yang di bimbing berterusan dalam jangka masa panjang atau orang yang melakukan sesuatu itu kerana betul-betul minat sahaja yang mampu menjadikan sesuatu itu 'pelaziman' dan akhirnya ia akan mencapai 'ganjaran setimpal' samaada ia baik atau buruk.
contohnya:-
- merokok. Semua tahu ia tidak baik untuk kesihatan malah rasa rokok itu pun tidak 'sedap' pada peringkat awal cubaan merokok, tetapi oleh kerana ia diulang selalu(pelaziman), akhirnya ia dapat 'nikmat rokok' dan akhirnya dapat masalah kesihatan.
- menjadi jutawan. Seorang yang bekerja makan gaji sahaja, tetapi setiap hari membaca, melihat malah selalu bergaul dengan Jutawan atau orang-orang yang berusaha ke arah Jutawan, secara tak sedar minda bawah sedar akan 'merakam''fakta jutawan' dan akhirnya merangsang minda sedar untuk berfikir dan bertindak, malah akan menarik 'sebab-sebab' yang boleh menjadikan anda 'JUTAWAN'.

Bukankah orang alim dan pakar 'motivasi' selalu berkata "kalau kita selalu bergaul dengan orang jahat kita akan jadi jahat, kalau kita selalu bergaul dengan orang baik kita juga akan jadi baik".

Soalnya sekarang kenapa kita harus 'merperjudikan' masa depan dengan membiarkan 'alam sekeliling' mempengaruhi 'minda bawah sedar' kita? Kenapa tidak kita sendiri yang menentukan apa yang harus 'dirakam' oleh minda bawah sedar kita dan kita menjadi seperti siapa yang kita kehendaki? Sila lihat pendapat daripada jufri di blog linncomel.

Jalan sudah ada, pembimbing yang akan memimpin kita pun sudah ada, hanya kita sahaja patut membuat langkah pertama "UBAH CARA ANDA BERFIKIR".

Teruskan bersama saya....

Semoga diberkati. Amin...

No comments: