Tuesday, September 18, 2007

D.U.I.T. (part 5)

Salam kasih sayang,
T - tawakal - kebanyakan kita sudah tahu dan faham maksud 'tawakal', tetapi ramai 'gagal menghayati' konsep perlaksanaannya.
Setelah kita berusaha dengan 'bijaksana' dan 'bersungguh-sungguh' hanya kerana Allah, atas rasa tanggungjawab penuh 'keikhlasan', kemudian mohonlah 'keampunanNya' dengan 'berserah 100%'. Disusuli rasa bersyukur apa saja yang Allah 'kurniakan'.
Tanamkan satu 'keyakinan' walau apa pun yang berlaku, 'pasti' ada kebaikan yang lebih baik akan kita terima. Teruskan istiqomah dengan 'perbaiki' cara berusaha. Ingat!..jangan sekali-kali ada rasa 'ujub'(kagum kebolehan diri boleh mencapai sesuatu), inilah antara 'tiga sebab' yang menghalang 'kejayaan'.
Semoga diberkati. Amin...

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Hari ni singgah kat sini..
Harap2 tuan blog selalulah singgah ke blog2 lain supaya dapat berkongsi ilmu ni...

redha said...

Waalaikum salam...
terima kasih zool,sudi singgah...
Betul tu zool, kita patut bersyukur bila tamu singgah, tamu selalunya bawa rezki. Walau pencuri yg masuk rumah kita, tetaplah bersyukur, supaya ada yg lebih baik Allah kurniakan pada kita....