Salam kasih sayang,
Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian. Kecuali 0rang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran.
Mari kita berhenti sejenak, lapangkan minda, tenang dan fokuskan minda untuk memahami maksud tersurat dan tersirat yang terkandung dalam Ayat tersebut (Surah Al-A’shri)
Dalam kesibukan kita terkejar-kejar masa atas urusan 'dunia’ tanpa ada perancangan entah bila akan berakhir, kita lupa bahawa Allah telah sediakan satu system cara hidup atau pengurusan hidup, satu panduan yang maha lengkap lagi menyeluruh iaitu Al Quran. Satu ayat pendek (Surah Al-A’shri) ini pun sebenarnya sudah memadai untuk di jadikan pedoman hidup bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Manusia sentiasa dalam kerugian? Benar sememangnya benar kecuali orang-orang yang ‘beriman’(percaya dengan yakin). Bagaimana mahu percaya dengan penuh keyakinan? Sebelum kita mahu belajar atau mendapat ilmu kita mesti sediakan diri fizikal dan mental dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Niatkan sesungguhnya aku menuntut ilmu hanya yang benar dengan izinmu ya Allah, berilah kelapangan minda dan penguasaan, pengamalan dan keberkatan.
Selagi kita tidak mahu membuka hati untuk belajar dengan ikhlas, kita sukar untuk percaya dan yakin kita pasti tidak akan mampu mengamalkannya maka terus dalam ‘kerugian’ tanpa manfaat dan perubahan dalam hidup. Kerana sudah menjadi tabiat manusia ‘kita hanya nampak apa yang kita mahu nampak’ walau pun perkara itu salah dan merugikan, selagi kita tidak berlapang dada, ikhlas untuk belajar dan menerima ilmu dan kebenaran, selagi itulah kita tidak akan ‘berubah’.
Kita akan tergolong dalam golongan yang lebih beruntung apabiala kita menyampaikan(berpesan-pesan) apa juga ilmu yang bermanfaat kepada orang lain dengan ikhlas dengan istiqamah dan penuh kesabaran. Hidup kita akan sentiasa lebih tenang dan lebih berjaya hari demi hari akan lebih baik, lebih cemerlang dan bahagia. Oleh itu teruslah belajar meningkatkan ilmu, pastikan ia seimbang ilmu dunia dan akhirat. Pasti kita tidak akan sesat lagi menyesatkan.
Ilmu tanpa amal 'ibarat pohon tidak berbuah’ oleh itu istiqamah dalam menuntut ilmu, terus amalkan(praktik) bermula dari awal. Kita pasti akan mendapat ganjaran dunia dan akhirat. Amin…
GAYA HIDUP SIHAT, KAYA DAN BAHAGIA
Semoga diberkati. Amin...
No comments:
Post a Comment