Monday, December 3, 2007

FOKUS

Salam kasih sayang,

Sekarang, ye sekarang juga, apa sebenarnya yang kita inginkan dalam tempoh terdekat seminggu?, sebulan?, setahun? Hanya tiga langkah untuk kita mendapatkannya.

Langkah 1: Tanya, apa kita mahu, berapa, bila...
- contohnya:- Wang RM1000.00

Langkah 2: Jawab, berikan jawapan berupa idea atau cara dan bila anda boleh dapat 'wang' tersebut. Jawapan tersebut mesti dipersetujui oleh minda kita supaya terasa yakin memang kita mampu mencapainya.

Langkah 3: Menerima, kita mesti sentiasa bersedia untuk menerimanya. Maksudnya kita mesti sentiasa fokus dengan fikiran dan perasaan. Contohnya kita tentu 'GEMBIRA' bila kita dapat wang RM1000.00 yang kita hajatkan. Maka kita ikut saja hukum alam(HUKUM GANJARAN) kita memberi kita menerima, fokus pada dua perkara tersebut; 'beri wang', 'beri kegembiraan', mesti beri pada diri sendiri, kerana kita yang mahu. Kalau kita mahu ia 'berganda' kita mesti berikan juga kepada orang dan alam sekeliling.

Ini 'hukum Tuhan' yang benar dan pasti berlaku. Kalau anda selalu beri wang pada diri sendiri dan orang lain anda pasti dapat wang juga. Kalau anda selalu beri kesusahan pada diri anda dan orang lain, diri anda akan memberi kesusahan pada anda begitu juga orang lain. Contohnya anda selalu memberi 'makanan bertoksin' pada diri anda yang tentunya menyusahkan sistem tubuh anda untuk membuangnya, maka lama kelamaan tubuh anda akan sakit dan tentunya menyusahkan anda. Begitu juga dengan apa saja yang anda beri dan kepada siapa pun anda beri, 'hukum ganjaran' pasti berlaku.

Bermakna apa saja yang selalu kita fikirkan tentang diri kita, pasti ia akan berlaku kecuali anda 'tidak percaya'. Apa lagi mulakan sekarang, fikirkan, bayangkan, rasakan, berikan dan bersedia untuk menerima.
rahsia jutawan internet
Semoga diberkati. Amin...

4 comments:

Anonymous said...

kuasa minda semeangnya mengkagumkan. Memberi kita semangat.
Nor

notty_boy said...

selepas membaca blog anda..saya harap dpt brubah...nice blog...

Anonymous said...

Nasihat yang bernas.Terima kasih!

Anonymous said...

Kekuatan Minda Separa Sedar. Memang kita boleh mencapai impian dengan menggunakan kekuatan anugerah tuhan ini. tapi malangnya masih ramai yang tidak tahu kehadirannya dan tidak tahu menggunakannya.