Salam kasih sayang,
Kita mulakan sekarang juga, "ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah". Apa gunanya ada benih yang baik, apa gunanya menanam pokok dengan banyak tetapi tidak mendatangkan hasil. Biarlah bermula dengan sedikit tapi 'berhasil', perlahan-lahan kita 'gandakan'. Ikut sahaja hukum atau peraturan alam(Allah) kerana ia benar dan sememangnya benar.
"Sebenarnya jika setiap pendapatan yang anda perolehi, anda simpan atau bayar kepada diri anda sendiri, ini akan dapat meyakinkan minda separa sedar anda bahawa, anda adalah orang yang paling layak untuk menerima wang, Dengan keyakinan itulah minda separa sedar akan sentiasa bekerja untuk menarik wang dan rezeki ke dalam kehidupan anda".
"Jadi walau berapa pun pendapatan yang anda perolehi, sila peruntukkan wang tersebut untuk diri anda sendiri dahulu, sebelum anda membayar segala hutang atau bil yang ada". "Jadikan keutamaan tersebut setiap kali anda memperolehi pendapatan anda, walaupun hanya dengan jumlah yang sedikit". (dari linn comel)
Selain dari pemberian wang tunai kepada diri sendiri untuk disimpan, hadiahkan juga untuk kesihatan, kecantikan dan kegembiraan. Pemberian mesti seimbang mengikut yang disarankan oleh 'agama', untuk keluarga sendiri, ibu bapa, masyarakat dan semestinya juga untuk alam. Kita gembira, semua orang lain gembira dan 'alam' gembira, Allah akan 'membalas' kembali kegembiraan yang kita 'hadiahkan' melalui diri kita sendiri dan 'semua'.
Fikirkanlah dengan konsep 'gandaan' agar ganjaran juga dalam bentuk gandaan. Apa pun belajar menjadi 'ikhlas'(tiada sombong, riak dan ujub).
Sila lawati rumpun harmoni
Semoga diberkati. Amin...
No comments:
Post a Comment