Tuesday, November 6, 2007

MARI KITA MULAKAN

Salam kasih sayang,

Tiga langkah asas untuk 'KEJAYAAN' dalam THE SECRET telah kita kongsikan. "Sampan sudah di air, dayung sudah di tangan", hanya menunggu anda membuat keputusan untuk memilih arah tujuan dan mula berdayung. Jangan suka ubah haluan, terus berdayung walau apa pun rintangan, cepat atau lambat, anda pasti akan sampai ke destinasi.

Saya cadangkan, sebelum anda membuat keputusan untuk memulakan sesuatu 'projek' terutama yang melibatkan 'modal' kewangan yang besar, siapkan diri menjadi "MAGNET REZEKI" dahulu. Ikut langkah 1 dan 2 dahulu, sehingga 'minda' anda sudah bersedia baru mula melabur, lihat sekali lagi Tip dari Irfan Khairi.

Sebagaimana mengikut kajian bahawa hanya 3% orang yang dapat mengamalkan teknik penguasaan minda dan mencapai impian masing-masing. Kebanyakan orang tidak berjaya menjadikan Langkah-langkah THE SECRET sebagai pelaziman. Saya rasa mereka ini perlukan "MENTOR" atau pembimbing.

Saya ingin menawarkan bimbingan kepada 6 orang yang memberi jawapan paling memuaskan hati saya. Anda hanya perlu membuat kenyataan APAKAH IMPIAN ANDA, KENAPA ANDA INGIN MENCAPAINYA DAN KENAPA ANDA PERLUKAN BIMBINGAN. e-mailkan kepada saya di;
rumpunharmoni@yahoo.com . Siapa cepat dia dahulu....

Semoga diberkati. Amin...

Monday, November 5, 2007

THE SECRETS (part 3)

Salam kasih sayang,

Akhir sekali,

LANGKAH 3:-
- Persediaan untuk menerima.
Setelah kita menyenaraikan apa yang kita inginkan dengan tepat dan jelas, kita perlu meminta atau 'menjemput keinginan' datang kepada kita mengikut 'hukum alam'. Akhir sekali kita perlu 'menyediakan saluran' bagaimana 'keinginan' akan datang kepada kita.
Sebagai contoh kita inginkan wang yang banyak, tuliskan jumlah yang tepat, berapa, 1 juta?...
Tulis dan letakkan(bawa) agar kita boleh melihatnya setiap hari, seberapa kerap. Wujudkan rasa syukur dan gembira setiapkali 'berdoa', kuatkan lagi dengan membayangkan kita telah memiliki dan menggunakan wang tersebut. Kawal mental agar sentiasa tenang, gembira dan positif, jangan berfikir cara 'negatif', jika berlaku masalah yang merunsingkan yang mesti diselesaikan, lupakan sebentar, fikir apa sahaja yang boleh menggembirakan kemudian dengan perasaan gembira kita fikirkan cara menyelesaikan masalah tadi. Ulang proses serupa untuk apa juga masalah. Ringkasnya kita mesti sentiasa tenang, positif dan gembira jadikan ia 'PELAZIMAN'.

Langkah akhir iaitu yang ke 3, buat seberapa banyak sebab atau cara bagaimana 'WANG' boleh datang kepada kita hingga nilai '1 juta'(perlu diingat, wang datang dari Allah bukan dari 'makhluk'). Pastikan juga hanya 'wang halal' yang akan datang kepada kita.

Inilah proses yang berlaku kepada semua orang yang telah menjadi jutawan, samaada ia sedar(sengaja) atau tidak. Sebagaimana fakta kajian yang menunjukkan bahawa hanya 3% sahaja orang yang dapat mengikut formula tersebut. Kenapa? Sebenarnya itulah bukti kebenaran 'hukum alam' yang kita bincang(bagaimana pelaziman tanggapan pemikiran anda terhadap sesuatu, itulah yang akan berlaku pada diri anda di masa depan.

Mungkin Tip Irfan Khairi dapat membantu, begitu juga dengan magnet rezeki .

Mungkin saya dapat membantu bagaimana meningkatkan PERATUS tersebut. Tunggu topik akan datang bagaimana kita dapat bersatu mengamalkan PELAZIMAN yang pasti merubah hidup kita.

Semoga diberkati. Amin....

Sunday, November 4, 2007

THE SECRETS (part 2)

Salam kasih sayang,

Setelah melaksanakan Langkah 1, kita teruskan ke;

Langkah 2:-

- MENJAWAB 'permintaan',
Ikut 'hukum alam', kita hanya perlu sentiasa memikirkan apa yang kita ingin ia berlaku, jangan memikirkan apa yang kita tidak inginkan 'santai' sahaja, biar 'hukum alam bekerja' untuk anda. Kita mesti mengetahui bagaimana hukum alam bekerja dan 'mematuhinya' antaranya:-
- hukum mental
- hukum sebab dan akibat
- hukum ketertarikan
Secara ringkasnya apa yang sentiasa kita 'beri' itulah yang kita akan 'terima'. Anda mesti menguasai 'RAHSIA' ini sebagai syarat kejayaan anda. Untuk mendalami lagi, cari buku-buku yang berkaitan atau apa saja bahan rujukan yang banyak sama ada 'percuma' atau berbayar di internet seperti The secrets .
Saya juga banyak mendapat maklumat dari Shueqry berkata dan juga linncomel.
Tetapi ramai masih gagal untuk benar-benar berubah atau berjaya dengan cemerlang kerana PAKEJ proses perlaksanaannya tidak lengkap. Saya menulis atas 'pengetahuan dan pengalaman' saya sendiri, yang benar-benar berlaku. Saya teruja untuk berkongsi pengalaman kepada anda semua kerana saya yakin ramai lagi orang yang masih ragu tentang 'kebenaran' atau gagal melaksanakannya. Ikutilah langkah seterusnya Langkah 3, langkah yang menentukan anda mencapai apa yang anda INGINKAN.

Semoga diberkati. Amin...

Saturday, November 3, 2007

THE SECRETS (part 1)

Salam kasih sayang,

Tahukah anda, bahawa sebenarnya mudah, dan sangat membahagiakan untuk rasa bahagia dan menjadi JUTAWAN.
Tidak percaya??, ragu-ragu??.. Maafkan saya, awal-awal lagi anda telah GAGAL sebelum bermula.
Percaya??, yakin??.. Tahniah!!!. anda telah menempah 'kejayaan' anda hanya perlu 'bergerak' melalui jalan 'kejayaan' dengan BETUL.
Tidak tahu, was-was??.. Tak mengapa, asalkan jangan berhenti 'belajar' dan ikut jalan 'benar'.

Sememangnya mudah untuk hidup sihat, kaya dan bahagia.
Hanya perlu ikut 3 langkah berikut:-

Langkah 1,
- Senaraikan SEMUA apa yang anda inginkan.
- bahagikan kepada 3 peringkat, segera, sederhana dan jangka panjang.
- ulang membaca, ingat, lihat, bayangkan dengan rasa syukur dan gembira, seolah-olah anda telah mencapainya. Ulang setiap hari (pilih waktu paling tenang).

Buat dulu langkah 1, jangan bimbang atau ragu, apa pun mulanya tak biasa, praktikkan berterusan (hingga rasa seronok berimaginasi).

Sedar atau tidak inilah proses awal semua orang yang 'cemerlang' dan dianggap luar biasa. Mereka telah mengamalkannya sejak dari kecil(mungkin mereka sendiri tidak sedar). Kalau anda juga suka berangan sejak sekian lama tapi masih belum berjaya, tunggu langkah 2 dan 3 ada jawapannya.

Kadangkala kita lupa dan tidak sedar bahawa peluang yang datang sekali sahaja untuk seumur hidup kita. Dan bila kita menyedari bahawa kita telah mensia-siakan peluang itu, kita akan berasa amat menyesal. Jadi jangan biarkan satu-satunya peluang anda untuk mengubah hidup anda hilang begitu sahaja!! Jangan memperjudikan nasib kita hanya kerana 'melayan rangsangan negatif' dan 'keselesaan' untuk berhenti menuntut ilmu.

Semoga diberkati. Amin...

Friday, November 2, 2007

THE SECRET

Salam kasih sayang,

Sudah ramai orang yang tahu tentang 'THE SECRET', ilmu 'LOA' dan sebagainya(yang sewaktu dengannya). Mengikut kajian daripada 100 orang yang mempelajari ilmu 'THE SECRET' hanya 3% sahaja yang mengamalkan dan mencapai 'IMPIAN' masing-masing. Kenapa ia begitu? Bukankah semua orang inginkan 'kejayaan' dalam hidup, kenapa walaupun sudah ditunjukkan jalan dan cara yang amat mudah ada yang masih tidak dapat melakukannya?
Sebagaimana yang ditulis oleh linncomel dalam blognya. Apakah pendapat anda?
Saya juga ingin menghuraikan lebih lanjut berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya sendiri dalam liku-liku proses kejayaan saya di tulisan akan datang. Sebelum itu bersamalah kita kongsikan pendapat.

Semoga diberkati. Amin...

Sunday, October 28, 2007

BALI OH BALI

Salam kasih sayang,

Saya baru balik melancong 'percuma' dengan DXN. Empat hari di Bali Indonesia banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dijadikan kenangan dan ikhtibar yang mudah-mudahan menjadi 'pengajaran' berguna untuk diri saya dan sesiapa sahaja yang ingin berkongsi(yang mahu berfikir).

Ketinggian dan kehalusan nilai seni 'ukiran' sememangnya mengkagumkan siapa sahaja yang BERKUNJUNG ke Bali. Saya difahamkan 'kerjaya' pengukir tersebut diwarisi turun temurun, dipelajari dan diamalkan sejak dari kecil, ia sudah menjadi budaya tradisi masyarakat dan 'kepercayaan'(Hindu). Bagi yang mengamalkan 'kepercayaan' dan tradisi sebagai 'PELAZIMAN' dalam kehidupan seharian tanpa mencuba untuk menambah budaya asing sebagai 'PELAZIMAN BARU', ia tidak akan berubah walau 'budaya' apa pun yang datang. Tetapi bagi sesiapa yang 'mencuba' dan 'melazimkan' budaya baru yang dibawa pelancong asing, sudah pasti secara perlahan-lahan akan meninggalkan budaya tradisi.

Itulah yang berlaku di Bali, segelintir masyarakatnya terikut-ikut budaya 'asing', mendedahkan 'aurat' ditempat awam. Ia berlaku bukan di Bali sahaja, malah di mana sahaja termasuk di negara kita sendiri, kita semua melihat setiap hari depan mata, budaya asing yang seolah-olah sudah menjadi budaya sendiri.

Kenapa ia berlaku?... Jawapannya mudah sahaja, itulah "KEAJAIBAN PELAZIMAN". Apa sahaja, samaada kita suka atau tidak kalau menjadi pelaziman, ia pasti berlaku pada diri kita sendiri, contohnya:-
Seorang gadis baik berpakaian sopan menutup aurat, tetapi kalau setiap hari berkawan dengan kawan-kawan yang 'mendedah pusat', melihat 'majalah fesyen' yang seumpamanya, suka membelek pakaian yang sama di 'komplek beli-belah', kemudian suka melihat siaran TV, video dan wayang yang memaparkan 'perkara' sama selalu, akhirnya lihatlah sekarang sudah banyak kita lihat anak gadis kita meniru berpakaian serta tingkahlaku budaya 'asing' yang boleh kita lihat seharian di 'pusat beli-belah'.

Sekarang kita faham kesan "KEAJAIBAN PELAZIMAN", maka itu marilah kita bersama berfikir apakah yang sepatutnya kita jadikan "PELAZIMAN BARU" demi kesejahteraan hidup masa depan kita sendiri dan masyarakat seluruhnya. Fikir, baca, lihat, bualkan selalu dan mulakan segera dan ulang setiap hari, agar ia menjadi pelaziman, ianya 'PASTI' akan berlaku dalam hidup kita.

Semoga diberkati. Amin...

Tuesday, October 23, 2007

KEAJAIBAN PELAZIMAN (part 5)

Salam kasih sayang,

Masih topik "KEAJAIBAN PELAZIMAN", tapi kali ini saya sangat berminat untuk memberi pendapat tentang isu oleh Utusan Malaysia baru-baru ini:-
miskin selepas bersara
pencarum jangan ghairah guna skim pengeluaran KWSP
hanya 36% rancang persaraan.

Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah 'pengurusan kewangan' kebanyakan kita. Bayangkan orang yang tiada langsung KWSP?
Kerajaan sudah mengingatkan, para bijak pandai, pakar motivasi dan sudah tentunya Ejen-ejen insuran serta pelaburan sering menerangkan betapa pentingnya 'simpanan' untuk persediaan persaraan.

Saya juga yakin kita semua akan 'sedar' dan 'bersemangat' untuk merancang kewangan sebaik mendengar mengenainya. Malangnya berapa lama ia boleh bertahan? sebulan? setahun? Selepas itu kita kembali ke 'tabi'at' asal, lupa tentang perancangan kewangan tambahan pula dengan berbagai kempen 'jualan murah' dan berbagai masalah yang tidak di duga.

Sebenarnya, selagi apa yang kita uasahakan masih 'dikawal' oleh 'akal sedar' kita, ia belum tentu akan kekal lama, tetapi apabila 'minda bawah sedar' kita sudah mengambil alih InsyaAllah, secara 'automatik' apa saja amat mudah. Contohnya semasa kita baru belajar mengayuh basikal, bukankah sukar untuk 'mengimbang'? Tetapi apabila sudah biasa, terlalu mudah kita mengimbang untuk mengayuh basikal.

Kesimpulannya apabila kita mampu memastikan 'minda bawah sedar' kita mengambil alih tugas 'minda sedar' segalanya akan jadi terlalu mudah, itulah antara "KEAJAIBAN PELAZIMAN" ia mampu menyebabkan kita kaya raya dan bahagia atau menderita, papa kedana. Bersama kita 'bermuhasabah diri' apakah 'pelaziman' kita sekarang ini mampu membawa kita hidup bahagia atau sebaliknya.

Semoga diberkati. Amin...