Friday, September 21, 2007

KUNCI KEWANGAN BERWAWASAN

Salam kasih sayang,
Biarlah kalau ada orang kata seperti Mat Jenin, yang penting kita mesti "bermula sekarang juga" bukan "berangan-angan berpanjangan".
- Mulakan dengan langkah 'MESTI';-
- 'A' - MENYIMPAN - mesti dimulakan walau berapa pun semampunya 'untuk dilupakan'. Simpanan adalah asas 'kunci kewangan berwawasan.
- 'B' - MENGGANDA - menggunakan sebahagian simpanan untuk membina dan mengembangkan sumber pendapatan. Sekiranya kita hanya mencari(bekerja) untuk dapat duit selamanya, seperti tiadalah bezanya antara kita dengan 'makhluk yang tidak berakal'.
- 'C' - MELABUR - melaburkan sebahagian 'keuntungan' dalam saham 'amanah' atau 'hartanah', yang akan menjadi 'pasif income' satu cara persediaan persaraan yang juga boleh menjadi 'saham akhirat'.

Kuasailah 'rahsia A,B,C', ilmu yang akan menjadi 'penjana' Kewangan masa depan kita.
- "sebuah bangunan yang tersergam gagah dan indah asalnya hanyalah timbunan pasir yang terpendam"
- "sehebat dan sekaya mana pun seseorang itu, asalnya bermula hanya dengan 'akal' dan 'masa 24 jam' sehari".
Semoga diberkati. Amin...

2 comments:

Luth said...

Asalamualaikum....

Masyarakat melayu secara amnya masih lagi dijajah oleh sesetengah momokan negatif seperti 'secupak
tidak akan menjadi segantang' dan 'melayu tak pandai berniaga'. Sehingga Mat Jenin pun menjadi mangsa momokan.

Minda manusia adalah salah satu elemen terhebat, ciptaan tuhan. Jadi, kenapa ramai yang memperlekehkan 'angan-angan' ini? Tamadun yang terbina sejak dahulu hingga kini adalah hasil dari 'angan-angan'.

Syabas diucapkan kepada saudara kerana memulakan langkah untuk memperkayakan ilmu demi pembangunan insan khususnya untuk rakyat Malaysia. Anda telah memberikan sumbangan ke arah itu. Yakinlah akan usaha anda. Saya, menyokong segala usaha yang dilakukan..

Yang mustahaknya ramai melayu takut nak keluar dari 'zon selesa'. Contoh mudahnya takut dengan MLM.

Untuk pengetahuan saudara, saya juga adalah ahli MLM..

Luth.

redha said...

Terima kasih luthfi,
- bersatu kita teguh
- berkongsi kita berkat
- bermuafakat kita kuat
Bersama kita mencanang 'budaya ilmu kesejahteraan kewangan' mendukung 'gelombang perubahan minda' ke arah kesejahteraan.