Wednesday, December 12, 2007

KENAPA MASIH BELUM BERJAYA

Salam kasih sayang,

Setiap sesuatu itu Allah telah tetapkan 'hukum/peraturan'nya. Ia adalah anugerah "amat besar" bagi kita manusia yang mahu terus belajar dan berfikir. Hukum yang memudah dan memastikan segala sesuatu itu berjalan dengan sempurna.

Sebab itu kita semua sesama manusia diseru untuk saling "berpesan" atas "kebenaran dan kesabaran". Kerana setiap apa pun pelanggaran "hukum alam" kita semua akan menerima akibatnya tanpa terkecuali walau siapa pun kita. Sebagai contoh; kesilapan atau kecuaian seorang pemandu boleh menyebabkan kemalangan kepada sesiapa saja yang memandu dengan betul. Banyak sangat perkara yang menjadi musibah kepada umum disebabkan pelanggaran hukum alam oleh segelintir orang.

Adakah kita patut membiarkan sahaja segala 'pelanggaran hukum' yang berlaku depan mata kita? Tiba masa kita menyeru kembali kepada "fitrah", dan setidak-tidaknya pun kita pastikan diri sendiri bertindak "benar" pada diri sendiri, keluarga dan orang-orang di sekeliling. Dengan selemah-lemahnya sentiasa mendoakan, berfikir dan bersangka baik sesama manusia.

Sekadar berkongsi ilmu dari kebun hikmah
di rumpunharmoni

Semoga diberkati. Amin...

1 comment:

Anonymous said...

tahniah kerana berkongsi ilmu dan berkebun bersama2 dengan kebun hikmah, semoga usaha anda menyebar luaskan ilmu yang bermanafaat kepada semua umat manusia di seluruh dunia pastinya mendapat ganjaran dari allah jua, amin.