Monday, November 19, 2007

KITA PERLU "MENTOR" (part 2)

Salam kasih sayang,

Kita sangat dituntut untuk menuntut ilmu, "walau habis air di laut dijadikan dakwat, ilmu Allah tidak akan habis ditulis". Ilmu terus berkembang, penemuan ilmuan baru terus bercambah dari semasa ke semasa. Walaupun guru terbaik adalah pengalaman, tapi pengalaman juga adalah guru paling 'kejam', kerana ia menghukum dahulu sebelum mengajar. Sebab itu orang yang bijak menjadikan ilmu sebagai 'penyuluh hidup' dan pengalaman orang lain sebagai panduan.

Supaya kita lebih selamat, kita hendaklah menyertai sesuatu kumpulan yang jelas bermatlamat dan berwawasan yang mampu menjadi "MENTOR" ke arah kehidupan yang kita ingini, agar kita tidak dipimpin oleh mentor tidak rasmi yang menjurus kehidupan 'bermasalah' dan tidak dikendaki. Sekiranya kita tidak fokus pada kumpulan tertentu dalam membina matlamat hidup, kita mungkin mudah 'sesat' atau 'terkapai' tanpa hala tuju yang akhirnya kecundang dengan mengakhiri hidup tanpa mencapai "IMPIAN".

Bermulalah dengan ilmu Tauhid, mengenal Allah, mengenal diri sebelum yang lainnya akan menjadi lebih mudah dan lebih 'sempurna'. Wallahua'lam.

Semoga diberkati. Amin...

2 comments:

Anonymous said...

blok awk bgus...bnyak membantu org yang memerlukan...semoga awak kongsikan lagi apa yang awak tahu...

redha said...

Terima kasih,
saya suka utk berkongsi ilmu, semoga Allah kurniakan ilmu yg bermanfaat utk kita semua