Sunday, April 27, 2008

SENANG UNTUK SENANG?...(PART 2)

Salam kasih sayang,

Susah atau senang adalah pilihan kita sendiri. Walau pun begitu sebenarnya pada awalnya(baru lahir) kita menumpang senang atau susah ibu bapa kita. Maka beruntunglah anak yang lahir dalam keluarga yang serba sempurna dan bahagia.

Apabila kita dewasa kita berhak dan bertanggungjawab menentukan masa depan kita sendiri, kerana bermula saat kita dewasa(baligh) segala apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan di dunia dan akhirat nanti.

Walau bagaimanapun dan apa juga keadaan kita sekarang kita sepatutnya bersyukur dan berterima kasih pada ibu bapa kita kerana kita dapat hidup dan bernafas dengan bebas. Sesusah mana pun ibu bapa, mereka akan sedaya upaya untuk memberi kehidupan yang lebih baik untuk masa depan anaknya.

Apa yang penting sekarang ialah "MASA DEPAN KITA" bermula sekarang. Kita perlu menjawab beberapa soalan:-
- adakah sekarang kita bahagia?
- adakah kita berpuashati dengan kehidupan sekarang?
- adakah kita yakin jalan hidup kita sekarang sedang menuju 'impian'?
- adakah kita pasti apa yang kita lakukan sekarang diredhai Tuhan?

Sambung nanti ye...
saya akan kongsikan "petua" amalan "kerezekian", mudah mudahan dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Semoga diberkati. Amin...
Kita bebas memilih

Friday, April 18, 2008

SENANG UNTUK SENANG?...

Salam kasih sayang,
“Rupa-rupanya "JALAN" untuk hidup "SIHAT, KAYA DAN BAHAGIA" jauh lebih senang dan membahagiakan dari jalan untuk hidup menderita sakit dan miskin"
Andakah anda PERCAYA?....
Jawapannya ada pada anda....
Keputusannya ada pada anda....
Hasilnya anda yang akan menerimanya....
Kesannya anda yang akan dipertanggungjawapkan....

“Sebagai sunnatullah (peraturan Allah yang telah ditetapkan terhadap alam semesta) yang telah berlaku sejak dahulu, sekali-kali kamu tidak akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu”. (QS. Al Faath, 48:23)

Memang benar, untuk hidup 'sihat, kaya, dan bahagia, sebenarnya lebih mudah, lebih menggembirakan'. Cuba kita fikirkan apakah perasaan anda, apabila melihat seseorang yang pekerjaannya 'mengutip sampah dalam keadaan panas terik di tengah kesibukan bandaraya'?...Saya perlukan "pendapat" anda, sebelum saya menjelaskan bahawa FAKTA di atas "SESUNGGUHNYA MEMANG BENAR"....

Seminar MUS (mengenal potensi diri, rahsia kejayaan) untuk bulan Mei akan di adakan seperti berikut:-

Tarikh : 17 hingga 18 Mei 2008
Tempat : D'Muara Marina Park,
: Sg. Besar, Selangor.
Pendaftaran: RM90.OO
Sebarang pertanyaan sila hubungi CD Norafnidi 0197111164

Syukur, semoga diberkati. Amin...
Sihat kaya bahagia

Monday, April 7, 2008

"DIMANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN"

WALAU SIAPA PUN ANDA
Salam kasih sayang,

“Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”, itulah antara kata-kata hikmat yang selalu diucapkan baik oleh ibu bapa, guru-guru juga para motivator. Pepatah itu juga sudah sedia diketahui oleh semua orang khususnya orang melayu.

Terlalu mudah, simple dan meyakinkan. Ianya memang amat benar tiada siapa pun boleh menafikan. Soalnya sekarang apa yang ingin saya perkatakan ialah “rahsia” di sebalik kata-kata hikmat itu (yang sering dianggap remeh seperti tiada ‘nilai’). pepatah tersebut sebenarnya bertepatan dengan ayat(mungkin asalnya diambil dari pengertian Ayat berikut);

“Sebagai sunnatullah (peraturan Allah yang telah ditetapkan terhadap alam semesta) yang telah berlaku sejak dahulu, sekali-kali kamu tidak akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu”.
(QS. Al Faath, 48:23)


Apa pun yang kita mahu mesti ada cara untuk menjadikannya suatu ‘kenyataan’ berasaskan ayat di atas Allah telah menerangkan dengan jelas bahawa sunnatullah itu “kekal dari asal dunia hingga akhirnya(kiamat)”, kalau kita mahu berfikir dan memahami hikmah yang tersirat, maka semestinya kita menjadi makhluk Allah yang paling “bersyukur, bertaqwa dan bertawakal".

Secara ringkas dan mudah antara pengajaran yang boleh(mesti) kita ambil ialah:-
- Kita sebenarnya sedang melalui jalan(sunnatullah) menuju satu destinasi.
- Kita semestinya mengetahui(ambil tahu) destinasi-destinasi kecil yang kita akan capai sebelum ke destinasi akhir.
- Beruntung bagi orang yang sengaja merancang dan mencapai ‘impian’ mereka.
- Amat rugi bagi orang yang tidak merancang dan tidak mencapai apa-apa yang menggembirakan diri sendiri.
- Amat malang bagi orang yang membiarkan diri dikuasai ‘syaitan’ yang pasti menjerumuskan mereka kedestinasi penderitaan dan kehinaan.

- Destinasi-destinasi kecil itu adalah ‘fitrah manusia’ (keperluan naluri).
- Jalan-jalannya ialah “amalan" (aktiviti yang menjadi pelaziman)
- Pilihan jalan ialah “pemikiran" (apa yang sering difikirkan)
- Petunjuk (pedoman) memilih jalan ialah “ilmu"
- Keputusan muktamad ialah “taufik dan hidayah Allah" (samaada diberi petunjuk atau disesatkanNya):-

“……Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk. Dan barang siapa yang disesatkanNya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya...”
(Q.S. Al Kahfi, 18:17)


“Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Qur’an), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menjangka bahwa mereka mendapat petunjuk”.
(QS. Az Zukhruf,43:36-37)


Syukur, keberkatan dan kebahgiaan bagi kita semua. Amin

Wednesday, April 2, 2008

MUS (moving up seminar)

Salam kasih saying,

Alhamdulillah, setelah agak lama saya tidak berkesempatan untuk menulis, sekarang saya panjatkan berbanyak kesyukuran dengan izinnya dapat kembali menulis. Kebelakangan ini saya agak sibuk dengan jadual program “SIHAT, KAYA & BAHAGIA”. Yang menjadi wawasan kumpulan kami.

Baru-baru ini (29,30 Mac) saya amat teruja untuk bercerita di sini tentang program MUS (moving up seminar) di Rumah Rehat Bentong, Pahang. Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang peserta yang hadir. Kebanyakannya wanita dan yang istimewanya mereka adalah warga emas, malah ada di antaranya buta huruf. Mereka dapat menghayati satu ilmu yang pada pandangan saya ia amat berbeza dengan ‘fahaman’ seharian mereka, maksud saya program tersebut adalah sesuatu yang menyedarkan mereka bahawa, betapa ‘hebat' nya diri kita yang menjadi makhluk ciptaan Allah dengan sebaik-baik kejadian, yang semestinya kita bersyukur, berlapang dada dan berbahagia dengan rasa amat ‘tenang’ dan tawakal.

Tergambar di wajah-wajah mereka, suatu perubahan pandangan cara berfikir dan tanggapan serta respon terhadap sesuatu, selepas tamat sesi program tersebut. Sehingga kami terasa berat hati untuk berpisah walau hanya dua hari bertemu. Inilah yang Allah tunjukkan seperti FirmanNya;

“……Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk. Dan barang siapa yang disesatkanNya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya...” (Q.S. Al Kahfi, 18:17)

Keikhlasan dan kepasrahan serta ketulusan hati untuk belajar, itulah yang saya yakin telah menjadi kunci bagi mereka untuk memahami dan menguasai sesuatu ilmu yang sama sekali ‘baru’ bagi mereka.

Sebenarnya siapa pun kita sekarang tidak penting, yang penting bagaimana ‘hati dan perasaan’ kita untuk menerima sesuatu ilmu yang baru, ia sememangnya bergantung kepada ‘niat dan hasrat’ kita, bukan pada kelulusan atau kedudukan kita sekarang.

Maka bersamalah kita untuk sentiasa menanamkan rasa ‘syukur’ dan ‘tawakal’ akan rasa cinta dan kasih kepada Allah yang maha Pengasih dan Penyayang lagi maha Pemurah. Semoga kita sentiasa ‘tenang’, bersabar dan yakin segala ‘IMPIAN’ pasti menjadi kenyataan jika ada ‘niat dan hasrat’ yang jelas dan konsistan.

Program MUS seterus akan diadakan di selatan tanah air:-
Tarikh : 12 dan 13 April
Tempat : Tiram Indah Village, Johor Baharu.
Bayaran : RM 50.00 ( 2 hari 1 malam, penginapan dan makan)
Sebarang pertanyaan sila hubungi 019 7111164
( cikgu Nidi)


Syukur, keberkatan dan kebahgiaan bagi kita semua. Amin

Sunday, March 16, 2008

KEMBALI KEPADA FITRAH

Salam kasih sayang,
Saudaraku, kita dijadikan tidak sia-sia, kita akan dipertanggungjawabkan di atas apa jua yang kita lakukan. Kita berhak memilih untuk mengubah apa yang kita 'mahukan'. Setiap apa yang berlaku pada diri kita adalah berpunca dari diri kita sendiri dan 'orang-orang' di sekeliling kita. Oleh itu kita sebenarnya saling memerlukan, saling bergantung untuk 'membina kehidupan' yang sejahtera. 'Bersama bersatu minda membina GELOMBANG KESEJAHTERAAN SEJAGAT'. Semoga diberkati. Amin...

Tuesday, March 4, 2008

KEBENARAN ATAU IKUTAN?

Salam kasih sayang,

Kita sebagai umat Islam, diwajibkan menuntut ilmu, sebagaimana yang selalu kita dengar "tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahat" (kita sebenarnya sudah diajar sejak dari dalam kandungan lagi).

Kita diajar, kita belajar hingga lulus(pandai) tapi kenapa kebanyakan kita seperti orang yang tidak belajar? Seperti tiada beza antara kita umat Islam dengan yang bukan Islam? Di mana silapnya?...

Dari awal lagi sebenarnya ramai yang sudah silap;
Pertama, niat(tujuan):-
Bagaimana niat yang ditanamkan oleh ibu bapa, guru-guru dan uztaz ustazah kita? Belajar kerana Allah atau kerana sijil?

Kedua, kepercayaan(tanggapan):-
"Belajar biar berguru, jika tidak, akan bergurukan syaitan...". Bukankah sepatutnya kita "berguru hanya kepada Allah", walau apa pun ilmu yang kita pelajari, hanya kepada Allah kita mohon petunjuk dan pemahaman. Guru dan buku atau apa sahaja, sekadar alat, atau cara Allah mengurniakan ilmu kepada kita.

Ketiga, pelaziman(amalan):-
Bermula dengan amalan pemikiran(minda), apa yang disarankan untuk kita fikirkan setiap kali belajar ilmu baru? Bukankah sepatutnya kita beristighfar, bersyukur, mengamal dan menyampaikan.

Untuk berubah kita mesti bermula dengan ubah cara kita berfikir dahulu. Buat pelaziman baru tentang cara berfikir kita. Secara perlahan perubahan akan pasti berlaku, hingga kadang-kadang sesuatu yang langsung tidak terduga. Bersyukurlah walau apa pun yang berlaku dengan keyakinan Allah akan sentiasa memberi yang lebih baik selalu.

Bersabar dengan ujianNya, kerana sesuatu yang baik mesti diuji.
Kejayaan dan kebenaran milik orang yang beriman dan sabar.

Syukur. Taufik dan hidayah bagi kita semua. Amin
Semoga diberkati. Amin...

Monday, February 25, 2008

ILMU YANG BERKESAN

Salam kasih sayang,

Ramai orang yang belajar, ramai juga orang yang berilmu, separuh daripadanya yang beramal dari ilmunya, tetapi sedikit sahaja yang mendapat manfaat dari ilmunya.
Malah lebih malang lagi ada yang mendapat masalah atau musibah dari ilmunya. Kenapa ia berlaku? Banyak rahsia yang tersirat yang tidak mampu dijangkau oleh akal sedar semata-mata. Maka itu kita perlu akur, sabar patuh dan redha dengan hukum-hakam dan tuntunan dari Al-Quran dan Hadis dengan berlapang dada dan pasrah secara total sehingga merasai nikmat 'ketenangan'.

Bagi memperoleh ilmu yang bermanfaat, setiap kali belajar dan mendapat ilmu baru harus bermula dengan perasaan 'hairan', 'faham', 'yakin', 'syukur', 'amal' dan 'sampaikan' serta 'sabar'. Hasilnya amat 'menakjubkan' dan sememangnya patut menambah 'taqwa' kita sebagai hamba Allah.

Semoga diberkati. Amin...