Thursday, November 22, 2007

KITA PERLU "MENTOR" (part 3)

Salam kasih sayang,

Terlalu banyak ilmu atau matlumat yang boleh kita pelajari sama ada berbayar atau percuma. Kualiti atau bermanfaatnya ilmu itu tidak bergantung kepada 'mahal' atau 'murah', tetapi kepada kemampuan seseorang itu 'MEMENTORKAN' diri untuk memilih, menguasai dan mengamalkan ilmu tersebut menjadi satu 'PAKEJ' yang akan menjadikan 'IMPIAN HIDUP' suatu kenyataan. Tiada apa yang mustahil di dunia ini selagi ia 'terkandung' dalam 'ilmu Allah'.

Jika tiada 'MENTOR' yang memimpin kita, adalah sukar untuk kita berubah, kerana sudah menjadi lumrah kebanyakan orang 'hanya nampak apa yang mereka mahu nampak' sahaja. Selagi sikap ini bersarang dalam diri, sampai bila pun mereka takkan berubah. Begitu juga dalam "MENJEMPUT REZEKI", suka saya gunakan 2 kaedah sahaja:-

1 - Mencari rezeki;

- Selagi kita terpaksa 'bekerja' untuk mendapat rezeki, selagi itulah kita tidak akan 'bebas' dari 'masalah kewangan'. Ramai antara kita sudah maklum perkara ini, ibu bapa selalu berpesan supaya beringat sementara muda, berbagai kempen oleh kerajaan dan swasta.
Pakar motivasi tidak putus-putus mencambah idea mendorong perubahan supaya kita seberapa segera ke arah kaedah ke 2 untuk 'menjemput rezeki'.

2 - Membina Sumber Pendapatan;

- Sedangkan labah-labah juga bijak 'menjemput rezeki', tidak perlu bersusah payah 'mencari rezeki', hanya duduk menunggu 'selepas bekerja keras menyiapkan perangkap'. Kita juga patut mengambil ikhtibar, sementara hidup masih belum berakhir, agar menjadi persediaan di saat memerlukan dan mudah-mudahan menjadi bekal akhirat.

Semoga mendapat idea dan panduan dalam perancangan KEWANGAN kita semua.

Semoga diberkati. Amin

Monday, November 19, 2007

KITA PERLU "MENTOR" (part 2)

Salam kasih sayang,

Kita sangat dituntut untuk menuntut ilmu, "walau habis air di laut dijadikan dakwat, ilmu Allah tidak akan habis ditulis". Ilmu terus berkembang, penemuan ilmuan baru terus bercambah dari semasa ke semasa. Walaupun guru terbaik adalah pengalaman, tapi pengalaman juga adalah guru paling 'kejam', kerana ia menghukum dahulu sebelum mengajar. Sebab itu orang yang bijak menjadikan ilmu sebagai 'penyuluh hidup' dan pengalaman orang lain sebagai panduan.

Supaya kita lebih selamat, kita hendaklah menyertai sesuatu kumpulan yang jelas bermatlamat dan berwawasan yang mampu menjadi "MENTOR" ke arah kehidupan yang kita ingini, agar kita tidak dipimpin oleh mentor tidak rasmi yang menjurus kehidupan 'bermasalah' dan tidak dikendaki. Sekiranya kita tidak fokus pada kumpulan tertentu dalam membina matlamat hidup, kita mungkin mudah 'sesat' atau 'terkapai' tanpa hala tuju yang akhirnya kecundang dengan mengakhiri hidup tanpa mencapai "IMPIAN".

Bermulalah dengan ilmu Tauhid, mengenal Allah, mengenal diri sebelum yang lainnya akan menjadi lebih mudah dan lebih 'sempurna'. Wallahua'lam.

Semoga diberkati. Amin...

Sunday, November 18, 2007

KITA PERLU "MENTOR"(part 1)

Salam kasih sayang,

Apa pun yang kita lakukan, akan menjadi lebih mudah, lebih cepat dan lancar sekiranya dimulakan dengan "NIAT". Lebih tenang dan lebih 'ikhlas' niat kita kerana Allah akan lebih berkesan(berkat) apa pun yang kita hajatkan.

Hukum ganjaran pasti berlaku, ia memang 'ajaib'(kerana selalunya tidak terfikir oleh akal)contohnya; seorang pekerja 'makan gaji'(pendapatan sudah 'tetap') kalau kita perhatikan dua orang yang bergaji sama, tetapi mempunyai perwatakan 'berbeza' pasti akan 'menarik hukum ganjaran' yang berbeza dalam kehidupan mereka.

Inilah 'Qadak dan Qadar'(ketetapan dan perlaksanaan) kita berusaha dan Allah 'menentukan perlaksanaan' mengikut 'hukum ganjaran'. Allah telah 'mengatur' sesuatu itu mengikut 'hukum' yang 'sempurna'. Beruntunglah 'orang berilmu yang mahu berfikir'.

Semoga diberkati. Amin...

Saturday, November 17, 2007

KITA PERLU "MENTOR"

Salam kasih sayang,

Tanpa kita sedar, samaada kita suka atau tidak sebenarnya apa yang kita perolehi sekarang atau apa jua yang berlaku kepada kita sekarang adalah apa yang sebenar-benarnya kita 'minta' secara berulang kali sehingga 'minda bawah sedar' kita menariknya kepada kita tanpa kita sedar atau kita sudah melupakannya.
Maka itu kita perlu tahu dan menguasai bagaimana 'minda bawah sedar' kita berfungsi, kerana ia amat mempengaruhi keseluruhan hidup kita(88% yang berlaku pada diri kita adalah hasil kerja minda bawah sedar).

Sebab itu kita perlu sentiasa berwaspada dengan apa yang selalu kita 'fikirkan', apa yang hati kecil kita selalu berkata(secara purata hati kecil kita menggunakan 7,000 perkataan sehari). Oleh itu marilah kita mulakan dengan bersungguh-sungguh untuk menjadikan akhlak atau diri RASULLULLAH SAW sebagai 'idola' ikutan 'TERBAIK' yang sememangnya diakui oleh seluruh umat manusia di dunia samada pengikut mahupun musuh beliau(termasuk Abu Lahab). Akhlak beliau adalah 'MAGNET REZEKI' paling sempurna.
Untuk memahami lebih mendalam tentang 'minda bawah sedar' kita boleh berkongsi ilmu dengan Muhammad Rozani Pawan Chek , atau linn comel dan banyak lagi, asal kita mahu terus belajar.

Semoga diberkati. Amin...

Wednesday, November 14, 2007

PESANAN IKHLAS

Salam kasih sayang,

Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian. Kecuali 0rang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran.

Mari kita berhenti sejenak, lapangkan minda, tenang dan fokuskan minda untuk memahami maksud tersurat dan tersirat yang terkandung dalam Ayat tersebut (Surah Al-A’shri)

Dalam kesibukan kita terkejar-kejar masa atas urusan 'dunia’ tanpa ada perancangan entah bila akan berakhir, kita lupa bahawa Allah telah sediakan satu system cara hidup atau pengurusan hidup, satu panduan yang maha lengkap lagi menyeluruh iaitu Al Quran. Satu ayat pendek (Surah Al-A’shri) ini pun sebenarnya sudah memadai untuk di jadikan pedoman hidup bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Manusia sentiasa dalam kerugian? Benar sememangnya benar kecuali orang-orang yang ‘beriman’(percaya dengan yakin). Bagaimana mahu percaya dengan penuh keyakinan? Sebelum kita mahu belajar atau mendapat ilmu kita mesti sediakan diri fizikal dan mental dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Niatkan sesungguhnya aku menuntut ilmu hanya yang benar dengan izinmu ya Allah, berilah kelapangan minda dan penguasaan, pengamalan dan keberkatan.

Selagi kita tidak mahu membuka hati untuk belajar dengan ikhlas, kita sukar untuk percaya dan yakin kita pasti tidak akan mampu mengamalkannya maka terus dalam ‘kerugian’ tanpa manfaat dan perubahan dalam hidup. Kerana sudah menjadi tabiat manusia ‘kita hanya nampak apa yang kita mahu nampak’ walau pun perkara itu salah dan merugikan, selagi kita tidak berlapang dada, ikhlas untuk belajar dan menerima ilmu dan kebenaran, selagi itulah kita tidak akan ‘berubah’.

Kita akan tergolong dalam golongan yang lebih beruntung apabiala kita menyampaikan(berpesan-pesan) apa juga ilmu yang bermanfaat kepada orang lain dengan ikhlas dengan istiqamah dan penuh kesabaran. Hidup kita akan sentiasa lebih tenang dan lebih berjaya hari demi hari akan lebih baik, lebih cemerlang dan bahagia. Oleh itu teruslah belajar meningkatkan ilmu, pastikan ia seimbang ilmu dunia dan akhirat. Pasti kita tidak akan sesat lagi menyesatkan.

Ilmu tanpa amal 'ibarat pohon tidak berbuah’ oleh itu istiqamah dalam menuntut ilmu, terus amalkan(praktik) bermula dari awal. Kita pasti akan mendapat ganjaran dunia dan akhirat. Amin…
GAYA HIDUP SIHAT, KAYA DAN BAHAGIA

Semoga diberkati. Amin...

Monday, November 12, 2007

MULAKAN DENGAN HUKUM GANJARAN

Salam kasih sayang,

Ramai pakar motivasi menggunakan HUKUM GANJARAN sebagai satu cara merangsang pemikiran 'positif'. Ia sememangnya menepati HUKUM ALAM, mari kita perincikan 'tertib' TINDAKAN PERLAKSANAAN, agar kita segera memperoleh segala GANJARAN BAIK yang kita kehendaki.

Sebelum itu senaraikan dulu apakah ganjaran yang kita inginkan contohnya:-
- Ilmu
- Kesihatan
- Wang
- Kasih sayang
- Kegembiraan

Mulakan mengikut TERTIB:-
- Doakan - minta terus pada Allah apa jua yang kita inginkan
- Berikan - berikan pada 'diri sendiri' dahulu biar pun 'sedikit'
- Penerimaan - usahakan cara(sebab) supaya kita mudah 'menerima' permintaan

Kalau kita mahu pencapaian keinginan kita BERGANDA, gandakan juga 'tertib' di atas. Mulakan dengan:-
- Diri sendiri
- Ibu bapa
- Keluarga
- Jiran/sahabat
- Orang awam
- Alam

Perbanyakkan DOA, PEMBERIAN dan CARA(sebab)PENERIMAAN. Sebagai contoh kalau anda ingin Wang berganda;
- doa(minta) dari Allah, tulis(berapa logik), doakan juga semua orang(ikut tertib) supaya mereka juga dapat wang yang banyak.
- berikan wang pada diri sendiri dahulu setiap kali dapat wang(simpan jgn gunakan), seterusnya, hutang keluarga sendiri, keperluan diri, ibu bapa, keluarga, jiran/sahabat dan alam(derma utk alam atau beli baja utk pokok sekitar rumah kita)
- usahakan cara untuk diri sendiri menerima wang contohnya, mula berniaga walaupun kecil(pastikan tidak menjejas sumber wang asas)contohnya, IT biz, MLM(tulen), perkhidmatan dsbnya. Mesti juga ajarkan orang lain(ikut urutan) untuk dapat wang seperti kita juga.

Jangan ada keraguan, BUAT SAHAJA DENGAN IKHLAS. Sebaiknya buat juga amalan 'murah rezeki' antaranya:-
- solat sunat Duha, baca “La ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzhalimin” pada sujud akhir 40 kali.
("Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang yang menzalimi diri sendiri")
- Surah al-Waqiah, sebaiknya setiap sebelum tidur(baca lbh dari sekali utk sedekah pahala kepada Rasullah SAW, para ambia', para pendidik dan orang yg memberi ilmu amalan)
- Surah al-Fatihah dan Qursy setiap pagi(mohon perlindungan dari segala kejahatan dan yg haram)
- Selawat nabi setiap selepas solat lima waktu 100 kali.
- Puasa Isnin dan Khamis.

Perbanyakkan amalan baik, bersedekah dan sebagainya. Apa yang sangat penting ialah NIAT KITA (kata-kata hati kecil sewaktu beramal) biarlah IKHLAS.
Saya suka kongsikan Tip dari linn comel petua menarik WANG. TQ linn.

Tip kesihatan dari sumber alam . Semoga bermanfaat.

Semoga diberkati. Amin...

Sunday, November 11, 2007

PAKEJ DIRI PENENTU KEJAYAAN

Salam kasih sayang,

Sebelum saya teruskan suka saya kongsikan Tip hebat "sikap penentu segalanya" , semua orang ingin berjaya, ada yang telah berusaha bersungguh-sungguh, pagi petang, siang malam tak berhenti bekerja, sanggup berhabisan modal tambah dengan pinjaman lagi. Tak jemu-jemu berkursus sana sini, tetapi masih GAGAL atau kejayaannya tidak berkekalan.

KENAPA INI BERLAKU?...
Ketahuilah sehebat, serajin dan sepandai mana pun kita, perlu kita sedar bahawa penentu segalanya adalah ALLAH. Kita tiada PILIHAN, kita mesti mematuhi hukum alam(hukum Allah).
Segalanya "amat mudah" sekiranya kita mengikut HUKUM ALAM. Sebagai contoh; Untuk menjadi JUTAWAN, kita mesti menjadikan diri kita satu PAKEJ yang mampu menarik rezeki yang berganda-ganda dalam hidup kita, tak kira apa BANGSA dan AGAMA.

Cubalah anda bertanya atau berbual terus dengan beberapa orang JUTAWAN, pasti anda akan dapati mereka mempunyai beberapa persamaan, persamaan inilah yang menjadi PAKEJ MAGNET REZEKI(mematuhi hukum Alam) bagi semua JUTAWAN.

Maka kalau kita ingin menjadi JUTAWAN kuasai PAKEJ tersebut dan amalkan sahaja. Pasti anda akan menjadi JUTAWAN dengan lebih mudah dan SEMPURNA. Apakah pakej tersebut?.. kita sambung nanti ye...

Semoga diberkati. Amin...