Friday, September 28, 2007

KONGSI PENGALAMAN (part 4)

Salam kasih sayang,

Setelah lima tahun berkhidmat di bandaraya Kuala Lumpur, akhirnya saya berhijrah ke selatan tanahair. Bandar Mas, sebuah pekan kecil di kawasan Felda Kota Tinggi (bandar peranginan bersejarah). Nasib belum menyebelahi saya, waktu itu harga kelapa sawit 'melambung', biasalah kawasan 'lombong duit' harga barang semua mahal, bagi saya ketiku itu kos hidup meningkat berkali ganda berbanding semasa 'hidup di K.L. Di K.L. seminggu sekali saya ke Pasar borong untuk jimat belanja, yang mana saya tak dapat lakukan di Felda.
Satu idea saja yang saya dapat buat pada masa itu 'JIMAT',1-tukar kenderaan (motor TRS 125cc kepada Honda cup 70cc) 'jimat minyak'(ciannya aku). 2- pindah rumah (rumah sebuah sewa RM180 ke 'berek kilang sawit' sewa RM35)yang hampir dengan sekolah tempat mengajar(sedih?..sedih juga le...mcm kena turun pangkat pulak), anak baru tiga orang masih kecil, isteri tak dapat nak tolong 'part time' di warong keluarganya(kalau ikut perancangan awal gitu le...).
Lebih kurang empat tahun, berbagai 'kerja sambilan' saya buat(nak sambung belajar tak mampu lagi) untuk menambah ekonomi keluarga terutamanya dalam bidang 'MLM', dari satu, ke satu syarikat saya cuba hinggalah akhirnya saya menyertai DXN
Di sinilah bermula sejarah baru dalam hidup saya sekeluarga.....
Sambung lagi ye...he he...(macam siri CERPEN pulak)
Tapi tak pe...ada 'TIP' bagus saya nak 'share'...7 perkara
Kalau dulu saya melalui jalan sukar sebelum 'berjaya' tapi kini dah ada 'high way' untuk cepat berjaya, sekali lagi saya sarankan anda miliki magnet rezeki
, saya yakin, selepas anda menguasai 'ilmu minda', anda memilih bidang dan bimbingan yang betul(kita perlu mentor), kejayaan pasti milik anda juga.
Semoga diberkati. Amin...

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

salam motivasi, salam ukhwah dan salam bahagia.. Redha apa khabar? Shueqry di sini.

Syukur alhamdulillah saya ditemukan dengan blog ini, berjumpa insan yang selama ini membaca tulisan-tulisan saya .. tq

buat Redha, terima kasih :)

terasa kerdil diri saya, masih jauh lagi perjalanan karier saya rupanya, namum jauh di hati benar-benar kagum dengan pencapaian Redha. Syukur pada Allah kerana menemukan saya dengan blog ini.

Benar, Magnet Rezeki berkesan.

Selepas membacanya, saya terus mengamalkan apa yang diajar oleh kak Linn, jujurnya, ia memberi kesan kepada tahap kewangan saya. Walaupun tak banyak, namun eksperimen yang saya lakukan membuahkan hasil !

- Shueqry -
kk, sabah

redha said...

Salam kasih sayang,
Tq shueqry, sudi singgah, saya mengalu-alukan shueqry sebagai tetamu 'istimewa' blog ini...
Kita sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain dalam satu 'kumpulan', kumpulan yang kita selalu sertai seolah-olah menjadi 'mentor tak rasmi' dalam proses ke arah 'matlamat' kita. Sebab itu jgn tersalah pilih 'kumpulan'..
Semoga diberkati. Amin...