Sunday, July 20, 2008

Mengkaji, Mengamal dan Menyampaikan

Salam kasih sayang,

Agak lama juga saya tidak 'update' blog. Rutin harian saya sekarang sudah semakin bertambah, jadi jarang dapat mengadap komputer lama-lama. Jika ada masa mengadap komputer saya gunakan untuk 'cas' bateri(motivasi) dengan membaca blog-blog motivasi seperti linncomel, shueqry, irfankhairi dan ramai lagi(takde le baca semua selalu).
Untuk kita dapat manfaat sesuatu itu kita mesti "mengkaji" apa-apa juga sumber ilmu, kepentingan dan kesuaian dengan apa agenda kita sendiri. Jangan buang masa membaca bahan-bahan yang tidak kita perlukan, ia akan mencuri masa juga momentum perlaksanaan kerja kita.
Segala ilmu yang berkaitan dengan bidang kita yang kita yakin mampu memajukan kejayaan kita, bersegeralah dan beristiqamah mengamalkannya sehingga berhasil(berjaya). Selalu tambah atau sesuaikan dengan idea-idea baru yang berkesan.
Untuk lebih 'berkesan', sering-seringlah kita berkongsi atau menyampaikan segala ilmu yang bermanfaat mengikut 'kesesuaian' masing-masing(orang yang menerima). Inilah formula kejayaan kepada semua orang yang cemerlang sama ada mereka sedar atau tidak.
Formula mudah untuk berjaya "TANYA", "JAWAB", "TERIMA". Fikirkanlah(mengkaji) kemudian "bertindak"(mengamal) serta bersedia dengan gembira untuk "menerima" (hasilnya).
Semoga diberkati. Amin...

2 comments:

ahnafevaquinsha said...

assalamualaikum wr wb... Saya Agung Tinggal di Jakarta Indonesia, membaca tulisan tulisan Anda, saya berkesimpulan Anda seorang yang senang mencerna permasalahn dalam hidup ini sehngga mendapat manfaat, kalau berkenan bolehlah kiranya saya minta alamat email yahoonya. Mungkin kita bis amenjalin pertemanan lewat email atau Chatting di agunghandoyo@yahoo.com terima kasih wassalam

redha said...

Waalaikumussala wr wb...,
terima kasih atas komennya.

Begitulah hendaknya, Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia bagi org-org yg beriman(percaya) dan yg mahu mengambil pengajaran drp segala sesuatu....

Allah pasti menununaikan sesuatu itu bersesuaian dgn 'HATI' setiap manusia....

semoga diberkati. Amin