Saturday, November 3, 2007

THE SECRETS (part 1)

Salam kasih sayang,

Tahukah anda, bahawa sebenarnya mudah, dan sangat membahagiakan untuk rasa bahagia dan menjadi JUTAWAN.
Tidak percaya??, ragu-ragu??.. Maafkan saya, awal-awal lagi anda telah GAGAL sebelum bermula.
Percaya??, yakin??.. Tahniah!!!. anda telah menempah 'kejayaan' anda hanya perlu 'bergerak' melalui jalan 'kejayaan' dengan BETUL.
Tidak tahu, was-was??.. Tak mengapa, asalkan jangan berhenti 'belajar' dan ikut jalan 'benar'.

Sememangnya mudah untuk hidup sihat, kaya dan bahagia.
Hanya perlu ikut 3 langkah berikut:-

Langkah 1,
- Senaraikan SEMUA apa yang anda inginkan.
- bahagikan kepada 3 peringkat, segera, sederhana dan jangka panjang.
- ulang membaca, ingat, lihat, bayangkan dengan rasa syukur dan gembira, seolah-olah anda telah mencapainya. Ulang setiap hari (pilih waktu paling tenang).

Buat dulu langkah 1, jangan bimbang atau ragu, apa pun mulanya tak biasa, praktikkan berterusan (hingga rasa seronok berimaginasi).

Sedar atau tidak inilah proses awal semua orang yang 'cemerlang' dan dianggap luar biasa. Mereka telah mengamalkannya sejak dari kecil(mungkin mereka sendiri tidak sedar). Kalau anda juga suka berangan sejak sekian lama tapi masih belum berjaya, tunggu langkah 2 dan 3 ada jawapannya.

Kadangkala kita lupa dan tidak sedar bahawa peluang yang datang sekali sahaja untuk seumur hidup kita. Dan bila kita menyedari bahawa kita telah mensia-siakan peluang itu, kita akan berasa amat menyesal. Jadi jangan biarkan satu-satunya peluang anda untuk mengubah hidup anda hilang begitu sahaja!! Jangan memperjudikan nasib kita hanya kerana 'melayan rangsangan negatif' dan 'keselesaan' untuk berhenti menuntut ilmu.

Semoga diberkati. Amin...

Friday, November 2, 2007

THE SECRET

Salam kasih sayang,

Sudah ramai orang yang tahu tentang 'THE SECRET', ilmu 'LOA' dan sebagainya(yang sewaktu dengannya). Mengikut kajian daripada 100 orang yang mempelajari ilmu 'THE SECRET' hanya 3% sahaja yang mengamalkan dan mencapai 'IMPIAN' masing-masing. Kenapa ia begitu? Bukankah semua orang inginkan 'kejayaan' dalam hidup, kenapa walaupun sudah ditunjukkan jalan dan cara yang amat mudah ada yang masih tidak dapat melakukannya?
Sebagaimana yang ditulis oleh linncomel dalam blognya. Apakah pendapat anda?
Saya juga ingin menghuraikan lebih lanjut berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya sendiri dalam liku-liku proses kejayaan saya di tulisan akan datang. Sebelum itu bersamalah kita kongsikan pendapat.

Semoga diberkati. Amin...

Sunday, October 28, 2007

BALI OH BALI

Salam kasih sayang,

Saya baru balik melancong 'percuma' dengan DXN. Empat hari di Bali Indonesia banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dijadikan kenangan dan ikhtibar yang mudah-mudahan menjadi 'pengajaran' berguna untuk diri saya dan sesiapa sahaja yang ingin berkongsi(yang mahu berfikir).

Ketinggian dan kehalusan nilai seni 'ukiran' sememangnya mengkagumkan siapa sahaja yang BERKUNJUNG ke Bali. Saya difahamkan 'kerjaya' pengukir tersebut diwarisi turun temurun, dipelajari dan diamalkan sejak dari kecil, ia sudah menjadi budaya tradisi masyarakat dan 'kepercayaan'(Hindu). Bagi yang mengamalkan 'kepercayaan' dan tradisi sebagai 'PELAZIMAN' dalam kehidupan seharian tanpa mencuba untuk menambah budaya asing sebagai 'PELAZIMAN BARU', ia tidak akan berubah walau 'budaya' apa pun yang datang. Tetapi bagi sesiapa yang 'mencuba' dan 'melazimkan' budaya baru yang dibawa pelancong asing, sudah pasti secara perlahan-lahan akan meninggalkan budaya tradisi.

Itulah yang berlaku di Bali, segelintir masyarakatnya terikut-ikut budaya 'asing', mendedahkan 'aurat' ditempat awam. Ia berlaku bukan di Bali sahaja, malah di mana sahaja termasuk di negara kita sendiri, kita semua melihat setiap hari depan mata, budaya asing yang seolah-olah sudah menjadi budaya sendiri.

Kenapa ia berlaku?... Jawapannya mudah sahaja, itulah "KEAJAIBAN PELAZIMAN". Apa sahaja, samaada kita suka atau tidak kalau menjadi pelaziman, ia pasti berlaku pada diri kita sendiri, contohnya:-
Seorang gadis baik berpakaian sopan menutup aurat, tetapi kalau setiap hari berkawan dengan kawan-kawan yang 'mendedah pusat', melihat 'majalah fesyen' yang seumpamanya, suka membelek pakaian yang sama di 'komplek beli-belah', kemudian suka melihat siaran TV, video dan wayang yang memaparkan 'perkara' sama selalu, akhirnya lihatlah sekarang sudah banyak kita lihat anak gadis kita meniru berpakaian serta tingkahlaku budaya 'asing' yang boleh kita lihat seharian di 'pusat beli-belah'.

Sekarang kita faham kesan "KEAJAIBAN PELAZIMAN", maka itu marilah kita bersama berfikir apakah yang sepatutnya kita jadikan "PELAZIMAN BARU" demi kesejahteraan hidup masa depan kita sendiri dan masyarakat seluruhnya. Fikir, baca, lihat, bualkan selalu dan mulakan segera dan ulang setiap hari, agar ia menjadi pelaziman, ianya 'PASTI' akan berlaku dalam hidup kita.

Semoga diberkati. Amin...