Wednesday, April 2, 2008

MUS (moving up seminar)

Salam kasih saying,

Alhamdulillah, setelah agak lama saya tidak berkesempatan untuk menulis, sekarang saya panjatkan berbanyak kesyukuran dengan izinnya dapat kembali menulis. Kebelakangan ini saya agak sibuk dengan jadual program “SIHAT, KAYA & BAHAGIA”. Yang menjadi wawasan kumpulan kami.

Baru-baru ini (29,30 Mac) saya amat teruja untuk bercerita di sini tentang program MUS (moving up seminar) di Rumah Rehat Bentong, Pahang. Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang peserta yang hadir. Kebanyakannya wanita dan yang istimewanya mereka adalah warga emas, malah ada di antaranya buta huruf. Mereka dapat menghayati satu ilmu yang pada pandangan saya ia amat berbeza dengan ‘fahaman’ seharian mereka, maksud saya program tersebut adalah sesuatu yang menyedarkan mereka bahawa, betapa ‘hebat' nya diri kita yang menjadi makhluk ciptaan Allah dengan sebaik-baik kejadian, yang semestinya kita bersyukur, berlapang dada dan berbahagia dengan rasa amat ‘tenang’ dan tawakal.

Tergambar di wajah-wajah mereka, suatu perubahan pandangan cara berfikir dan tanggapan serta respon terhadap sesuatu, selepas tamat sesi program tersebut. Sehingga kami terasa berat hati untuk berpisah walau hanya dua hari bertemu. Inilah yang Allah tunjukkan seperti FirmanNya;

“……Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk. Dan barang siapa yang disesatkanNya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya...” (Q.S. Al Kahfi, 18:17)

Keikhlasan dan kepasrahan serta ketulusan hati untuk belajar, itulah yang saya yakin telah menjadi kunci bagi mereka untuk memahami dan menguasai sesuatu ilmu yang sama sekali ‘baru’ bagi mereka.

Sebenarnya siapa pun kita sekarang tidak penting, yang penting bagaimana ‘hati dan perasaan’ kita untuk menerima sesuatu ilmu yang baru, ia sememangnya bergantung kepada ‘niat dan hasrat’ kita, bukan pada kelulusan atau kedudukan kita sekarang.

Maka bersamalah kita untuk sentiasa menanamkan rasa ‘syukur’ dan ‘tawakal’ akan rasa cinta dan kasih kepada Allah yang maha Pengasih dan Penyayang lagi maha Pemurah. Semoga kita sentiasa ‘tenang’, bersabar dan yakin segala ‘IMPIAN’ pasti menjadi kenyataan jika ada ‘niat dan hasrat’ yang jelas dan konsistan.

Program MUS seterus akan diadakan di selatan tanah air:-
Tarikh : 12 dan 13 April
Tempat : Tiram Indah Village, Johor Baharu.
Bayaran : RM 50.00 ( 2 hari 1 malam, penginapan dan makan)
Sebarang pertanyaan sila hubungi 019 7111164
( cikgu Nidi)


Syukur, keberkatan dan kebahgiaan bagi kita semua. Amin

No comments: