Friday, January 4, 2008

FIKIR SIHAT FIKIR KAYA

Salam kasih sayang,

Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru. Kita semua mempunyai atau membuat azam setiap tahun baru, sama ada tercapai atau tidak, kita tetap membuat azam baru setiap tahun.

Anda ingin benar-benar berjaya merealisasikan azam tahun 2008? Satu soalan yang patut kita semua jawab dengan jujur pada diri sendiri, jawapan anda menentukan sama ada azam anda tahun ini akan tercapai atau sebaliknya:-

- Kenapa anda yakin anda boleh merealisasikan azam tahun 2008?

Soalan mudah, tetapi jawapannya sangat mempengaruhi pencapaian anda. Ini kerana jawapan anda akan mempengaruhi kekuatan keyakinan minda yang akan menghantar arahan jelas kepada minda bawah sedar anda yang sebenarnya bertanggungjawab mengerahkan fikiran, tenaga dan persekitaran untuk menjadikan azam anda suatu kenyataan.

Sekiranya anda tidak mempunyai sebab kukuh untuk anda percaya dengan penuh keyakinan yang anda akan berjaya, sebenar anda patut tahu bahawa anda belom boleh berjaya lagi.

Apa patut anda buat? Mudah saja...
1 - anda mesti tetapkan(nekad) untuk berjaya sekarang juga.
2 - sentiasa fikirkan ilmu, jalan dan tindakan segera yang akan menambah keyakinan anda untuk berjaya.
3 - sentiasa bersyukur dengan kejayaan-kejayaan awal walaupun kecil.
4 - sentiasa bersyukur juga bila gagal atau menghadapi masalah dengan keyakinan ia adalah pengajaran berguna untuk anda meniti kejayaan.
5 - jangan ada langsung keraguan dan apa jua perasaan negatif yang bertentangan dengan perasaan yang sepatutnya apabila anda berjaya.

Lima syarat 'WAJIB DIPATUHI' untuk kita berjaya.
Selamat mencuba sekarang juga, LIHATLAH PERUBAHANNYA.

SATU PELUANG YANG BOLEH KITA FIKIRKAN BERSAMA
Semoga diberkati. Amin...