Friday, October 19, 2007

KEAJAIBAN PELAZIMAN (part 4)

Salam kasih sayang,

Saya yakin kebanyakan kita sudah tahu dan sedar bahawa apa saja perkara samaada kita suka atau tidak ia pasti akan berlaku apabila ia menjadi "PELAZIMAN" dalam hidup kita. Kita juga tahu adalah sukar untuk mengubah apa juga yang sudah menjadi 'pelaziman'. Sebab itu ramai orang 'hangat-hangat tahi ayam' dalam apa juga 'program atau usaha'. Kesimpulannya kita tidak akan 'berjaya' sekiranya kita tidak berjaya menjadikan sesuatu itu 'pelaziman'.

Hanya orang yang di bimbing berterusan dalam jangka masa panjang atau orang yang melakukan sesuatu itu kerana betul-betul minat sahaja yang mampu menjadikan sesuatu itu 'pelaziman' dan akhirnya ia akan mencapai 'ganjaran setimpal' samaada ia baik atau buruk.
contohnya:-
- merokok. Semua tahu ia tidak baik untuk kesihatan malah rasa rokok itu pun tidak 'sedap' pada peringkat awal cubaan merokok, tetapi oleh kerana ia diulang selalu(pelaziman), akhirnya ia dapat 'nikmat rokok' dan akhirnya dapat masalah kesihatan.
- menjadi jutawan. Seorang yang bekerja makan gaji sahaja, tetapi setiap hari membaca, melihat malah selalu bergaul dengan Jutawan atau orang-orang yang berusaha ke arah Jutawan, secara tak sedar minda bawah sedar akan 'merakam''fakta jutawan' dan akhirnya merangsang minda sedar untuk berfikir dan bertindak, malah akan menarik 'sebab-sebab' yang boleh menjadikan anda 'JUTAWAN'.

Bukankah orang alim dan pakar 'motivasi' selalu berkata "kalau kita selalu bergaul dengan orang jahat kita akan jadi jahat, kalau kita selalu bergaul dengan orang baik kita juga akan jadi baik".

Soalnya sekarang kenapa kita harus 'merperjudikan' masa depan dengan membiarkan 'alam sekeliling' mempengaruhi 'minda bawah sedar' kita? Kenapa tidak kita sendiri yang menentukan apa yang harus 'dirakam' oleh minda bawah sedar kita dan kita menjadi seperti siapa yang kita kehendaki? Sila lihat pendapat daripada jufri di blog linncomel.

Jalan sudah ada, pembimbing yang akan memimpin kita pun sudah ada, hanya kita sahaja patut membuat langkah pertama "UBAH CARA ANDA BERFIKIR".

Teruskan bersama saya....

Semoga diberkati. Amin...

Tuesday, October 16, 2007

KEAJAIBAN PELAZIMAN (part 3)

Salam kasih sayang,

Masih dalam topik "KEAJAIBAN PELAZIMAN", sekali pandang ia seperti tiada apa-apa yang luar biasa. Semua orang tahu dan faham makna 'LAZIM', selalu juga orang sebut 'biasa', 'lali' atau 'lumrah'. Tetapi samaada kita sedar atau tidak bahawa "PELAZIMAN" sememangnya AJAIB. Pelaziman yang anda lalui selama ini, memberi kesan besar kepada apa atau siapa anda 'sekarang'. Samaada anda suka atau tidak ia pasti terjadi.

Tanpa kita sedar setiap dari kita telah 'melazimkan' samaada 'kata-kata hati kecil', 'kata-kata yang terucap'(spontan atau sedar), 'tabiat'(tingkah laku)atau 'sikap' yang menjadi "TINDAK BALAS SPONTAN" terhadap setiap situasi yang kita hadapi. Cuba kita amati betul-betul, apakah tindak balas spontan kita dalam menghadapi 'sesuatu' yang sudah menjadi kelaziman? Tindak balas spontan itulah yang sebenarnya 'terakam' dalam 'minda bawah sedar' kita selama ini, yang telah memberi kesan terhadap apa yang 'berlaku sekarang', 'pencapaian', 'kumpulan', 'tingkah laku anak-anak'(yang dah ada anak) dan apa juga yang 'Tuhan kurniakan' kepada kita.

Adakah kita 'berpuas hati'? Atau mahu mengubahnya?.. Tiada yang mustahil dengan "KEAJAIBAN PELAZIMAN"....
Sebelum itu lebih senang sekiranya kita sudah memahami konsep magnet rezeki
dari tip motivasi linncomel

Semoga diberkati. Amin...

Monday, October 15, 2007

KEAJAIBAN PELAZIMAN (part 2)

Salam kasih sayang,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sambil itu saya juga terlebih dahulu telah memaafkan sesiapa sahaja yang masih hidup atau yang telah 'tiada'. Al-Fatihah buat Junjungan Muhammad (SAW), bapa saya Hamzah Johari dan seluruh muslimin dan muslimat yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka. Amin...

Menyambung topik yang lepas, saya yakin kebanyakan kita akan tersenyum kalau pun tidak ketawa. Ini menunjukkan kita semua telah sedia maklum bahawa orang 'berniaga' memang selalunya akan menampakkan 'keelokan' produk mereka tanpa memberitahu kelemahan atau kecacatan yang tersembunyi. Jelasnya, para peniaga tidak akan menjadi 'sahabat' yang baik kepada 'pengguna', mereka menawarkan berbagai 'perkhidmatan' atau 'tawaran istimewa' hanya kerana mereka berfikir untuk meningkatkan jualan dan menmbahkan keuntungan mereka. Itulah sebenarnya yang sentiasa ada dalam pemikiran mereka secara 'full time'.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa belajar untuk menjadi "PENGGUNA BIJAK". Sebagaimana kata Dr. Irfan Khairi , "kekayaan bukan diukur pada berapa pendapatan kita, tetapi pada berapa banyak yang kita boleh simpan(melabur)". Walau semurah manapun tawaran oleh peniaga, JANGAN menggadaikan simpanan(pelaburan) kita.

Kita perlu sedar suatu masa kita tidak akan mampu lagi untuk bekerja bagi menyara diri sendiri dan keluarga. Hanya pelaburan dan sumber 'pasif income' yang akan menyara kita. Fikirkanlah sekarang untuk menjadi "pengguna bijak" sebelum terlambat.

Semoga diberkati. Amin...