Sunday, October 28, 2007

BALI OH BALI

Salam kasih sayang,

Saya baru balik melancong 'percuma' dengan DXN. Empat hari di Bali Indonesia banyak ilmu dan pengalaman yang dapat dijadikan kenangan dan ikhtibar yang mudah-mudahan menjadi 'pengajaran' berguna untuk diri saya dan sesiapa sahaja yang ingin berkongsi(yang mahu berfikir).

Ketinggian dan kehalusan nilai seni 'ukiran' sememangnya mengkagumkan siapa sahaja yang BERKUNJUNG ke Bali. Saya difahamkan 'kerjaya' pengukir tersebut diwarisi turun temurun, dipelajari dan diamalkan sejak dari kecil, ia sudah menjadi budaya tradisi masyarakat dan 'kepercayaan'(Hindu). Bagi yang mengamalkan 'kepercayaan' dan tradisi sebagai 'PELAZIMAN' dalam kehidupan seharian tanpa mencuba untuk menambah budaya asing sebagai 'PELAZIMAN BARU', ia tidak akan berubah walau 'budaya' apa pun yang datang. Tetapi bagi sesiapa yang 'mencuba' dan 'melazimkan' budaya baru yang dibawa pelancong asing, sudah pasti secara perlahan-lahan akan meninggalkan budaya tradisi.

Itulah yang berlaku di Bali, segelintir masyarakatnya terikut-ikut budaya 'asing', mendedahkan 'aurat' ditempat awam. Ia berlaku bukan di Bali sahaja, malah di mana sahaja termasuk di negara kita sendiri, kita semua melihat setiap hari depan mata, budaya asing yang seolah-olah sudah menjadi budaya sendiri.

Kenapa ia berlaku?... Jawapannya mudah sahaja, itulah "KEAJAIBAN PELAZIMAN". Apa sahaja, samaada kita suka atau tidak kalau menjadi pelaziman, ia pasti berlaku pada diri kita sendiri, contohnya:-
Seorang gadis baik berpakaian sopan menutup aurat, tetapi kalau setiap hari berkawan dengan kawan-kawan yang 'mendedah pusat', melihat 'majalah fesyen' yang seumpamanya, suka membelek pakaian yang sama di 'komplek beli-belah', kemudian suka melihat siaran TV, video dan wayang yang memaparkan 'perkara' sama selalu, akhirnya lihatlah sekarang sudah banyak kita lihat anak gadis kita meniru berpakaian serta tingkahlaku budaya 'asing' yang boleh kita lihat seharian di 'pusat beli-belah'.

Sekarang kita faham kesan "KEAJAIBAN PELAZIMAN", maka itu marilah kita bersama berfikir apakah yang sepatutnya kita jadikan "PELAZIMAN BARU" demi kesejahteraan hidup masa depan kita sendiri dan masyarakat seluruhnya. Fikir, baca, lihat, bualkan selalu dan mulakan segera dan ulang setiap hari, agar ia menjadi pelaziman, ianya 'PASTI' akan berlaku dalam hidup kita.

Semoga diberkati. Amin...

No comments: