Monday, January 7, 2008

BERSYUKUR, IMPIAN MENJADI KENYATAAN

Salam kasih sayang,

"SYUKUR ALHAMDULILLAH IMPIANKU SEKARANG MENJADI KENYATAAN". Ayat mudah yang telah saya ucapkan, fikirkan, mulakan tindakan sejak mula mengetahui kehebatan 'kuasa minda'. Alhamdulillah sekarang sudah nampak kesannya.

Memang sukar untuk mengubah pelaziman, tapi semuanya terpulang pada diri sendiri, tanya selalu pada diri sendiri,'apa akan jadi pada diriku kiranya aku terus begini'. Mulakan serte-merta dengan apa yang kita boleh lakukan ketika ini juga.

Yang boleh dilakukan segera, percuma tak perlu bayar, tak perlu bersusah payah ialah fikirkan sesuatu yang kita inginkan. Fokus pada satu perkara sentiasa fikirkannya, sentiasa cari jalan(idea) untuk menambah cepat apa yang kita inginkan itu tercapai.

Sejauh mana pun perjalanan yang anda ingin pergi ia pasti akan sampai juga sekiranya kita sanggup mulakan langkah pertama dan terus bergerak, fikirkan terus seolah-olah kita sudah mencapai apa yang kita inginkan. Sentiasa bersyukur, jangan ragu, Allah maha kaya lagi maha mengetahui. Ia pasti menunaikan apa juga yang kita inginkan. Lambat atau gagal hanya kerana kita sendiri yang ragu padaNya.

Banyakkan beristighfar dan berzikir agar tenang dan bertambah yakin. Semakin kita yakin, semakin cepat apa yang kita inginkan ternunai.

Semoga diberkati. Amin...