Saturday, December 8, 2007

PELAZIMAN AMALAN

Salam kasih sayang,

Jangan memperjudikan masa depan hanya kerana "berhenti menuntut ilmu", untuk memahami dan menguasai "HUKUM ALLAH"
Cara kita berfikir dan bertindak begitu juga dengan apa yang selalu ‘datang’ dalam hidup kita adalah ‘hasil kerja’ minda bawah sedar kita. Oleh itu kita semestinya memahami bagaimana minda bawah sedar kita ‘berfungsi’ melalui amalan-amalan berikut:-
1 - Kata-kata hati kecil. Perbetulkan kata-kata hati kecil anda dengan memilih kata-kata positif sahaja untuk digunakan dalam berfikir dan sentiasa ‘batalkan’ kata-kata negatif kita sendiri, juga kata-kata negatif daripada orang lain. Apa saja yang kita inginkan MINTA TERUS KEPADA ALLAH.
2 – BIARKAN HUKUM ALAM BEKERJA UNTUK KITA, banyakkan bersedekah, dan menolong sesama makhluk Allah dengan ikhlas, jangan sekali-kali mengharapkan balasan dari sesama makhluk.
3 - Melakukan “Affirmasi”, pilih ketika suasana paling tenang dan hening (sebaiknya bangun waktu dinihari sambil tunaikan solat tahajud, taubat, istiharah dan hajat) hingga dapat merasakan serta menghayati kata-kata hati tentang permintaan kita. Berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan sebab(cara) untuk kita MENERIMA APA YANG KITA HAJATKAN.
AMALAN SETIAP HARI: -
- Fokus dan istiqamah sentiasa menjadi lebih baik.
- sabar, memaafkan diri sendiri dan semua orang.
- menolong sesama makhluk Allah(sesiapa sahaja)dengan ikhlas semampunya.
- bersedekah apa sahaja ‘seadanya’ dan bersangka baik, berkongsi ilmu, memuji dan mendoakan .
- sentiasa bersyukur, walau apa pun yang berlaku, tanamkan keyakinan bahawa Allah akan sentiasa mengurniakan yang lebih baik lagi.
“SANGAT PENTING”!!
“JADIKAN AMALAN SETIAP HARI" (topik ini) dengan niat memahami dan berusaha mengamalkannya hingga menjadi PELAZIMAN.
KEAJAIBAN PELAZIMAN
Hasilnya amat menakjubkan dan TIDAK DISANGKA-SANGKA. Inilah kunci “RAHSIA MENARIK KEJAYAAN”.
JANGAN ADA SEDIKIT PUN KERAGUAN!!


MULAKAN SEKARANG

Bermula dengan Info sihat:-
GANOTHERAPY

Semoga diberkati. Amin...

Friday, December 7, 2007

REVOLUSI GAYA HIDUP

Salam kasih sayang,

Relek sekejap ye, sambil pekena secawan "kopi lingzhi", agar tenang dan santai.

Sekadar berkongsi renungan,
Khabarnya datuk saya asal seberang(Indonesia), merantau akhirnya berkahwin dan menetap di Teluk Intan Perak. Zaman itu nak apa saja cari dan buat sendiri, nak tanah teroka sahaja. Siapa yang bijak upah orang untuk teroka tanah untuk menjadi kebun milik sendiri. Datuk saya sekadar ambil upah, dan beli sedikit tanah kebun siap.

Ibu bapa saya lahir zaman penjajah, masa Jepun datang, tak dapat nak sekolah. Pendek cerita hanya pandai membaca menulis di kelas dewasa. Hasil pendapatan, dari titik peluh sendiri bertani dan menoreh getah. Mereka berusaha gigih memberi peluang anak-anak(empat orang) bersekolah setinggi mana pun akan diusahakan pembiayaan. Dengan nasihat dan harapan supaya anak-anak "hidup senang"(makan gaji). Alhamdulillah saya akhirnya jadi 'cikgu'(memang cita-cita dari kecil)(Al-Fatihah utk arwah bapa).

Dengan pendedahan dan pembacaan tentang kewangan, akhirnya saya melibatkan diri dalam MLM dan bersara awal untuk membantu minat isteri dalam perniagaan 'restoran'(kumpul modal melalui MLM).

Sekarang saya sedang mendidik anak saya untuk mengembangkan perniagaan restoran di masa depan, dalam masa sama saya tekankan konsep "duit buat duit" melalui saham-saham amanah. Tak lupa juga untuk menceburi bidang 'network marketing', untuk memberi pendidikan dan pendedahan konsep "people touching people", agar mereka bijak berkomunikasi sambil membina 'pasif income'.

Cuba kita renungkan, disebalik kisah sejarah ringkas keluarga saya. Seperti tiada apa yang istimewa(orang biasa). Fikirkan konsep 'sumber pendapatan' perubahan dari datuk, bapa, saya sendiri dan seterusnya jenerasi saya(Insyaallah. Amin);
bermula dengan:-
- mencari sumber wang
- tenaga buat wang
- sijil + masa buat wang
- idea + masa buat wang
- sistem buat wang, dan seterusnya
- wang buat wang
Sasaran selepas ini 'projek buat wang'.

Kita patut berubah menjadi lebih baik, setidak-tidaknya mengikut 'arus perdana', tapi pastikan yang bermanfaat dan membawa kesejahteraan sejagat.
Bagaimana dengan anda?
"Kita minum dulu, bijak, bijak...he he", sabung lagi ye..
Semoga diberkati. Amin...

Thursday, December 6, 2007

FOKUS DAN ULANG BERTERUSAN

Salam kasih sayang,

Apa sahaja yang kita inginkan pasti boleh dicapai, asalkan kita 'percaya' kita boleh mencapainya. Jangan ada keraguan kerana Allah telah berfirman; "MINTALAH KEPADAKU NESCAYA AKU TUNAIKAN". Sebab itu Nabi ada bersabda "barang siapa yang tidak berdoa kepada Allah selepas setiap solat adalah orang yang sombong".

Cuba lihat air yang menitik berterusan pun mampu melekukkan batu yang keras, kenapa?, itulah hukum alam yang patut menjadi pengajaran buat kita yang mahu berfikir.

Untuk memahami lebih lanjut tentang hukum alam cuba lihat video the secret . Semoga kita semua mendapat manfaat yang berguna. Saya syorkan ulang tonton selalu. Setiap kali anda tonton pasti dapat sesuatu yang baru. Wallahhu'alam.

Semoga diberkati. Amin...

Monday, December 3, 2007

FOKUS

Salam kasih sayang,

Sekarang, ye sekarang juga, apa sebenarnya yang kita inginkan dalam tempoh terdekat seminggu?, sebulan?, setahun? Hanya tiga langkah untuk kita mendapatkannya.

Langkah 1: Tanya, apa kita mahu, berapa, bila...
- contohnya:- Wang RM1000.00

Langkah 2: Jawab, berikan jawapan berupa idea atau cara dan bila anda boleh dapat 'wang' tersebut. Jawapan tersebut mesti dipersetujui oleh minda kita supaya terasa yakin memang kita mampu mencapainya.

Langkah 3: Menerima, kita mesti sentiasa bersedia untuk menerimanya. Maksudnya kita mesti sentiasa fokus dengan fikiran dan perasaan. Contohnya kita tentu 'GEMBIRA' bila kita dapat wang RM1000.00 yang kita hajatkan. Maka kita ikut saja hukum alam(HUKUM GANJARAN) kita memberi kita menerima, fokus pada dua perkara tersebut; 'beri wang', 'beri kegembiraan', mesti beri pada diri sendiri, kerana kita yang mahu. Kalau kita mahu ia 'berganda' kita mesti berikan juga kepada orang dan alam sekeliling.

Ini 'hukum Tuhan' yang benar dan pasti berlaku. Kalau anda selalu beri wang pada diri sendiri dan orang lain anda pasti dapat wang juga. Kalau anda selalu beri kesusahan pada diri anda dan orang lain, diri anda akan memberi kesusahan pada anda begitu juga orang lain. Contohnya anda selalu memberi 'makanan bertoksin' pada diri anda yang tentunya menyusahkan sistem tubuh anda untuk membuangnya, maka lama kelamaan tubuh anda akan sakit dan tentunya menyusahkan anda. Begitu juga dengan apa saja yang anda beri dan kepada siapa pun anda beri, 'hukum ganjaran' pasti berlaku.

Bermakna apa saja yang selalu kita fikirkan tentang diri kita, pasti ia akan berlaku kecuali anda 'tidak percaya'. Apa lagi mulakan sekarang, fikirkan, bayangkan, rasakan, berikan dan bersedia untuk menerima.
rahsia jutawan internet
Semoga diberkati. Amin...