Salam kasih sayang,
Susah atau senang adalah pilihan kita sendiri. Walau pun begitu sebenarnya pada awalnya(baru lahir) kita menumpang senang atau susah ibu bapa kita. Maka beruntunglah anak yang lahir dalam keluarga yang serba sempurna dan bahagia.
Apabila kita dewasa kita berhak dan bertanggungjawab menentukan masa depan kita sendiri, kerana bermula saat kita dewasa(baligh) segala apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan di dunia dan akhirat nanti.
Walau bagaimanapun dan apa juga keadaan kita sekarang kita sepatutnya bersyukur dan berterima kasih pada ibu bapa kita kerana kita dapat hidup dan bernafas dengan bebas. Sesusah mana pun ibu bapa, mereka akan sedaya upaya untuk memberi kehidupan yang lebih baik untuk masa depan anaknya.
Apa yang penting sekarang ialah "MASA DEPAN KITA" bermula sekarang. Kita perlu menjawab beberapa soalan:-
- adakah sekarang kita bahagia?
- adakah kita berpuashati dengan kehidupan sekarang?
- adakah kita yakin jalan hidup kita sekarang sedang menuju 'impian'?
- adakah kita pasti apa yang kita lakukan sekarang diredhai Tuhan?
Sambung nanti ye...
saya akan kongsikan "petua" amalan "kerezekian", mudah mudahan dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Semoga diberkati. Amin...
Kita bebas memilih
3 comments:
Persoalan yang ditulis oleh encik memang selalu terngiang2 dalam kepala..
namun solution masih tidak ketemui..
Wallahualam
http://www.ligakampung.com/blog
Alhamdulillah, saya agak sibuk dgn aktiviti ke arah 'impian' masa depan yg sememangnya saya sering 'visualkan'.
Saya akan kongsikan walau agak perlahan...tq zool.
Ibarat..
bayi yang lahir dulu, pasti akan besar dulu..dan org yang sambar peluang dulu, pasti akan berjaya dulu.. :)
Post a Comment