Tuesday, October 23, 2007

KEAJAIBAN PELAZIMAN (part 5)

Salam kasih sayang,

Masih topik "KEAJAIBAN PELAZIMAN", tapi kali ini saya sangat berminat untuk memberi pendapat tentang isu oleh Utusan Malaysia baru-baru ini:-
miskin selepas bersara
pencarum jangan ghairah guna skim pengeluaran KWSP
hanya 36% rancang persaraan.

Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah 'pengurusan kewangan' kebanyakan kita. Bayangkan orang yang tiada langsung KWSP?
Kerajaan sudah mengingatkan, para bijak pandai, pakar motivasi dan sudah tentunya Ejen-ejen insuran serta pelaburan sering menerangkan betapa pentingnya 'simpanan' untuk persediaan persaraan.

Saya juga yakin kita semua akan 'sedar' dan 'bersemangat' untuk merancang kewangan sebaik mendengar mengenainya. Malangnya berapa lama ia boleh bertahan? sebulan? setahun? Selepas itu kita kembali ke 'tabi'at' asal, lupa tentang perancangan kewangan tambahan pula dengan berbagai kempen 'jualan murah' dan berbagai masalah yang tidak di duga.

Sebenarnya, selagi apa yang kita uasahakan masih 'dikawal' oleh 'akal sedar' kita, ia belum tentu akan kekal lama, tetapi apabila 'minda bawah sedar' kita sudah mengambil alih InsyaAllah, secara 'automatik' apa saja amat mudah. Contohnya semasa kita baru belajar mengayuh basikal, bukankah sukar untuk 'mengimbang'? Tetapi apabila sudah biasa, terlalu mudah kita mengimbang untuk mengayuh basikal.

Kesimpulannya apabila kita mampu memastikan 'minda bawah sedar' kita mengambil alih tugas 'minda sedar' segalanya akan jadi terlalu mudah, itulah antara "KEAJAIBAN PELAZIMAN" ia mampu menyebabkan kita kaya raya dan bahagia atau menderita, papa kedana. Bersama kita 'bermuhasabah diri' apakah 'pelaziman' kita sekarang ini mampu membawa kita hidup bahagia atau sebaliknya.

Semoga diberkati. Amin...

Friday, October 19, 2007

KEAJAIBAN PELAZIMAN (part 4)

Salam kasih sayang,

Saya yakin kebanyakan kita sudah tahu dan sedar bahawa apa saja perkara samaada kita suka atau tidak ia pasti akan berlaku apabila ia menjadi "PELAZIMAN" dalam hidup kita. Kita juga tahu adalah sukar untuk mengubah apa juga yang sudah menjadi 'pelaziman'. Sebab itu ramai orang 'hangat-hangat tahi ayam' dalam apa juga 'program atau usaha'. Kesimpulannya kita tidak akan 'berjaya' sekiranya kita tidak berjaya menjadikan sesuatu itu 'pelaziman'.

Hanya orang yang di bimbing berterusan dalam jangka masa panjang atau orang yang melakukan sesuatu itu kerana betul-betul minat sahaja yang mampu menjadikan sesuatu itu 'pelaziman' dan akhirnya ia akan mencapai 'ganjaran setimpal' samaada ia baik atau buruk.
contohnya:-
- merokok. Semua tahu ia tidak baik untuk kesihatan malah rasa rokok itu pun tidak 'sedap' pada peringkat awal cubaan merokok, tetapi oleh kerana ia diulang selalu(pelaziman), akhirnya ia dapat 'nikmat rokok' dan akhirnya dapat masalah kesihatan.
- menjadi jutawan. Seorang yang bekerja makan gaji sahaja, tetapi setiap hari membaca, melihat malah selalu bergaul dengan Jutawan atau orang-orang yang berusaha ke arah Jutawan, secara tak sedar minda bawah sedar akan 'merakam''fakta jutawan' dan akhirnya merangsang minda sedar untuk berfikir dan bertindak, malah akan menarik 'sebab-sebab' yang boleh menjadikan anda 'JUTAWAN'.

Bukankah orang alim dan pakar 'motivasi' selalu berkata "kalau kita selalu bergaul dengan orang jahat kita akan jadi jahat, kalau kita selalu bergaul dengan orang baik kita juga akan jadi baik".

Soalnya sekarang kenapa kita harus 'merperjudikan' masa depan dengan membiarkan 'alam sekeliling' mempengaruhi 'minda bawah sedar' kita? Kenapa tidak kita sendiri yang menentukan apa yang harus 'dirakam' oleh minda bawah sedar kita dan kita menjadi seperti siapa yang kita kehendaki? Sila lihat pendapat daripada jufri di blog linncomel.

Jalan sudah ada, pembimbing yang akan memimpin kita pun sudah ada, hanya kita sahaja patut membuat langkah pertama "UBAH CARA ANDA BERFIKIR".

Teruskan bersama saya....

Semoga diberkati. Amin...

Tuesday, October 16, 2007

KEAJAIBAN PELAZIMAN (part 3)

Salam kasih sayang,

Masih dalam topik "KEAJAIBAN PELAZIMAN", sekali pandang ia seperti tiada apa-apa yang luar biasa. Semua orang tahu dan faham makna 'LAZIM', selalu juga orang sebut 'biasa', 'lali' atau 'lumrah'. Tetapi samaada kita sedar atau tidak bahawa "PELAZIMAN" sememangnya AJAIB. Pelaziman yang anda lalui selama ini, memberi kesan besar kepada apa atau siapa anda 'sekarang'. Samaada anda suka atau tidak ia pasti terjadi.

Tanpa kita sedar setiap dari kita telah 'melazimkan' samaada 'kata-kata hati kecil', 'kata-kata yang terucap'(spontan atau sedar), 'tabiat'(tingkah laku)atau 'sikap' yang menjadi "TINDAK BALAS SPONTAN" terhadap setiap situasi yang kita hadapi. Cuba kita amati betul-betul, apakah tindak balas spontan kita dalam menghadapi 'sesuatu' yang sudah menjadi kelaziman? Tindak balas spontan itulah yang sebenarnya 'terakam' dalam 'minda bawah sedar' kita selama ini, yang telah memberi kesan terhadap apa yang 'berlaku sekarang', 'pencapaian', 'kumpulan', 'tingkah laku anak-anak'(yang dah ada anak) dan apa juga yang 'Tuhan kurniakan' kepada kita.

Adakah kita 'berpuas hati'? Atau mahu mengubahnya?.. Tiada yang mustahil dengan "KEAJAIBAN PELAZIMAN"....
Sebelum itu lebih senang sekiranya kita sudah memahami konsep magnet rezeki
dari tip motivasi linncomel

Semoga diberkati. Amin...

Monday, October 15, 2007

KEAJAIBAN PELAZIMAN (part 2)

Salam kasih sayang,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sambil itu saya juga terlebih dahulu telah memaafkan sesiapa sahaja yang masih hidup atau yang telah 'tiada'. Al-Fatihah buat Junjungan Muhammad (SAW), bapa saya Hamzah Johari dan seluruh muslimin dan muslimat yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka. Amin...

Menyambung topik yang lepas, saya yakin kebanyakan kita akan tersenyum kalau pun tidak ketawa. Ini menunjukkan kita semua telah sedia maklum bahawa orang 'berniaga' memang selalunya akan menampakkan 'keelokan' produk mereka tanpa memberitahu kelemahan atau kecacatan yang tersembunyi. Jelasnya, para peniaga tidak akan menjadi 'sahabat' yang baik kepada 'pengguna', mereka menawarkan berbagai 'perkhidmatan' atau 'tawaran istimewa' hanya kerana mereka berfikir untuk meningkatkan jualan dan menmbahkan keuntungan mereka. Itulah sebenarnya yang sentiasa ada dalam pemikiran mereka secara 'full time'.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa belajar untuk menjadi "PENGGUNA BIJAK". Sebagaimana kata Dr. Irfan Khairi , "kekayaan bukan diukur pada berapa pendapatan kita, tetapi pada berapa banyak yang kita boleh simpan(melabur)". Walau semurah manapun tawaran oleh peniaga, JANGAN menggadaikan simpanan(pelaburan) kita.

Kita perlu sedar suatu masa kita tidak akan mampu lagi untuk bekerja bagi menyara diri sendiri dan keluarga. Hanya pelaburan dan sumber 'pasif income' yang akan menyara kita. Fikirkanlah sekarang untuk menjadi "pengguna bijak" sebelum terlambat.

Semoga diberkati. Amin...

Tuesday, October 9, 2007

KEAJAIBAN PELAZIMAN (part 1)

Salam kasih sayang,

Pada suatu hari di sebuah kelas pembelajaran bidang pemasaran seorang pensyarah sedang menceritakan satu contoh untuk menunjukkan perbezaan yang sukar difahami oleh kebanyakan orang antara amalan pemasaran yang baik dan yang tidak baik.
Kisahnya;
Seorang lelaki telah berjumpa doctor haiwan dan berkata “seekor kuda lumba saya sering sakit kaki”.
“Apa masalahnya?” Tanya doctor.
“Ada masanya dia berjalan elok, tapi kadang-kadang ia berjalan tempang dan tak boleh berlari, apa nasihat doctor?”
Selepas berfikir sebentar doctor pun menjawab dengan ringkas, “Waktu kuda awak berjalan elok, jualkan saja…”
Kebanyakan pelajar ketawa dengan spontan, tidak kurang yang hanya ketawa selepas minta penjelasan rakan sebelah.

Bagaimana reaksi anda?
Adakah anda dalam kategori 'pelajar yang ketawa dengan spontan'?
Atau anda hanya tersenyum setelah anda berfikir terlebih dahulu?
Atau tiada reaksi langsung?...

Tinggalkan reaksi anda di ruangan komen.... sebelum saya teruskan 'topik ini..

Semoga diberkati. Amin...

Monday, October 8, 2007

KEAJAIBAN PELAZIMAN

Salam kasih sayang,

Setelah sekiankalinya saya berkongsi episod-episod suka duka pengalaman hidup saya, diharapkan ianya dapat menjadi ikhtibar, yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

Kini saya sedar dan bertambah yakin 'kejayaan' akan lebih mudah dicapai jika kita menggunakan 'cara berfikir yang betul' bukan semestinya 'berkerja dengan betul'.

Sebagaimana kebanyakan kita sedia maklum "alah bisa kerana biasa", "sikit-sikit lama-lama jadi bukit", "sehari selembar benang lama-lama jadi kain" dan banyak lagi perumpaan yang bermaksud serupa. Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah, "kita sebenarnya boleh mencapai apa saja yang orang lain boleh capai menggunakan kaedah "KEAJAIBAN PELAZIMAN".

Semua orang yang cemerlang memang telah sedar dari awal bahawa mereka akan 'berjaya' (sangat yakin akan berjaya)suatu hari nanti, tetapi kebanyakannya tidak tahu 'cara' untuk berjaya. Berbekalkan keyakinan 'berjaya' yang tinggi, maka mereka terus berusaha mencuba berbagai cara tanpa putus asa dan akhirnya berlaku 'KEAJAIBAN PELAZIMAN" tanpa mereka sedari. Cuba kita renungkan kenyataan oleh
Dr Irfan Khairi

Apa yang saya ingin jelaskan disini ialah, melalui konsep "KEAJAIBAN PELAZIMAN" sebenarnya kita boleh merancang 'kejayaan' secara berperingkat tanpa perlu melalui banyak 'kegagalan'(sebab itu bagi yg keyakinan berjaya tak cukup tinggi akan berhenti)sebelum kejayaan bermula(kegagalan bukan syarat untuk berjaya).

Hasil dari tip-tip 1 minit Dr Irfan, dan pemahaman 'kuasa minda bawah sedar' dari magnet rezeki oleh linn comel dan kehebatan kuasa 'CARA BERFIKIR YANG BETUL' dari buku "KUASA PRO-SUMER" oleh Bill Quain, saya amat yakin konsep "KEAJAIBAN PELAZIMAN" adalah 'jalan penyelesaian' kepada mereka yang masih belum berjaya mencipta kejayaan besar selepas tempoh dua tahun.

Ikuti sambungannya nanti ye... dah nak buka puasa ni....

Semoga diberkati. Amin...

Saturday, October 6, 2007

KONGSI PENGALAMAN (part 7)

Salam kasih sayang'

Dalam melalui musibah, saya tidak pernah berhenti berdoa memohon petunjuk dan perlindunganNya. Pertolongan Allah masih belum 'ketara', namun pujian dan rasa syukur tidak pernah lekang dari setiap doa. Malah Allah 'uji' lagi dengan banjir besar yang melanda bandar Kota Tinggi. Lihat gambar........














Ia benar-benar memberi kesan besar kepada "sumber kewangan" saya. Tapi Alhamdulillah ianya telah benar-benar memberi kesedaran bahawa "kita mesti ubah cara pemikiran" sebelum Allah tunjukkan jalan "yang benar" sebagaimana yang kita selalu pinta dalam setiap doa.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya".

Mengubah cara berfikir bererti kita mengubah "peta minda bawah sedar" yang akan merangsang 'perubahan tingkahlaku' dan cara berusaha, kemudian barulah kita 'bertawakal' mohon 'perkenan dan keberkatan'. Kerana walau serajin manapun kita berusaha tetapi masih dalam 'jalan yang sama' hasilnya tetap tidak banyak berbeza.

Semoga perkongsian duka kali ini menjadi yang terakhir dalam hidup saya. Harapan saya agar ia menjadi pengajaran kepada kita semua, agar kita sentiasa "bersangka baik sesama manusia" dan sentiasa saling mendoakan kerana jika Allah turunkan musibah, semua orang akan menerima akibatnya. Wallahu'alam...

Kalau anda bertandang ke 'Bandar Bersejarah' Kota Tinggi jangan lupa singgah di Restoran saya. Kami menyediakan 'menu istimewa tengahari' seperti 'belangkas, siput gonggong' dan lain-lain yang mungkin anda tak pernah 'jumpa'.

Sila singgah klick di sini Semoga anda menemui apa yang sebenarnya anda inginkan.

Semoga diberkati. Amin...