Salam kasih sayang,
Terlalu banyak ilmu atau matlumat yang boleh kita pelajari sama ada berbayar atau percuma. Kualiti atau bermanfaatnya ilmu itu tidak bergantung kepada 'mahal' atau 'murah', tetapi kepada kemampuan seseorang itu 'MEMENTORKAN' diri untuk memilih, menguasai dan mengamalkan ilmu tersebut menjadi satu 'PAKEJ' yang akan menjadikan 'IMPIAN HIDUP' suatu kenyataan. Tiada apa yang mustahil di dunia ini selagi ia 'terkandung' dalam 'ilmu Allah'.
Jika tiada 'MENTOR' yang memimpin kita, adalah sukar untuk kita berubah, kerana sudah menjadi lumrah kebanyakan orang 'hanya nampak apa yang mereka mahu nampak' sahaja. Selagi sikap ini bersarang dalam diri, sampai bila pun mereka takkan berubah. Begitu juga dalam "MENJEMPUT REZEKI", suka saya gunakan 2 kaedah sahaja:-
1 - Mencari rezeki;
- Selagi kita terpaksa 'bekerja' untuk mendapat rezeki, selagi itulah kita tidak akan 'bebas' dari 'masalah kewangan'. Ramai antara kita sudah maklum perkara ini, ibu bapa selalu berpesan supaya beringat sementara muda, berbagai kempen oleh kerajaan dan swasta.
Pakar motivasi tidak putus-putus mencambah idea mendorong perubahan supaya kita seberapa segera ke arah kaedah ke 2 untuk 'menjemput rezeki'.
2 - Membina Sumber Pendapatan;
- Sedangkan labah-labah juga bijak 'menjemput rezeki', tidak perlu bersusah payah 'mencari rezeki', hanya duduk menunggu 'selepas bekerja keras menyiapkan perangkap'. Kita juga patut mengambil ikhtibar, sementara hidup masih belum berakhir, agar menjadi persediaan di saat memerlukan dan mudah-mudahan menjadi bekal akhirat.
Semoga mendapat idea dan panduan dalam perancangan KEWANGAN kita semua.
Semoga diberkati. Amin
1 comment:
laman ini baik untuk semua pembaca kerana ia dapat mengingatkan kita kepada yang maha esa.......
Post a Comment